Wednesday, September 25, 2013

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?

Assalamualaikum.
Sekadar kongsian. Tyra dapat dari Facebook Dato Sahol. Tolong baca sampai habis. Tyra pun tersentuh bila baca ni.
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. 
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ".
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.
Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...
Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. tanpa menolak, beliau memenuhinya..
Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..
Ayah sangat berhati-hatimengizinkan nya..
Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..
Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..
Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagikuat untuk menjaga kita..
Itulah pengorbanan seorang ayah..
apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia?
percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah,tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita..
kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? Kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??


SAYA MENYAYANGI ABAH dan EMAK LEBIH DARI SEGALANYA
I miss my abah :'( kalau dulu, takut sangat dengan abah. Padahal tyra mase kecik memang betul2 anak abah kata mak. Semuanya nak ikut abah, sampai arwah aki kata masukkan tyra dalam kain abah. *hehe. nampak saya anak abah :p*  Dah besar macam ni, takde la takut sangat dengan abah, kadang2 sesuka hati bahan abah. hehe. Sorry abah. Alah, kalau abah bahan tyra kaw kaw kene. tsk tsk T.T Hobi abah sekarang ni, suruh tyra jadi driver kalau dia malas nak drive, penat ke? Haritu masuk semester 3, tyra drive dari perak sampai ke kedah dekat rumah pak cik tyra kat jitra sebab abah demam. Takut tapi seronok sebenarnyaa. Pengalaman yang jarang abah nak bagi. Hee.

Till then, wassalam. :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, September 24, 2013

Kesan tekanan terhadap kesihatan

Assalamualaikum.

Semalam tyra skype dengan mak. Okay, mak tahu tyra tengah stress giler2 sekarang ni. Hehehe. *kau hado?* Mak cerita la yang dia cerita pasal tyra kat cikgu kat sekolah dia mengajar tu. Then, cikgu tu pun cakap actually stress ni bahaya. Mak sedara dia meninggal sebab stress yang melampau, terlalu fikirkan masalah anak2 dia. Pergh! Mak tyra pun terkejutla kan. Takkan stress boleh bawak mati. So, tyra pun pergi google, Klik page ni, klik blog tu. Heee~ Tyra terjumpa satu blog ni. Kira merangkumi semua laa. Ni dia dari blog jagenmohen.blogspot.com.

Kesan tekanan terhadap kesihatan dan kesejahteraan

Berdasarkan perbincangan di atas, tekanan (stress) boleh memberi impak yang besar terhadap aspek keselamatan dan kesihatan seseorang. Kesemua impak ini berkisar kepada aspek fisiologi, psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Ia boleh di bincangkan berdasarkan kepada bebrapa topik di bahagian berikutnya.
Apabila individu mengalami tekanan, ia boleh menyebabkan simptom yang menjejaskan fisiologi, psikologi, kognitif dan gelagat. Tekanan juga boleh berlaku sebagai impak psikologi yang mempunyai komponan emosi dan kognitif di mana ia memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Oleh itu, tidak hairanlah jika tekanan boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan termasuklah meningkatkan risiko penyakit jantung, penyakit Muskuluskeletal (Musculoskeletal Disorders-MSD), masalah psikologi seperti kemurungan dan habisan tenaga (burnout) serta masalah gastrousus. Sebagaimana, yang telah disedari, tekanan yang lebihan boleh membawa kepada ketegangan (strain) dan menyebabkan kemurungan (depression). Kemurungan kesan daripada masalah dalaman boleh membawa gangguan psikolologi (kembimbangan, kesedihan dan kebengkan dan cepat marah), fisiologi (tekanan darah dan ketegangan otot) serta gelagat (prestasi kerja yang lemah, kemalangan, gangguan tidur dan pengambilan alkohol..
Dalam pada itu, kemurungan yang berpunca daripada tekanan boleh menjejaskan tahap kesihatan individu. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga menunjukkan antara empat penyebab utama masalah kesihatan mental ialah kemurungan. Masalah kesihatan kronik sebegini terjadi kerana tekanan boleh dikaitkan dengan takanan darah yang mengalir secara berlebihan terhadap dinding arteri. Tekanan darah yang tinggi dan berlebihan akan menyebabkan dinding arteri menjadi sempit dan ia menyukarkan darah untuk melaluinya. Selain itu, tahap tekanan yang tinggi juga mengakibatkan peningkatkan tahap kolestrol dalam saluran darah yang boleh meningkatkan takanan darah. Apabila indiidu mengalami tekanan, tekanan darah akan meninggat dan menurun. Perubahan yang tidak menentu sebegini boleh menyebabkan saluran darah tercedera serta berfungsi secara tidak normal. Inilah fenomena fisiologi yang boleh menjejaskan tahap kesihatan akibat tekanan. Situasi ini merupakan alasan terbaik yang dapat menunjukkan bahawa stress merupakan penyebab utama sakit jantung dan terdapat juga kajian turut mengkaitkan tekanan dengan penyakit kanser.
Selain itu, indiidu yang mengalami tekanan melampau boleh menjadi mangsa kepada masalah kesihatan seperti seperti ketegangan mata, telinga berdengung, batuk yang teruk, sakit dada, masalah perut, sakit kepala dan ketidakselesaan mukulokeletal.
Di samping itu, Gangguan Trauma Kumulatif (Cummulative Trauma Disorder-CTD) boleh berlaku kepada sesiapa yang mengalami tekanan melampau. Apabila individu mengalami CTD, pergelangan tangan menjadi kebas kerana peredaran darah ke saraf anggota badan terganggu. Anggota mana yang akan berasa kebas bergantung kepada bahagian otak kerana setiap saraf pada otak mengawal anggota badan yang berbeza. Kesemua masalah kesihatan ini bolaeh dikategorikan sebagai CTD atau gangguan muskulosketal ( Musculosketal Disorders- MSD)

Sementara itu,.mereka yang mengalami tekanan mudah merasa sakit kepala, sakit pada bahagian belakang badan, merasa kurang sihat, cepat berpeluh dan mempunyai kadar denyutan jantung yang laju dimana boleh memberi kesan terhadap kesihatan individu itu sendiri. Selain itu, seseorang akan berasa tidak begitu sihat dan mengalami masalah tidur iaitu insomnia yang merupakan salah satu penyakit yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah sukar untuk tidur. Individu terbabit turut mengalami cirit birit dan rasa kering pada bahagian tekak dan mulut dan gangguan kesihatan.

Melalui aspek perasaan,seseorang individu itu akan mudah merasa bimbang dengan setiap keadaan yang dilalui. Individu itu takut akan sesuatu yang dilihat boleh menjejaskan keselamatan dirinya dan boleh memudaratkan dirinya.Individu ini menjadi seorang yang mudah terasa dengan orang lain, moody dan dingin dengan masyarakat keliling. Individu ini juga dilihat tidak mampu mengawal perasaan apabila berada dalam keadaan tekanan yang sekaligus boleh mengundang trauma kepada individu terbabit. Individu yang mengalami tekanan perasaan ini kurang untuk bergaul dengan masyarakat keliling dan sentiasa memikirkan perkara-perkara yang negetif.

Kongnitif adalah aspek kedua yang merupakan kesan tekanan terhadap kesejahteraan hidup. Kongnitif lebih melibatkan pemikiran seseorang itu berfikir,mempersepsi dan membuat tanggapan dirinya dimana ianya dilihat sebagai seorang yang tidak mepunyai keyakinan. Apabila seseorang individu itu mengalami tekanan maka individu itu merasa rendah diri apabila berdepan dengan orang lain. Selain itu, seseorang individu yang mengalami tekanan tesebut turut merasai ketakutan dan kegagalan dalam melakukan tugasan yang diberikan. Individu tersebut tidak memberi keupayaan dalam memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran, pekerjaan dan sebagainya. Individu yang mengalami tekanan ini seorang yang sentiasa berfikir dan asyik termenung bersendirian dan pelupa terhadap apa yang dilakukan. Selain daripada itu, individu yang ,mengalami tekanan ini selalu bimbang akan masa hadapannya dan kerap berasa runsing untuk setiap perkara yang dilakukan dan ini sangat berbahaya kepada sesebuah syarikat kerana boleh menyebabkan kejatuhan produktiviti dan prestasi yang sekaligus akan memberi impak kepada sesebuah syarikat.


Aspek yang seterusnya adalah menerusi tingkahlaku. Individu yang mengalami tekanan ini akan menunjukkan tingkahlaku yang kurang menyenangkan dan boleh menakutkan masyarakat yang berada disekelilingnya. Antara gejala yang dapat dilihat apabila seseorang itu mengalami tekanan menerusi aspek ini adalah, individu terbabit akan merasa hilang selera makan, sering mengertap gigi, mengambil minuman alkohol ataupun dadah serta sering merokok tanpa mengira waktu. Individu yang merokok ini akan merokok kerana dipercayai mampu memberi kelegaan terhadap diri mereka dan di katakan boleh menghilangkan sedikit tekanan. Maka, tidak hairanlah jika mereka yang mengalami tekanan sering merokok. Selain daripada itu, individu yang mengalami tekanan akan menangis tanpa sebab dan akan ketawa dengan nada yang kuat dan gementar.


RUJUKAN

Ma’rof Redzuan, Haslinda Abdullah.2002. Psikologi . Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Glaser, Kiecolt. 1994. Human Stress and Humanity.

http://myais.fsktm.um.edu.my/2846/1/Vol12(1)-Zafir.pdf ( 16.01.09)

http://www.scribd.com/doc/6627225/SIM-2209-BAB-3-Kesihatan-Kesejahteraan-Keberkesanan-Organisasi ( 16.01.09)

http://kubangpasuturn.blogspot.com/2008/04/kesan-stress-dalam-kehidupan.html
( 20.01.09)


Banyak giler kesan dia. Yang tyra highlight-kan tu, perkara2 yang selalu jadi kat tyra terutamanya bila dah mula kelas, LP, assignment dan report. Kadang2 makin menjadi2. Macam mane nak hilangkan stress ek? Kita pergi google duluuu~ *kalau rajin nak baca laa*

till then, wassalam.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, September 20, 2013

Tip Menghadapi Peperiksaan.

Assalamualaikum :)

Heee~ baru nak muncul. Hahaha. Dah dekat final pun still busy dengan LP dan report. Giler den macam ni. -__________- still waras kot. Kihkih Okayy, tyra nak kongsi sikit tip nak hadapi exam ni. Tyra dapat dari facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Boleh kita amalkan, lagi la tyra nak final, ade nak PMR dengan SPM. 

Di antara tip yg praktikal & berkesan:

1. Jaga solat 5 waktu dgn sempurna.
2. Lakukan solat taubat, hajat & istikharah-- hati jadi bersih, mudah belajar & dpt jwb soalan dlm pep dgn cemerlang.
3. Doakan ibubapa, guru2 & kawan2. In sya Allah ilmu jadi berkat.
4. Ilmu itu cahaya, & cahaya tak masuk hati yg gelap. Justeru, sentiasa cuci hati dgn berbagai cara yg telah kerap saya syorkan.
5. Tukar minda ke MODE PEPERIKSAAN: Jadikan bilik belajar di rumah menjadi Bilik Gerakan Pep: Ada jadual pep, count down ke hari pep, bubuh matlamat di dinding, cth: Nak dpt 10A dlm SPM 2013, bubuk kata2 motivasi, doa2 penerang hati & kejayaan, peta minda topik2 yg penting, dll.
6. Fahamai strategi belajar & sesuaikan dgn STAIL PEMBELAJARAN ANDA-- sama ada u pelajat visual ( belajar dgn membaca), audio (belajar dgn mendengar),atau kinestetik (belajar secara praktikal & hands on).
7. Barangsiapa belajar dgn niat utk membantu kwn lain yg lemah, akan dpt 10X ganda kefahaman & daya ingatan. So, betulkan niat masa nak belajar!
8. Ubah PERSEKITARAN: belajar dgn duduk di kerusi sambil menghadap KIBLAT (JGN SESEKALI BELAJAR DGN DUDUK DI LANTAI ATAU ATAS KATIL!!!), kemaskan persekitaran, jika sesuai, tukar warna bilik ke warna HIJAU (Agar tenang) atau KUNING (Agar ceria), ada pewangi dlm bilik utk rangsang minda, pastikan cahaya matahari masuk ke dlm bilik utk beri tenaga ke dlm bilik & bunuh bakteria, bubuh pokok kecil di hujung meja tempat belajar utk supply oksigen yg di perlukan oleh otak. JGN BELAJAR SAMBIL DENGAR MUZIK (apa jenis muzik sekalipun!). SETAN YG AKAN MENGIRINGI ANDA BELAJAR & SUKAR NAK BENAR2 FAHAM!!!
9. Pakai minyak wangi masa nak study utk rangsang minda & tingkatkan IQ.
10. Senyum masa belajar utk relakkan minda & seronok belajar.
11. Minum air masak semasa belajar.
12.. Lakukan ulangkaji secara OUTPUT LEARNING:
  • a.. TENGOK SOALAN YG LEPAS, SOALAN CONTOH ATAU SOALAN RAMALAN,
  • b. Baca doa penerang hati, termasuk surah al Insyirah
  • c. Baca buku/ nota dgn menunjuk dgn jari. Bila membaca sambil menunjuk, konsentrasi, kefahaman & daya ingatan meningkat 20-60%.
  • d. Setelah membaca, fikir & ingat kembali fakta2 yg di baca tadi. Proses ini utk pindahkan maklumat drp buku ke sel2 memori dlm otak.
  • e. Lakar Peta Minda utk subjek yg berkaitan.
  • f. Semak ketepatan maklumat di peta minda (PM) & perkemaskan PM
  • g. Sebut secara lisan maklumat yg tercatat dlm peta minda utk mengukuhkan daya ingatan.
  • h. Cuba jwn soalan yg telah di rujuk di awal sesi ulangkaji tadi. Ini akan menguji kefahaman & tingkatkan daya ingatan.
  • i. Tampal peta minda yg penting di dinding utk di rujuk sblm tidur.
  • j. Baca Doa kesyukuran & mohon Allah lekatkan maklumat dlm minda sepanjang masa.
13. Kuatkan MEMORI DGN:
  • a. Doa penerang hati,
  • b. Makan yg seimbang,
  • c. Mengambil supplemen Minda spt EXCEL SUPREME yg amat membantu ratusan ribu pelajar utk memperkasa pembelajaran (hub 03-89255292 utk maklumat & tempahan),
  • d. Mkn kacang2 & Vit B complexs,
  • e. Makan madu, kismis, buah badam & tamar, etc
14. Hidupkan sunnah2 harian (elak kencing berdiri-- ini akan jadikan anda pelupa & lemah fikiran!).
15. Lakukan yg terbaik, bertawakkal kpd Allah & redha setiap pencapaian yg di hasilkan.

Moga Allah merahmati semua pelajar yg menghadapi peperiksaan. Aameen

Nombor 8 tu, tang dengar muzik. Err, tyra style study sambil dengar muzik plak tu. Hmmm. Dah tak boleh amalkan dah ni. Heee. kita dengar surah2 jelaa pas ni. *boleh keee?* .

Okayy, till then, wassalam :)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, September 2, 2013

Sukol UiTM Perlis 2013 dan Ambang Merdeka ke 56

Assalamualaikum.

Otak set nak study. Paksa diri nak study tapi badan tak bagi kerjasama. So, menaip entri je mampu. Tu pun otak tyra blurrrrrr. Nak cerita ape ye? Banyak ceritanya, tapi tyra malas nak refresh malas nak fikir. Hm. Sukol tu ape? Sukol tu sukal kolej sebenarnyaa. Tyra jadi wakil perbarisan kolej Dahlia II. Tema rimba kann? So, kami the Dahiaan II pilih arnab. Errr *rimba ke?* Mase belum perarakan tu, budak-budak kolej lain have fun termasuklah kitaorang cuz nak hilangkan bosan tunggu rektor yang sepatutnya pukul 9 sampai tapi lewat setengah jam. Sabarrrrr sangatttttt ~! Lepas tu, ucapan bagai baru persembahan setiap kolej. Dahlia II menari lagu electric shock, HSM 2, runaway dengan best song ever. Adelah terlupa step sikit gara-gara penat sangat. *saya tak makan malam tau* Agak terkilanlah tak menang untuk persembahan. Hmmmm. Ape-apepun tahniahlah Dahlia I, menang keseluruhanan. *tepuk tangannn*

The Dahliaan II


Ade persembahan budak PALAPES *daebak gilerrrr*, Commander, peserta basikal 56 dan perlawanan bola sepak antara johan bola sepak sukol dengan pasukan pilihan rektor. 0-0 je dan rasanya sekejap sangatlahh sebab nak kejap pukul 12 tuu. Heee~ Dapatlah jugak merasa tengok bunga api kat sini. kalau tak melangut jelaa kann? Tahun lepas, tyra balik NS. Sempat sambut merdeka kat KL even dalam bas je pun. HAHAHAHA. Tapi lepas tu, kene tegur dengan si Effa. Muka tyra semacam sangat then mata merah. Haaaa~ Akibat penat dan tak makan. Koku dari pukul 3 sampai 7, tu pun 6.40 tyra mintak balik awal. Sampai kolej, siap-siap nak pergi sport complex dan tak makan malam sampai la perlawanan bola sepak merdeka tu. Tu pun dapat roti je, perut dah masuk angin. Hmm.Kurang best nak sambut merdeka kalau badan dah rasa tak best. Okayy. Sambut balik. Tepat pukul 12, students uitm laungkan merdeka 7 kali then nyanyi lagu kemerdekaan. Fun ^_^ Punyalah semangat tang menyanyi. Lepas tu, lepas gian bergambar dengan rektor plus budak-budak ni barulah reti balik. Hehehe.

We with acap. haha

till then, wassalam.

p/s: A'tirah condition getting worse. Sorry, kalau ayat entri ni macam tak ikhlas. :/



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, September 1, 2013

Need my mum :'(

Assalamualaikum.

Hmm. Demam-demam pun nak update entri. Tyra rasa tyra nak demam dari hari rabu sebab malam rabu tu tyra balik dari sport complex mandi hujan. So, dia melaratlah sampai harini. Dengan hari jumaat tyra tak makan malam, busy berkejar koku dengan sukol. Sabtu pulak tyra buat LP sampai petang. Malam tu makin teruklahh. Lepas tu, around pukul 2 pagi, kipas bilik buat hal. Dua tuga kali tyra betulkan still berbunyi. Tyra call mak, memang menangis habis-habislah. Tyra tak larat sangat nak hadap benda tu. Sekarang tyra makan mesti muntah balik. Ya Allah. Badan rasa penat plus sakit-sakit. Tyra nak balikkkkkk. Nak makkkkk! Seriously, kalau sakit macam ni, mak lah jaga tyra. Ni tyra kena jaga diri sendiri. Sebab tu tyra tak suka sakit kalau kat arau ni. Esok ntah larat ke tak nak pergi kelas. Hmm. I need my mum. :"((

Wassalam

P/s: mood tak okay, kepala lagilahh.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment