Thursday, November 17, 2011

minggu pertama SPM 2011

salam guys..

minggu pertama SPM 2011 tamat hari ni..macam mana ? macam-macamlahh. tak tahu nak cakap macam mana. BM BI dan Sejarah aku dapat jawab. tapi tak tahu la betul ke tak an ? ikut kepala ni macam betul. kang bile sampai dekat pemeriksa, HAAHH ! amik kau ! hampeh. ehh ! tak baik cakap macam tu. berdoa dan tawakal jee~ :) math ? HAHA ! susah giler !! aku tak pernah jawab soalan macam tu. kalau orang teror math kata susah apatah aku yang tak pandai math ni. ermm~ sedih plak rasa. apa la result math aku nanti an ? teruk ke tak. hopefully tak teruk. tak dapat A, dapat B pun jadilah. aku tahu kelemahan aku. so, takde la nak target tinggi sangat. apa-apa pun aku dah berusaha sehabis baik. aku dah buat yang terbaik untuk yang aku faham dan ingat. minggu depan still kena berjuang lagi. paper PI dan seterusnya menanti sampai hari terakhir aku exam 30 nov ni. harap-harap dapat jawablahh.

Atas Nama Allah Yang Maha Pemurah & Penyayang
Al-Fatihah. Ya Allah ya Tuhanku. aku bermohon padaMu. Kau permudahkan aku semasa menjawab, Kau tenangkanlah hati aku semasa menjawab, Kau berikanlah aku keyakinan semasa menjawab dan aku bermohon padaMu Ya Allah, Kau berilah aku kejayaan dalam peperiksaan SPM 2011 ini. Kau berikanlah aku kejayaan dunia dan akhirat. sesungguhnya hanya pada Kau aku meminta. dan sesungguhnya tiada Tuhan yang layak di sembah melainkanMu Ya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhMU ya Allah. Amin ya Rabbal Allamin.

till then, wassalam
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Show Comments: OR

No comments:

Post a Comment