Sunday, November 11, 2012

Cuti Semester Oktober 2012

Assalam guys :)

Erk ! tyra tahu tahu ape da jadi ngan blog tyra ni. bersawang, berhabuk bagai. *tyra blur kejap, kenapa background blog tyra takde?* last tyra bukak 18 ogos, mase nak raya hari tuu. sekarang da bulan november. cuti semester da 3 minggu 3 hari. woohh ! lame tuu. final exam semester 1 pun da lepas. result pun da dapat. *saya sangat trauma ngan result saya.* malas nak cerita panjang, tyra study hard macam mane pun, tyra tetap tak dapat buat. ya Allah, dugaan sungguh kann ? duduk jauh-2 hadapi benda ni sorang-2. drop bile tahu result final tuu. menangis ? ye tyra menangis. tipu la kalau takk. maybe tyra tak dapat catch up lagi cara lecture tu ajar. selama ni da biase ngan cara cikgu azwan ngan cikgu zarina tibe-2 kene buat cara lain. shock habis lahh ! tyra kene buat cara lain pulak lepas ni. *fighting tyra !* 

alang-2 cerita pasal result, tyra nak cerita something. tak nak tahu pun takpe, cume nak luahkan perasan. mase mak pujuk tyra pasal result, mak cakap mak tahu tyra tak pandai macam budak-2 lain. dari tadika tyra tak pernah kene puji, dapat hadiah anugerah. tak pernah langsung. bile tyra pindah JB, tyra jumpa kawan-2 yang lagi pandai. tipu la kalau tyra tak jealous tengok orang lain dapat hadiah. then, starting tahun 5 sampai form5 tyra cube dapatkan anugerah. mak cakap tyra dapat semua tu bukan sebab tyra pandai tapi sebab semangat. semangat tu buat tyra berusaha lebih daripada orang lain. sebab tyra nak berjaya jugak. mak tahu kebolehan tyra kat mane, tahap tyra kat mane. mase UPSR, mak target tyra 2 A je tapi tyra dapat lebih daripada tu. mase tu tyra cuma sangka tu luck tyra je. same la mase PMR ngan SPM. tyra tak pernah terfikir pasal semangat tyra. tapi bile mak bagitahu, baru tyra terfikir. semangat can be the reason for all of this. mak tak nak tyra hilangkan semangat tuu even tyra duduk jauh kat perlis takde mak nak tyra cerita semua masalah tyra. sanggup pergi perlis pun sebab semangat tyra mak cakap. siapa sangka, budak yang tak pernah duduk asrama boleh survive kat perlis. berbulan-2 tak balik. mak bangga ngan ape tyra da dapat selama ni, walaupun tak pandai, tyra still dapat tempatkan nama tyra kat matrik ngan uitm. terima kasih mak sedarkan kakak :')

nampaknya cuti ni tyra kene banyak fikir macam mane nak cover result tyra balik. kalau part 1 tyra da work hard, lepas ni tyra kene work hard kuasa 3. ape-2 pun tyra masih bangga ngan pointer tyra. Alhamdullih :D

till then, wassalam
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, August 18, 2012

Salam Kemaafan dari SAYA

assalam guys :)

lagi sehari lagi nak raya kann ? tyra da excited giler ni :D hehe . *senyum sorang-2 . haha* okayy , tyra nak mintak maaf awal-2 ehh ? :) Bismillahhirrahmannirahim . Saya, Siti Nur A'tirah binti Shahimi ingin memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap, terlanjur kata, terkasar bahasa, terpukul kat mana-2 kat mereka yang di bawah ni :
  • orang paling tyra hormat :) Tuan Shahimi, abah tyra .
  • kat my mum <3, cikgu siti normah . 
  • angkatan tentera kakak , udyn , wawa dan adik irfan . 
  • my bestie dan pendengar setia tyra :) tak sebut pun tahu kot . hehe
  • budak-2 JB, KAA, Science, Serting dan Pulapah . *yang ni sumpah giler ramai :D*
  • cikgu-2 tyra dari kecik sampai la da besar ni haa ~ *ERR ~ nak duit raya cikgu :P*
  • budak aras 0 M1 dahlia 1dan roommates tyra :) tikah, hana, miza, ummi, najwa, wiya, kak atin, tia, siti, mira, ira, yaya dan lain-2nya . *mak tergelak dengar pasal david beckham dan victoria beckham tu . HAHA !*
  • budak-2 AP122 terutamanya budak-2 APD1Ac . :)
  • budak-2 UiTM Arau, Perlis yang tyra kenal


kalau nama tak tersebut kat atas tu , tyra minta maaf jugak ehh ? kat awak , awak, awak, awak dan awak :D sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri tyra sendiri . *ERK ! da macam ucapan kat sekolah jehh . hikhik*

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

till then, wassalam :)

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Thursday, August 9, 2012

    cara hilangkan senggugut

    assalam guys :)

    khas untuk kaum hawa <3


     till then, wassalam

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

    assalam guys :)

    nak kongsi sikit :D

    Kelebihan Bulan Ramadhan.

    Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
    Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
    Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

    Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

    Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

    "Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
    Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

    Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

    Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
    • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

    • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

    • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
      (Surah Al-Maidah:42)

    • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

    • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
    kredit : al-azim.com
     
    Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)

    till then , wassalam
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Wednesday, July 25, 2012

    hilang semangat !

    assalam guys :)

    hilang semangat ? kenapa plak time-2 ni hilang semangat ?! yupp ! tyra mengaku tyra da mule hilang semangat starting lepas LP minggu lepas (dalam 18 Julai) . *mak ! kakak nak balik NS !! :'(* sebagai surveyer kite mestilah kene setting dan angkat alatan survey tuu . tyra tak kisah sebenarnye nak angkat alatan yang berat tu . memang sangat tak kisah . :D  tapi bile lepas tyra angkat barang-2 tu , tak sampai 2 minit tangan tyra da mule sakit . tak kira la tangan mane , kiri atau kanan die mesti akan sakit . isk isk :'( sedihnyee ~ sampai biru-2 tangan tyra . ERGH ! menggigil tak payah cakap laa . ngan kebasnye lagi . ya Tuhan , dugaan betul aku hidup kat perlis ni . *seriouly nak nangis je rase.* tadi sorang member group suruh hantar alatan kat stor . tyra da cakap tyra tak boleh bende berat tapi die bagi gak . tyra amik alatan tu then tyra bagi kat aisyah, group member tyra yang lain . aisyah tahu masalah tyra lagipun haritu die yang teman tyra pergi unit kesihatan (uk). tak lame lepas tu , tangan kanan tyra jadi sakit . ubat sapu tu pun membantu la gak mengurangkan sakit walaupun still SAKIT ! . erm , nak buat macam mane . tyra kene la hadap bende tuu . sebab ni pilihan tyra sendiri . tyra yang excited then tyra jugak yang hilang semangat . besarnye dugaan ni ya Allah . rase nak dismiss je tahun depan tapi rugi jehh . harap-2 dapat la SPA tuu ~ kot-2 ada keajaiban , tyra terdapat plak IPG . memang la melompat tyra tinggi-2 ! *kot la dapat kannn ?* erm , sabar jela tyra ~

    till then , wassalam

    p/s : terime kasih lah ye kalau terbace entri luahan perasaan tyra yang serabut giler ni . SAYANG sikit :D  *I need some support !*
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Friday, July 20, 2012

    Bulan Ramadhan tahun 2012 :)

    assalam :)

    ngee ~ sumpah giler pemalas ni tyra nak taip entri sekarang . haha . takde bende nak cerita kot . kite cerita kat mak kite lahh *ngade-2 jap :p* dari 2 Jun sampai la hari ni 20 Julai tyra tak balik-2 lagi NS tu , apetah lagi nak jejakkan kaki ke rumah kat Pulapah tuu . hamik kau ! betapa la kat Arau ni . esok 21 Julai da 1 Ramadhan . PUASA! PUASA ! isk isk :'( sedih giler tak dapat puasa ngan family . homesick den makin menjadi-2 niyh . *sepak jugak kang tyra ni kang!* kalau zaman sekolah dulu , esok nak puase hari kite mintak maaf kat kawan-2 , cikgu-2 , kenalan dan tuttttt ~ *banyak bai nak mintak maaf :3* disebabkan kredit ade beberape sen je kat sini jela tyra mintak maaf ehh ? boleh kan ? kan ? kannn ? hehe .

    - first nak mintak maaf kat Tuan Shahimi . hehe . kakak nak mintak maaf sebab jarang nak call abah , text kat abah . kalau-2 kakak tak dengar cakap abah ke , kakak mintak maaf .
    - second kat my mum :) hehe . hari-2 skype jehh . akak mintak maaf kalau akak selalu terlepas cakap ke ? tak rajin nak buat kerje ke ? masak tak sedap ke ? hehe . bak kate mak practise jadi menantu yang baik . hehe
    - third kat adik-2 tyra . udyn , wawa dan yang paling rindu sekali kat irfan . :) okay , akak kasar sikit ngan adik-2 akak . kedekut sangat bagi duit . btw , korang lagi kaya dari akak . haha . kalau akak marah pun sebab korang buat salah . korang nak manje-2 pun akak layan kann ? wayang lah , MB lahh . kann ? ape-2 pun akak mintak maaf kat korang semua .
    - then , kat ayien , azza , nemo , ana , atin , ayu , anis . tyra mintak maaf kalau selame ade yang tersentap ke terasa hati ngan tyra . maaf ye ? kalau cakap-2 tyra ni kasar sangat ke pun tyra mintak maaf .
    - kat budak-2 KAA dan Science . kay , tyra mulut lancang . tapi tyra rase tyra jujur ngan diri tyra . tyra taknak hipokrit kate tyra sangat baik . jadi , tyra mintak maaf kalau tyra terlampau lancang mase bercakap sampai korang terasa hati ngan tyra . so , tyra mintak maaf ye ? :)
    - budak-2 aras 0 M1 terutamenya tikah , hana , tia , siti , umi , wiya , wawa, kak atin dan miza . tyra tahu tyra rajin masuk bilik korang dan melepak-2. kot-2 korang tak suke tyra mintak maaf ye ? kalau tyra bercakap ade yang tak berapa okay pun sorry gak okayy . :)
    - lastly , budak AP122 terutamanya group APD1Ac . sebulan lebih kite kenal . maybe ade yang tak suke sangat ngan tyra , so , tyra mintak maaf . kalau tyra cakap tu ade yang terase ke makan hati ke ? sorry kayy .

    tu je kot . nanti tyra sambung pengalaman puasa di UiTM Perlis ni . kalau rajin la ehh ? haha . deal ? kot-2 raya baru nak menaip . kot laaa ~ raya belum tentu rajin nak menaip , nak jalan-2 raya lagi . choyy ~ da cerita raya plak . dah-2 okayy . *tyra excited nak balik rumah sebenarnye kannn ? HAHA* Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :D



    till then , wassalam :)
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Sunday, June 24, 2012

    typing ! typing at UiTM .

    assalam guys :)

    haaa ~ ni la muka pemalas nak update entri . hikhik . *sawang ! sawang ! haha . entri last pun masa israk mikraj tuu . tu pun copy and paste . hehe . alahai ~ dulu pun da terlebih rajin update entri , sekarang kena jadi pemalas plakk . *ehh ! macam tu plak :p  okay-2 , tyra stop it ! nak cerita pasal UiTM Arau , Perlis ni . kenapa ? kan tyra da cerita hari tu , tyra dapat maktrikulasi NS ngan UiTM Arau ni . so , tyra tetap kan hati nak amik diploma kat UiTM dan tinggalkan matrik NS . kawan-2 tyra beramai-2 pergi matrik , yang tak pergi tyra , ana , pika , ain , man , sara . tu yang tyra tahu . yang tak lesap tanpa khabar berita tu , memang sure-2 tyra tak tahu . lalalalala ~ tyra daftar kat Kolej Dahlia 1 masa 2 Jun hari tuu . lepas tu , bermula la Minggu Destini Siswa (MDS) . penat ? memang giler penat . tapi sangat rindukan masa-2 MDS :) . rindukan akak-2 dan abang-2 PM dan OC gakk <3 . 5 Jun baru kitaorang secara rasmi jadi siswa dan siswi UiTM . Alhamdulillah . seronok kot . tapi ada gak la time tak berapa best . ada siswi yang tersangat kurang ajar . okay , fine ! kitaorang semua sakit hati ngan dia . sebab dialah akak-2 PM dan OC tak nak jaga kitaorang lagi . ehhh ! mak kau tak ajar nak hormat orang lain ehhh ? sengal --' . nasib baiklah , akak-2 ni still jaga kitaorang walaupun tak macam tuu . sebenarnya gambar masa MDS banyak dan ada gak video . tapi ada kat FB laa . klik sini ! klik sini ! hikhik . video tuu , tyra simpan sendiri buat kenangan .

    sekarang da start kelas , memang penat laa . nak mendaki dari kolej ke kelas , belum ape-2 lagi da berpeluh plus penat segala . dari blok B ke blok C (takde jauh sangat yang ni .) tapi part paling jauh bila dari kompleks star nak ke blok B . aigooo ~ makin kurus la saya --' . hari tu lepas MDS pergi timbang berat badan turun 500 gram . tu baru seminggu . ni da berapa minggu daa ? mesti banyak gram yang turun . hahaha . masa dalam kelas ? tyra baik sikit kot dari masa zaman sekolah . *haha ! perasannya :P . masa physics seriously memang mengantuk dengan lect yang cakap mendayu je . menguap tak payah cakap , terlebih-2 daa . :P tapi yang pasti tyra tak pernah tidur lagi dalam kelas physics tuu . bagus kan ? kann ? btw , kelas math , tyra da surrender awal-2 . da tersenguk-2 daa . mengantuk giler ! *sorry lect ! otak a'tirah tak cukup oksigen tiap kali belajar math . tu ngantuk jee . tyra ngan kawan-2 tyra piqa dan ain plak memang da anti giler kelas BEL *kelas english . lol . sebabnya malas belajar BI balik , lect straight giler . okayy ~ yang tu pun tyra jadi anti . tak suka ! tak suka ! *tiru iklan cat tahun 2008 dulu . erm , nak buat macam mana kan ? redha jelaa . BEL sampai sem ke 3 sama ngan CTU . * yeahhh ! seronok --' . kelas CTU tak masuk-2 lagi . tu kelas agama Islam laa . ERK ! jangan jadi macam yang lepas-2 suda laa . harhar . kelas SUG100 ngan 130 dua-2 lect yang sama . so , takde la boring sangat dalam kelas . masa SUG100 ada LP . alaa ~ yang ukur-2 tu laa . haha . *tak tahu ? pandai-2 la jadi tahu . best tapi penat . sebab masa tu tyra puasa . lagi la penat kann ? padan muka kat saya ! hehe . SUG130 pasal komputer , buat-2 minat laa . asalkan tyra tak ngantuk masa tuu .  err ~ tu je kot buat masa ni . nanti cerita-2 lagi .

    till then , wassalam
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Monday, June 18, 2012

    Peristiwa Isra' Mi'raj

    assalam guys :)

    jom discover sama-2 . 

    4 Rahsia di sebalik peristiwa Isra' Mi'raj:

    ✐ 1. Malam - Ia berlaku pada waktu malam.
    •••► Waktu yang sangat sesuai untuk beribadah kepada Allah dengan tenang.

    ✐ 2. Hati - Rasul saw dibersihkan hatinya terlebih dahulu.
    •••► Jadi untuk bertemu Allah hati perlu berada di dlm kondisi yang bersih & saliim (sejahtera dari syirik yang sembunyi).

    ✐ 3. Buraq - Kiaskan dengan amal. Ia sebagai wasilah untuk sampai kepada sesuatu.
    •••► Untuk mendapatkan redha Allah, maka perlulah beramal dengan ilmu yang ada.

    ✐ 4. S.Jibril - Ibarat guru atau pembimbing.
    •••► Amal tanpa ilmu > sesat, ilmu tanpa amal > sia² & ilmu tanpa guru > sengsara.

    Sama-sama kita hayati... ^_^

    till then, wassalam .

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Thursday, June 7, 2012

    birthday budak kecik :)

    assalam guys :)

    7 Jun ? okayy . hari siapa tuu ek ? btw, giler lama tyra tak update entri . *eh eh . ada sawang kat blog ni . haha . melalut sudaa ~ okay-2 . tyra start cerita ye . masa on the way nak balik kolej *tyra kat UiTM Perlis sekarang , handphone vibrate .tengok-2 birthday budak kecik sorang . mula-2 nak hantar text tapi tak jadi . sebab tyra da janji nak bagi kek versi laptop internet . hiwhiw . nak nyanyi sikit . bayangkan tyra jela ye wahai budak kecik :p

    Happy Birthday to you ,
    Happy Birthday to you ,
    Happy Birthday to Nemo ,
    HAPPY BIRTHDAY TO YOU ~

    yeayyy ! macam tyra janji kann . ni dia . TARAAA ~


    yummyy . kek ipod :) suka takk ? penat tyra buat tau . hehe . dua dalam satu ni . sorry masa birthday nemo , tyra takde ngan nemo . kat sini tyra sentiasa ingat nemo :) miss you lah . hiwhiw . good luck in everything you do . buat betul-2 kat matrik tuu . tyra kalau dapat CGPA 3.0 masa sem1 dan sem2 , InsyaAllah boleh loncat buat ijazah terus . kot-2 jumpa lagi kann ? :)

    lagi satu hadiah

    take care ye budak kecik . Selamat Hari Lahir yang ke 18 :)

    till then , wassalam :)
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Tuesday, May 29, 2012

    Segmen : Hello My Coffe Friends

    assalam guys :)

    mood nak join segmen sorang kawan tyra ni :)


    tarikh lahir tyra : 
    *18 Mei 

    kenangan terindah : 
    *waktu tingkatan 3 , masa tu tyra tengah menangis sebab ada masalah ngan sorang kawan lelaki sekelas tyra . air mata tu masa macam air terjun kota tinggi laa *hiwhiw . macam budak-2 kecik je :p then , loceng berbunyi untuk waktu rehat . mula-2 tyra da nak keluar then masuk balik ikut pintu belakang . tak lama lepas tu budak-2 kelas tyra nyanyi ramai-2 lagu Happy Birthday . wahhh ! air mata yang da nak berhenti ni , mengalir balik . terharu sangat :') terima kasih sahabat KAA's tyra <3


    tarikh tamat : 30 Mei 2012

    till then , wassalam :)

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Wednesday, May 23, 2012

    20 perkara JANGAN

    assalam guys :) 

    tyra nak share something :) please read it .

    20 PERKARA 'JANGAN'


    1. Jangan sengaja lewatkan solat.
    2. Jangan masuk tandas tanpa memakai alas selipar.
    3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
    4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
    5. Jangan tidur selepas solat Subuh.
    6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
    7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat... kebaikan.
    8. Jangan pakai sepatu yang berlainan pasangan atau pun memakai sebelah sahaja.
    9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
    10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja.
    11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
    12. Jangan ego untuk meminta maaf kalau memang kita bersalah.
    13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
    14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja.
    15. Jangan bakhil untuk bersedekah.
    16. Jangan banyak ketawa.
    17. Jangan biasakan berbohong.
    18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
    19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
    20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.


    till then , wassalam

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Sunday, May 20, 2012

    Segmen : It's You I Review You

    assalam guys :)

    tyra join segmen yang kawan tyra buat ni . jum kita meramaikan segmen ni :P *promote kejap ! hehe 





    tyra suka blog akak pika sebab tulisan dia quite simple dan kita boleh tersenyum sorang-2 . btw , akak pika sangat jarang update blog . kalau update blog , surely best lahh :)




    tyra suka blog akak leya sebab tulisan dia yang ada iras-2 diari . boleh tersenyum kalau baca :) hehe .




     akak irene selalu update guna gambar . hehe . tapi kita tetap boleh faham cerita dia . dan paling tyra suka , akak irene suka update pasal makanan . yummy :)


    selamat ber'review' :)

    till then, wassalam

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Saturday, May 19, 2012

    My eighteen birthday

    assalam guys :)

    semalam 18 Mei merupakan birthday tyra :) hehe . Happy Birthday to me ! haha . senget !  tahun ni mungkin tak sama macam zaman sekolah dulu . :( btw , birthday tyra masa sekolah menengah yang paling tyra suka masa tingkatan 3 dan yang paling tyra tak berapa suka masa tingkatan 5 . sebab ? biar tyra je yang tahu :) tak baik buka aib . wish birthday kalau kat FB memang ramai . btw , thank yang wish :) tyra hargai korang yang rajin menaip HB dan sepanjang-2 ucapan . hehe . ooh , ye ! tyra bet ngan si Pika . hehe . bet si abang parking wish takk ? btw , memang budak tu tak wish punn . haha . tyra tak mengharap pun la budakk ! erm , hadiah ? tyra tak minta apa-2 punn , ucapan da memandai bagi tyra . btw , tyra dapat hadiah yang paling best ! nak tahu ape dia ?

    TADAAA !

    1. kad dari Hana . thank atas kad dan entri :) saya suka lagu dan video tuu :) teringat plak cerita Dream High tuu . haha

    weee ~ saya suka saya suka

    2. ucapan daripada Nemo . thanks atas entri ucapan dan gambar yang sweet ni :) saya suka cuci mata tengok video nemo :p haha *gatai betul kann ?

    ╲╭━━━━╮╲╲╲╭━━━━━━━━━╮

    ╲┃╭╮╭╮┃╲╲╲┃ SMILE !!!.......... :)┃ 
    ┗┫┏━━┓┣┛╲╲╰┳╮ It's a SUNNAH! ┃ 
    ╲┃╰━━╯┃━━━━╯╰━━━━━━━╯
    ╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲

    ╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲ 


    I love it :)


    3. petang tu , tengah best tidur . mak kejut tyra . "kakak ! syahril datang tuu ~" . ngan muka comel *giler perasan  sambil peluk patung angry bird merah adik irfan , tyra pun bukak pintuu . haa ~ tu dia si airel kunkun datang ~ haha . bawak something yummy tau tau . hehe . dia bawak tupperware penuh ngan speggeti punya adik-beradik . *tyra lupa nama dia ape . hehe  . then , dia boleh cakap birthday aku , kau plak masak ! haha . boleh je kawan ! kalau aku ada kat NS ni . haha . btw , saya kenyang makan tuu . thanks kat cik Ina sebab masakkan dan thanks kat kau sebab hantarkan kat rumahh . hehe . *lupa nak amik gambar , da  selamat dalam perut saya :P

    moga tyra lebih matang dalam menghadapi kehidupan ni . thanks semua . :) terima kasih ya Allah atas segala nikmatMU :)

    till then , wassalam .

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Thursday, May 17, 2012

    Selamat Hari Guru

    assalam guys :)

    hehe . giler lambat tyra buat entri ni . maaf ye sebab lewat dari 16 Mei :) hal ini kerana saya sangatlah malas . hahaha ~ disebabkan tyra malas nak fikir ayat puitis macam kawan-2 tyra , tampal gambar dari Mr Google jelaa .

    Selamat Hari Guru kepada cikgu-2 tyra . I wish you all will be always success in your life :) terima kasih atas ilmu dan jasa-2 yang diberikann :)

    ucapan tyra ni kepada : *jeng jeng jeennggg  

    - cikgu dalam hidup tyra , cikgu Siti Normah :) my mum dan abah , Tuan Shahimi (1994 till now)
    - cikgu Tabika Kemas BN5 5 tahun (1999)
    - cikgu Tabika Kemas BN5 6 tahun (2000)
    - cikgu-2 SK Simpang Renggam (1999-2004)
    - cikgu-2 S. Agama Kompleks Penghulu (2001-2004)
    - cikgu-2 S. Agama Simpang Renggam (2004)
    - cikgu-2 SK Sri Tebrau (2005-2006)
    - cikgu-2 S. Agama FRU 2 (2005-2006)
    - cikgu-2 SK Pulapah (2006)
    - cikgu-2 SMK Serting Hilir Kompleks (2007-2011)
    - cikgu-2 sekolah memandu 
    - cikgu-2 tusyen berbayar
    - cikgu-2 yang pernah hadir bantu tyra , maaf sebab kalau tyra tak ingat :)

    p/s : harapan saya nak jadi cikgu ? LOADING ~~~ ntah bila nak tercapai ? ermm .

    till then , wassalam :)


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Sunday, May 13, 2012

    Selamat Hari Ibu :)

    as salam guys :)

    hari ni ahad minggu kedua kann ? so , hari ni hari ibu ! nak buat special untuk mak ? ntah laa . tyra da pun tak tahu . kiranya hebat lagi kot . haha . *cakap besar woo ! hari-2 masak untuk mak dan family , hari-2 kemas rumah , basuh baju hari-2 , sidai kain , sapu sampah etc . haha . kau ada ? takdekann ?? ramai cakap hari ibu tu haram . tyra ada tanya mak , mak cakap asalkan niat kakak betul . tyra tak merayakan macam orang kristian atau nasrani . cuma untuk satu hari ni , tyra akan buatkan mak kad :) kalau terlebih kretif tyra buatkan hadiah sendiri . tapi selalunya kad laa . dulu pakai tangan sekarang beli takpun tyra buat sendiri . :) nak tahu satu rahsia takk ? mak simpan semua hadiah dan kad-2 tyra tu dari tyra kecik sampai sekarang . terharu sangat :) *saya start menangis ni :'(  sesetengah orang , hari ibu ni baru nak tolong mak buat kerja rumah , habis selama ni duduk melangut tengok mak buat kerja sorang-2 . hari ibu , tyra still tolong mak buat kerja rumah tapi tambah advance sebab sikit tyra bagi hadiah . :) disebabkan tadi pergi Jusco Seremban 2 , tyra belikan mak kad hari ibu . disebabkan duit ada RM6 je , kad jela mampu . kalau tak tyra ingat nak belikan something lagi memorial :)

    hehe . teddy tu cute kann ? setiap tahun tyra akan bagi kad kecuali terlebih rajin nak buat something macam kek :p cuba kira dari umur 5tahun sampai sekarang ada berapa kad tyra yang mak simpan . hehe . terharu sangat :)

    tyra pilih kad ni bukan sebab teddy tu sebenarnya . tapi isi kad tuu . sesuatu ucapan yang tyra tak terfikir nak cakap kat mak . selalunya 'sayang mak' kann ? . tahun lepas tyra senaraikan semua yang mak buat kat tyra . siap ada gambar mak lagi :) hehe .

    kerja wajib adik-2 tyra selalunya akan belikan kek . tapi sebab udyn dan wawa kat asrama cuma ada tyra dan irfan jelaa . jadi , kad sudah memandai bagi mak tyra :) birthday mak nanti kitaorang belikan kek ye ? hehe . ucapan untuk mak tyra :-

    Selamat Hari Ibu ! love you always and everyday :) terima kasih sebab jaga kakak dari kecik , bagi makan minum cukup , belikan pakaian , gosokkan baju sekolah, layan cerita-2 kakak , ajar kakak buat homework, ajar mengaji , ajar solat , bagi nasihat , selalu tegur kakak kalau ada buat salah , ajar pasal adab , ingatkan pasal adat Melayu , selalu belikan itu ini , always support me in whatever I do , nasihat pasal budak lelaki *haha , ada dalam senarai mak tyra , believe in me , tolong kakak macam-2 hal , jaga kakak masa kat hospital , faham diri kakak dan macam-2lahh . da tak senarai sebab banyak sangat . ape-2 pun , kakak will always love you and remember all your advice :) Selamat Hari Ibu . terima kasih sebab jadi emak kakak untuk 18tahun ni :)

    till then , wassalam :)
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Wednesday, May 9, 2012

    keputusan UPU

    salam guys :)

    hehe . sebenarnya keputusan keluar 7 Mei tapi tyra hari ni baru nak menaip entri . hehe . tersangat la malas :p keputusannya ? TADAA ~


    hehe . tersangkut course ni plakk . padahal ni pilihan ke 5 ke 6 tyra . course ni nama lain dia ukur tanah . hehe . saya dapat lebih kurang ngan nemo laa . cuma nemo kat PUO . hehe . 8 Mei 12PM baru dia umumkan penempatan UITM tuu . malam 7 Mei , tyra baca course tyra cuma ada kat UITM Perlis ngan UITM Shah Alam . dalam hati kata sure dia campak aku kat Perlis . resultnya ?


    haha . kan betul tekaan tyra ~ UITM Perlis kat Arau . haha . memang jauh ! abah masa dengar tyra dapat diploma dia kata pergi . bila tyra mungkin dapat kat Perlis , dia terus cakap "takpayah pergi diploma , pergi matrik je" aduhh . tyra tak tough nak jumpa sains tulen kat matrik tuu . lagipun tyra dapat matrik NS je . tyra decided tyra amik diploma 3tahun dan tak pergi matrik setahun . FULLSTOP !


    bila da setuju , baru tahu nak daftar bila . erm , tyra daftar sama tarikh ngan hana . budak-2 matrik 28 Mei . awal sikit daripada tyra ngan kawan-2 yang pilih diploma ni .

    p/s : hati terasa sayu nak tinggalkan rumah :'(

    till then , wassalam .
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Monday, April 30, 2012

    Hampa sangat !

    salam guys :)

    tyra tak nak tulis panjang-2 . gambar ni da bagi cerita dia da :/


    nak buat rayuan ke tak ? ntah laa . mak abah tyra buat derk je . nanti-2 laa . tyra tunggu UPU dulu . then , baru buat keputusan . kali ni tyra buat keputusan sendiri . guna kepala otak tyra sendiri . malas nak tanya mak abah daa . just wait and see what I can do .

    till then , wassalam
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Segmen : Hanya Itu yang Ku Hajatkan by Cik Dessert

    salam guys :)

    thanks kat Hana sebab tag tyra dalam segmen ni . thanks jugak kat tuan blog ni haa sebab ajak tyra join segmen ni gakk :)

    klik blog Cik Dessert

    tarikh tamat : 3 mei 2012 / Khamis

    " Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Besar dan Maha Adil . Kau berikanlah aku kejayaan dalam kehidupan ni seperti orang lain . Permudahkanlah segala usaha aku untuk mencapai cita-2 ku . Kau berikanlah aku kebahagiaan dalam kehidupan ini dan berikanlah kesihatan yang baik kepada aku , keluargaku dan sahabat-2ku . Sesungguhnya mereka orang yang penting dalam hidup aku . Sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui apa yang baik untuk hamba-2Mu . Amin .

    tyra tag siapa ek ?

    till then , wassalam .

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Wednesday, April 25, 2012

    tawaran pertama :)

    salam guys :)

    okayy . fuhhh ~ tarik dan hembus nafas . hehe . hari ni 25 April kann ? so , ni la tarikh budak-2 lepasan SPM 2011 sibuk nak check matrikulasi dan tingkatan 6 bawah . erm , tyra takde la excited sangat . hiwhiw . check pun dalam pukul 10 padahal orang lain tengah malam da check . keputusannyaa :

    Matrikulasi 


    haa ~ tyra dapat tuu :D tak sangka betul ! padahal tyra 4A je . then , addmath cukup makan kredit . haha . tahniah kat matrik sebab jadi tawaran pertama tyra . *poyos sungguh ayat aku ! sebenarnya tyra tak minta pun NS tapi dapat plak . da rezeki kat situ , Alhamdullilah . :) btw , kelas tyra cuma 16 orang dapat matrik :/ lagi 4 orang tak lepas . aishh . macam mana la tak dapat tuu ? >,<

    Tingkatan 6



    sahh la ! tingkatan 6 dengki kat tyra . haha . takde laa :) dia taknak kita tamak la tuu . da dapat matrik nak tingkatan 6 plakk . btw, thanks kat Emirul sebab inform tyra sebab kenapa tyra tak dapat tingkatan 6 tuu . kamsahamnida kawann :) 

    ape-2 pun tyra tak tahu nak pergi ke takk . tyra nak tunggu maktab ngan UPU dulu . then , baru buat keputusan nak pergi mana-2 . harap-2 dapat maktab tuu . Aminn ~ 

    till then , wassalam :)

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Saya sayang blog saya sebab ...

    salam guys :)

    akak Alynn ajak tyra join segmen pertama dia . so , kita pun join laa :)

    Segmen "Saya sayang blog saya sebab ..."

    klik blog alynn

    tarikh tutup : 30 APRIL 2012 (TEPAT 12 TGH MLM)

    Saya sayang blog saya sebab blog ni tyra tempat tyra berkongsi kisah hidup dan perasaan tyra . blog ni macam diari online tyra walaupun tak semua tyra cerita yang secret simpan sorang-2 . hehe . tyra suka cerita pengalaman-2 tyra kat sekolah walaupun tak semuanya manis kann ? ada jugak yang sedih , terasa terpinggir . tu jadi entri yang bermakna buat tyra . kadang-2 entri tu memang tyra tujukan buat seseorang bila tyra sakit hati , kecewa , marah , gembira dan macam-2 lahh . walaupun manusia tu mungkin tak baca , asalkan hati tyra tenang bila da menaip . macam tyra cakap kat dia padahal menaip saja . selain tu , tyra kongsi-2 maklumat untuk kawan-2 yang terutamanya sebaya ngan tyra . walaupun sedikit , tyra puas hati dapat  kongsi ngan kawan-2 . blog ni macam satu kepuasan buat tyra . tyra dapat berexperimen ngan blog ni . :) tukar-2 background , tukar template , susun gadget . hehe . bila blog jadi macam tyra nak , tyra suka sangat . kalau takde kawan blogger yang bantu tyra , blog tyra takde la kemas macam sekarang :) thats why tyra sayang blog tyra ni :)

    erm , tyra nak tag awak dan awak ye ?
    nemo dessert
    Hana

    till then , wassalam :)


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Tuesday, April 24, 2012

    Segmen : blog pilihan Zamani 84

    salam guys :)

    tyra join satu segmen ni :) thanks kat Hana sebab tag tyra :)


    tarikh tamat : 24 April 2012 pukul 11.59 malam.

    till then , wassalam :)

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Segmen : buku awesome terbaik !!!

    salam guys :)

    hari tu si Nemo da tag tyra then disebabkan tuan punya blog da menjemput join , tyra pun tanpa segan silu la masuk . haha . da termalu sebenarnya :p


    haa ~ segmen Hana ada syarat-2nya :
    • Buat satu post yang bertajuk 'Segmen : Buku Awesome Terbaik !!!'
    • Copy dan Paste banner kat atas tu kat post korang
    • Follow blog Hana?? Terpulanglah kat korang
    • Nyatakan buku yang korang suka (Tak kira berapa buah buku)
    • Ceritakan serba sedikit tentang buku itu...Tak kiralah info ke atau apa-2 saja (Buat Sinopsis)... Ringkas pun takpe...
    • Tag 2 orang rakan anda dan pastikan diaorang tahu
    • Postkan Link kat LINK ENTRY bukan link blog hana okayy 
    Tarikh Tamat Segmen : 26 April 2012 pada jam 12.00 Tengahari .

    okayy . meh , sini tyra cerita sikit . hehe


    1. novel Dear Yayah by Farihah Iskandar
     > menceritakan Jihan yang belajar di MRSM bersama rakan-2nya sejak dari tingkatan 1 tapi dalam dear yayah cuma menceritakan kisah jihan semasa di tingkatan 4 . Jihan ada sahabat baik bernama Suria yang sentiasa ada untuk Jihan . lebih menarik , Jihan buah hati *Jihan tak suka guna perkataan boyfriend bernama Hazman . Hazman plak ada kawan baik bernama Sofian . haa ~ si Suria pun ada Jejaka Idaman Malaya si Khairi . dalam novel ni korang boleh tahu persahabatan mereka ni . konflik yang berlaku antara Jihan , Hazman dan Amirah . betapa sabarnya Hazman menunggu Jihan sedar :) . macam-2 lagi yang menarik yang berlaku . novel ni ada siri dia : Dear Yayah 2 , Dear Yayah 3 , Dear Yayah 4 dan Dear Yayah Sejuknya Eau Claire . jalan cerita dia memang best ! 


    2. novel Hai Suria by Farihah Iskandar
     > haa ~ novel ni khas untuk sahabat baik si Jihan , Suria ! dalam novel ni kita dapat tahu kisah Suria yang sikit je dalam Dear Yayah . novel ni juga menceritakan macam mana Suria berjumpa ngan secret admire dia . ada gak pengalaman Suria yang kelakar seriously memang comel jee  . lagi satu tyra tersentuh sangat ngan sifat prihatin dan sayang Suria terhadap rakan-2 dia . novel Suria yang lain , Suria Vs Kaca Mata .


    3. Aku Mahu SuperBibik by Ain Maisarah
     > “Saya mahu bibik yang pandai gubah bunga, baiki paip, fasih cakap bahasa Inggeris, boleh menjahit dan ada lesen memandu serentak!” Beritahu Ina yakin.
    “Amboi, tingginya impian awak! Bibik pun manusia biasa macam kita semua. Bukannya Superman!” Farah tersentak.
    “Superman?” Ina mengulang perkataan itu. “Betul cakap awak, Farah! Bibik memang manusia biasa. Tapi saya tak mahu yang biasa-biasa. Saya mahu bibik yang hebat dan luar biasa! Saya mahu seorang Superbibik!”
    Itulah impian Shazarina! Memiliki seorang bibik sempurna. Demi mencapainya, dia sanggup melakukan temuramah ala-ala mencari peserta rancangan realiti TV. Hanya yang benar-benar layak akan diambil bekerja!
    Demam pencarian bibik juga tersampuk kepada kumpulan The Wannababes. Tambah lagi, Shasha kini mempunyai tiga orang bibik serentak. Itu membuatkan Fasharina bt Tan Sri Hisham, ketua The Wannababesrasa tercabar. Fasha yang punya dua orang bibik bertekad menyamai kehebatan Shasha! Fasha mesti mempunyai tiga bibik juga! Itu trend terkini orang kaya-kaya!
    Apakah kesudahan pencarian bibik oleh Ina dan Fasha? Ketahui kesudahannya dalam novel Aku Mahu Superbibik!
    *tyra copy da blog Pink AinMaisarah . hehe . boleh kann ?

    haa ~ hamik kau ! panjang sungguh :) untuk pengetahuan tyra memang minat dua novelis ni . korang tyra la baca tulisan kak AinMaisarah ni . banyak novel dia yang BESSTTTT ! singgah la blog kak Ain http://ainmaisarah.blogspot.com/ . promote ni :)

    tyra nak tag , awak dan awak !
    aini suhaila
    arielkun

    hehe . selamat men"join" ! :p

    till then , wassalam

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Monday, April 23, 2012

    Segmen : Review by Lily

    salam :)



    syarat-2nya :

    1. Buat entri bertajuk Segmen: Review by Lily
    2. Letak banner dkt atas dan linkkan ke entri ni.
    3. Follow? Tag? Terpulang, lagi bagus kalau buat.

    4. Tinggalkan link yang betul dkt entri ini. Link yg salah automatik ditolak.


    Tarikh tutup: 31 Mei 2012, 11.30PM


    till then , wassam :)
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Wednesday, April 11, 2012

    saya kecewa sangat :'(

    salam guys :)


    tu la perasaan tyra sekarang ! masa aku senyap , semua sibuk nak buat reunion . tapi bila tyra plan just lepak-2 kat Bahau , semua macam hampehh ! sumpah tyra cakap , tyra sakit hati ! macam ni ke nak buat yang gempak-2 ? bagi tyra korang buat masa ni tak layak nak buat yang gempak-2 . tyra TABIK ngan Nemo dan Hana . dorang berusaha nak join gakk . even , hana ada kenduri kat BBS , dia still join plan lepak ni . fine guys . FULLSTOP !

    till, then . wassalam . 

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Tuesday, April 10, 2012

    Segmen Cik Tyra Lee (Blogwalking+Up Follower)

    salam guyss :)

    hehe . men'join'kan diri lagi . thanks kat kak Tyra ( eh ! nama dia sama ngan kita laa :D ) sebab tag tyra dalam segmen ni . :)



    1. Buat entry bertajuk "Segmen Cik Tyra Lee (Blogwalking+Up Follower)"
    2. Letak banner kat atas tu dalam entry then link kan kat sini.
    3. Wajib follow blog cik tyra ni.
    4. Sunat tag tiga (3) orang kawan atau wajib tag satu (1) orang kawan. (ikutlah nak pilih yang mana.hee) dan pastikan mereka tahu ye.
    5. klik >sini<
    6. expired date: 20 April 2012. jam 11.59 p.m.
    7. dah siap semua, hantarkan link entry tu kat comment ye. kat cbox tak dilayan. :)
    8. dah siap tepuk tangan!! yey!


    tyra nak tag orang yang selalu tag tyra . hehe :p
    Hana

    till then , wassalam .
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    SEGMEN : blogwalking by Hansya

    salam guys :)

    tyra nak join satu segmen adik kita ni . hehe . thanks kat Hana sebab tag tyra .



    TAMAT : 12 April .

    tyra nak tag , haa ! awak ye !

    till then , wassalam :)

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Tuesday, April 3, 2012

    Pepatah Melayu yang Mengarut :p

    salam guys :)

    erm , korang mesti selalu dengar pepatah Melayu kann ? kalau tak pernah dengar tak tahu lahh nak kata ape :p tapi manusia ni kan selalu buat pepatah yang mengarut . bila dengar macam betul plakk . haha . cuba la baca pepatah kat bawah ni . PEACE :)

    Ayat Power - Pepatah Mengarut

    1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

    2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

    3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

    4. Biar lambat asalkan tak cepat

    5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

    6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

    7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

    8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

    9. Secupak takkan jadi 18 cupak

    10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,

    manusia mati meninggal dunia

    11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

    12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

    13. Alang-alang mandi biar guna sabun

    14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

    15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

    16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu

    17. Hidup segan, mati di tanam

    18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

    19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

    20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

    21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail

    di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

    22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

    23. Membujur lalu melintang pukang

    24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan

    25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

    26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

    27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah

    haa ~ amacam ? mengarut saja . buat adik-2 yang masih sekolah , jangan guna pepatah ni dalam karangan korang . mampus kena marah ngan cikgu nanti . sia-2 je . btw , pepetah ni hanya untuk suka-2 bukan untuk kegunaan dalam bahasa Melayu Standard . 

    till then , wassalam .

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    learn new word !

    salam guys :)

    tyra belajar perkataan baru ? tu pun nak heboh ke ? haha . suka hati lahh ! bukan word English , Korean tau tapi bahasa Melayu yang bunyinya macam merapu jee . :p alkisahnya , masa tu family tyra tengah on the way ke Kuantan masa hari sabtu (31 Mac) . bila budak-2 asrama dua ekor tu ada , masing heboh la nak bercerita pasal cerita-2 dan kawan-2 kat asrama . biasanya si Udyn la paling excited nak bercerita . masa udyn bercerita keluar satu perkataan yang tyra tak pernah dengar . btw, Wawa tahu perkataan tuu . cehh ! berlagak la tu . dorang tahu , aku tak tahu kann ?  perkataannya ialah Mencapap . what the hell ? haha . mencapap means is suka mencari publisiti . jenis orang nak semua orang kenal dan pandang la tuu . okayy , the second words is from udyn . his own words ! haha . sebab excited sangat bercerita dia tersasul sebut publisiti menjadi Publisatay . masa dia sebut tu semua tak perasan kecuali tyra . then , tyra tanya "kau sebut ape tadi ? publisatay ?". tanpa belas kasihan , tyra terus tergelakk . haha . satu kereta gelakkan kan dia . nak cover da tak boleh . sorry ye udyn :) PEACE . tu la perkataan yang tyra dapat bila lepak ngan budak-2 dua ekor tuu . hehe .

    till then , wassalam .
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Monday, April 2, 2012

    Segmen Up Followers + Review Blog

    salam guys :)

    hari ni tyra merajinkan diri join segmen blog ni . hehe . terima kasih ana sebab tag tyra yee ? :)


    syarat-2 segmen ni :

    • Follow blog Ila & Like fanpage Ila Tekan SINI  (WAJIB)
    • Buat satu entry "Segmen Up Followers + Review Blog "  (WAJIB)
    • Letak banner dekat atas ni dalam entry korang tu dan link kan ke segmen ni  (WAJIB)
    • Tag rakan blog  (SUNAT)
    • Linkkan entry korang tu dalam komen entry ni
    • Tamat 10/4/2012


    till then , wassalam .

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Segmen Interview Review By Hana

    salam guys :)

    tyra hari ni join segmen pertama kawan tyra ni :) hehe . da selalu men'join' segmen orang , tu nak buat jugak tuu ~ haha . opss ! sorry hana :)


    jawapan untuk soalan Hana :)

    1. nama : NurA'tirah
    2. umur : becoming 18 years old
    3. konsep blog : diary and information .
    4. perasaan menjadi blogger : exciting :)

    tyra tag :
    >  aqilah
    >  ema

    till then , wassalam .
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Friday, March 23, 2012

    Borang Online permohonan KPLSPM 2012

    salam guys :)

    okayy . hari tu tyra da post entri pasal syarat-2 kelayakan untuk memohon KLPSPM iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) . klik link ni kalau nak tahu --> syarat-2 KPLSPM 2012 . mesti ramai yang pening-2 semalam cari borang permohonan online tu tak jumpa-2 . tadi tyra da jumpa link dia , so nak kongsi kat korang semua . ikut step kat bawah ni ye ? :)


    step 1 : masuk laman web MOE  --> http://www.moe.gov.my/




    step 2 : masuk kat page Orang Awam 



    step 3 : da masuk page orang awam , korang akan jumpa page ni .
                then , masuk link e-perkhidmatan 





    step 4 : korang akan jumpa banyak link kat situ . link yang warna BIRU je boleh masuk . make sure tak  salah masuk tau ? 
               cari tajuk Perguruan . haa ~ kan bawah tajuk ada link yang dicari-2 tuu . :) klik je .




    step 5 : korang akan masuk page warna kuning . klik perkataan Teruskan tu .




    step 6 : klik link Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) .  




    step 7 : korang akan jumpa page ni . SELAMAT MENGISI ! :)
                    P/S : errmm , lagi satu baca dulu soalan lazim kat page tu tau . untuk pengetahuan bagi korang yang tak faham dan confuse :) tekan link Soalan Lazim (FAQ)



    tyra harap info ni dapat bantu korang semua :) 


    till then , wassalam .


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment