Friday, March 23, 2012

Borang Online permohonan KPLSPM 2012

salam guys :)

okayy . hari tu tyra da post entri pasal syarat-2 kelayakan untuk memohon KLPSPM iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) . klik link ni kalau nak tahu --> syarat-2 KPLSPM 2012 . mesti ramai yang pening-2 semalam cari borang permohonan online tu tak jumpa-2 . tadi tyra da jumpa link dia , so nak kongsi kat korang semua . ikut step kat bawah ni ye ? :)


step 1 : masuk laman web MOE  --> http://www.moe.gov.my/




step 2 : masuk kat page Orang Awam 



step 3 : da masuk page orang awam , korang akan jumpa page ni .
            then , masuk link e-perkhidmatan 





step 4 : korang akan jumpa banyak link kat situ . link yang warna BIRU je boleh masuk . make sure tak  salah masuk tau ? 
           cari tajuk Perguruan . haa ~ kan bawah tajuk ada link yang dicari-2 tuu . :) klik je .




step 5 : korang akan masuk page warna kuning . klik perkataan Teruskan tu .




step 6 : klik link Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) .  




step 7 : korang akan jumpa page ni . SELAMAT MENGISI ! :)
                P/S : errmm , lagi satu baca dulu soalan lazim kat page tu tau . untuk pengetahuan bagi korang yang tak faham dan confuse :) tekan link Soalan Lazim (FAQ)



tyra harap info ni dapat bantu korang semua :) 


till then , wassalam .


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, March 22, 2012

pencapaian terbaik 5Science dalam sejarah SMKSHK

salam guys :)

haha . happy sungguh kann ? tyra happy ngan result SPM tyra . walaupun 4A je , tyra happy sangat tyra dapat A+ untuk sejarah dan kredit untuk semua subjek . Alhamdulilah :) tengok tajuk kat atas macam bagus je kann ? tapi tu la hakikatnya . sebab kami 5SC tahu kami tak sebagus kakak-2 abang-2 tahun lepas dan adik-2 form5 ni . btw , kami da buktikan kami pelajar yang bagus jugakk dan yang penting kami da sumbangkan sesuatu untuk SMKSHK .



I'm right ? huhu . we the best :)

till then , wassalam .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, March 20, 2012

doakan KAMI batch 94 .

salam guys :)

esok 21mac 2012 hari penentu untuk semua calon SPM 2011 . fuhh ! macam mana agaknya nanti ye ? harap-2 okayy :) tyra da tak tahu nak cakap apa lagi . jadi blurr sangat --

ya Allah , kau berikanlah kami keputusan yang baik . keputusan yang dapat memberi kesenangan kepada semua yang mendengarnya . sesungguhnya kau maha mengetahui lagi maha besar . sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan mu ya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah . amin amin yan rabbal ala minn ~

till then , wassalam :)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012





salam guys :) 

hari ni tyra nak kongsi info untuk pelajar lepasan SPM 2011 yang berminat untuk jadi guru . here it this :)



Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2012. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.

Syarat Asas Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
    • Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
    • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
      • Bahasa Melayu
      • Sejarah
      • Satu mata pelajaran yang lain serta;
      • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Program Pengajian Untuk Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 18 bulan atau 3 semestar di institusi yang ditetapkan.
  • Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bidang Pengajian


Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Bahasa Arab Pendidikan Rendah
  • Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah
  • Bahasa Iban Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Cara Memohon Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2012. (hanya dibuka mulai 22 Mac 2012)
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.

Maklumat Tambahan Bagi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Maklumat lebih lanjut akan diberikan selepas 22 Mac 2012.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/  1242/ 1245
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

  • credit : www.ar-rifke.com

  • harap info ni berguna untuk semua :) 

  • till then , wassalam .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, March 19, 2012

Segmen Review Blog dan Follow by Zetty


kawan-2 yang ditag :
arielkun
arinahayazi
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, March 14, 2012

Seminggu lagi .

salam guys :)

huhh ! hari kat berita result 22 mac , alik-alik 21 mac plak =,= . aigoo ~ berdebar plak rasanya . tyra tak ready untuk tarikh 21 tu , tyra cuma ready untuk 22 . ermm ~ takut sangat . ape la result tyra nanti kann ? harap-2 tak teruk . biarlah yang dapat menyenangkan hati ni . lagipun tyra bukan pandai sangat sampai nak straight A's kann . tyra tahu kemampuan tyra .

Ya Allah , permudahkanlah urusan hambaMu ini . Berikanlah aku keputusan SPM yang dapat menggembirakan aku , ibu bapa ku , rakan-2ku dan guru-2 yang telah mengajar aku selama ni . Sesungguhnya Kau lagi maha mengetahui dan maha adil . AMINN ~ 


doakan tyra ye 21 mac ni . :) ada SEMINGGU lagi .

till then , wassalam .
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, March 11, 2012

aktiviti dengan kawan-kawan ?

salam guys :)

ape kena ngan tajuk tu ? okayy . kawan-2 tyra kat pulapah ni sibuk nak buat reunion . haa ~ best kann ? dapat kumpul balik ? macam tu la kann . :) kawan-2 kelas KAA tyra pun sibuk nak buat reunion gakk . tu belum budak-2 kelas science lagi . erm , kita cerita yang paling serious nak buat . PEACE :) . tyra nak join reunion budak-2 pulapah tu tapi ada masalah-2 kecil yang buat tyra susah nak kata "yupp ! aku join !" . masalahnya :

- kat group Oldskool member tu ramai kawan lama diaorang . bukan tyra tak suka nak berkawan tapi reunion tu kan untuk kawan-2 lama . tyra masa kat SK Pulapah tu tak sampai setahun punn . siapalah kita kann ? rase tyra bakal memcacatkan reunion tu nanti .

- dulu kan tyra ada masalah ngan budak-2 lelaki pulapah tu . pasal kes adik tyra tuu . lepas kes tu yang okay ngan tyra cuma azrul dengan ayie je . yang lain tu tyra taktahu dorang still marahkan tyra dan still taknak kawan tyra . erm , mase upper form tyra cakap kat sorang budak lelaki ni pasal pesanan adik dia , dia langsung tak respon atau pandang tyra . nak cakap ape tuu ? so , tyra kalau join reunion tu mesti rasa janggal dan kekok . rasa macam tak pernah kenal dorang . but tyra always forgive them :)

- yang ni paling masalah . duit ! memandangkan tyra tak kerja , mana nak check out duit ? kalau reunion dekat-2 mak abah mungkin baik hati nak bagi duit , kalau jauh banyak pertanyaan abah tu karang . even tyra nak pergi bahau dengan kawan-2 pun tak bagi . apatah lagi times square tu . nak guna duit raya , duit nak simpan dalam tabung haji . duit yang tyra ada sekarang cuma masa pergi praktikal memandu , tu pun tinggal RM5 . giler sengkek tyra sekarang ni . jadi , lepas ni takde da duit .

- hari ! kalau reunion tu hari sekolah macam mana ? siapa nak masak kat rumah ? okay tu mungkin mak abah tak kisah . yang kesiannya adik bongsu tyra yang sorang tu . siapa nak amik dia balik sekolah dan nak duduk dengan siapa masa nak tunggu abah balik pukul 1 , mak balik pukul 2 ? kesian plak tyra rase nak tinggal dia . kalau dia reti urus diri sendiri takpe tapi apa la yang budak 6 tahun reti urus .

tu la masalah dan dilema tyra . mak abah tyra bukan senang-2 nak bagi kalau takde reason yang kuat . tyra nak join tapi bila fikir masalah-2 kata atas tu , tyra jadi serba salah . so , kalau reunion tu jadi dan tyra tak dapat join . tyra just wish all of them had great time together :)

till then , wassalam :)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, March 9, 2012

Hukum Bermain Gitar

salam guys :)


erm , rasanya ramai budak-2 sekarang reti dan suka main gitar kann ? cakap macam tu sebab diri sendiri tak reti main gitar . haha . ada yang kata haram kann ? tyra pernah dengar hukumnya haram . so , tyra cari kat forum iluvislam dan kat bawah ni ape yang tyra dapat . baca dulu baru buat kesimpulan okayy :)






Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.


Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.

Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa harus menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Pada pandangan saya, pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Wallahualam.



hahh ! alat seperti gitar diharamkan sebab maksiat atau kelalaian . so , jangan lalai sudaa ~


till then , wassalam :)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, March 7, 2012

Dream High 2 (Korean Drama)

salam guys :)

haha . update entri lagi ? a'ah laa ~ tyra sangat tak okay hari ni . oleh itu , dia meng'update' entri banyak-2 . okayy ! layan je tyra hari ni . haha . siapa minat tengok drama korea ? mesti ada kann . sekarang ni kan tengah hot cerita Dream High 2 . siapa da tengok cerita tu ? kalau ada yang da tengok Dream High mesti nak tengok cerita kedua dia kan ? tyra kongsi sikit pasal Dream High 2 :)



Sinopsis


Sekolah Tinggi Seni Kirin telah diambil alih oleh Oz Entertainment kerana hampir bankrup kerana masalah kewangan . Oz Entertainment kemudian memindahkan bintang idolanya sendiri ke Kirin untuk menghindari tetapan hukum yang mengharuskan penghibur di bawah usia untuk belajar dengan waktu yang ditetapkan . Persaingan berlaku diantara mahasiswa bermasalah di Sekolah Tinggi Seni Kirin dengan idola yang dipindahkan dari Oz Entertainment . Shin Hae-Sung (Kang So-Ra) memasuki Sekolah Tinggi Seni Kirin dengan markah ujian tertulis yang tinggi, namun nilai kerja yang buruk. Dia kemudian bertemu rakan sekolahnya Jin Yoo-Jin (Jinwoon) dan JB (JB), yang membuatnya menyedari bahawa muzik boleh menjadi menyenangkan . Jin Yoo-Jin berkelakuan seperti ketika dia seorang anak kecil. Sekarang, dia ialah mahasiswa bermasalah dan bermimpi menjadi seorang bintang rock. Dia mencuba untuk menyembuhkan rasa sakitnya yang disebabkan oleh perceraian ibu bapanya melalui dunia muzik.



“Dream High Season 2″ will follow idol stars heading out to find their hopes and dreams. This Drama will deal with new students instead of the first batch of students.
Kirin High School of Art has been taken over by a company, Oz Entertainment because of financial bankruptcy. Oz Entertainment then transfers over its own young idol stars to Kirin High to avoid a law requiring under age entertainers to study for a set time. Competition then brews between troubled students at Kirin High School of Art and then newly transfered idols from Oz Entertainments...
Shin Hye-sung (Kang Sora) enters Kirin High School of Art with a high written exam score, but poor performance score. She then meets fellow students Jin Yoo-jin (Jung Jin-woon) and JB, who makes her realize how fun music can be. Yoo-jin acted when he was a child. Now, he is a troubled student dreaming of becoming a rock star. He attempts to cure his pain caused by his parent’s divorce through music.


Main Cast
Kirin's Teachers
  • Park Jin-young as Yang Jin-man (English teacher)
  • Kwon Hae-hyo as Joo Jung-wan (Principal)
  • Kim Jung-tae as Lee Kang-chul (President)
  • Choi Yeo-jin as Ahn Tae-yeon (Vocal teacher)
  • Kahi as Hyun Ji-soo (Dance teacher)
Kirin's Students / Extended Cast
  • Ailee as Ailee
  • Yoo So Young as Park Soon-dong
  • Jr. as Jung Ui-bong
  • Kim Ji Soo as Park Hong-joo
  • Jung Yeon Joo as Lee Seul
Cameos
  • Kim Soo Hyun as Song Sam-dong (ep 1)
  • IU as Kim Pil-sook (ep 1)
  • TOXIC as street band (ep 1)
  • Boyfriend as Roly Poly back up dancer (ep 2)
  • MYNAME as OZ Entertainment's idol group (ep 2)
  • Ham Eun Jung as Yoon Baek-hee (ep 3)
  • PSY as teacher (ep 5)
  • Yeeun as Ye Eun (ep 9)
  • Suzy as Go Hye-mi
  • Taecyeon as Jin-guk
  • Wooyoung as Jason

erm , tu jela kott . setakat ni , ni la drama korea yang tyra tengah layan . haha . suka weyhh ! peduli la apa yang orang kata . selamat menonton .

till then , wassalam :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

10 Tips Mudah Berdiet oleh Kevin Zahri

salam guys :)
tyra nak kongsi tips diet sikit . haha ! memandangkan kerja duduk rumah masa menunggu result SPM 2011 ni , berat badan tu da naik , badan da berisi (tyra la tu =,=) jadi , kena la berdiet sikit . biar maintain je badan tu . haha :) 



Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)

till then , wassalam .

credit : iluvislam

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment