Wednesday, December 30, 2015

Hari Jubah A'tirah : Konvokesyen UiTM ke 83

Assalamualaikum and haaaaaiiiii.

Hah okay! Tadi petang terasa sangatlah malas nak update. Dari mana tah datang rajin dia nak update entri baruu, malam ni cheq muncui haaaa. Sepatutnya pasal konvo ni sebulan yang lepas dah update, well faham-fahamlah bila dah malas. Hati, limpa, jantung nak menaip memang takde ah kat laptop ni. Masa nak final ni laa baru nampak blog ni. Hahahaha. Guys student guysss. Masa nak studylah, nak kemas bilik, sapu sampah, kemas meja, tengok semut. Errr bilik tyra ada semut kecik-kecik tu kotttt.

Dah, kita straight to the point. My hari jubah on 24th nov actually. *semangat tau kot  masa nak pi ni* Sebelum balik perlis, macam-macam dugaan jadi. Hal tiket ktm, tiket bas. Ergh, rasa nak menangis masa balik tu. Sebenarnya dah menangis pun tapi si syeramie boleh duduk relax sambil layan drama korea. Hai lah kawan.Terpaksalah sado kan hati sebab tengok dia optimis semacam.


23/11/2015
Once dah dapat jubah hasil menapak ke blok c, beratur panjang, panas dan penat; menapak lagi ke padang woodball sebab untuk gambar preconvo woiiii! Tyra nasihatkan korang buatlah sikit gambar preconvo even takde hati dan perasaan nak buat pun. Kenangan untuk korang simpan. Takkan tak hargai penat lelah korang belajar. *even I pun tak dapat dekan. Okay, yang ni sadis* So, beratus gambar dapat takdelah semua kau nak post ye tak?








Disebabkan akak-akak ni haaa mostly takde transport maka dalam uitm jela yang mampu. Eh, uitm perlis banyak tau tempat yang cantik. Tepi kandang rusa pun boleh kalau kau pandai amik gambar. Hahahhaha. Kitaorang takdelah sampai ke situ. Academic Heights yang jadi igauan dan impian pun tak daki *part yang ni gua frust giler* Sebab masa tu dah tengah hari dan arau tersangatlah panas, so decide tak pergi situ. Nasiblah sebelum bergambar masing-masing dah isi perut.









Sawah dan Kuala Perlis! Tempat wajib kat perlis. Orang-orang kampung kat sana cukup sporting. Nampak kitaorang tengah gedik-gedik kat sawah tu takde pun menghalau kitaorang. Hahahha. Kalau perasan, kitaorang parking kereta kat situ selamber giler. Totally block jalan! Bukan sengaja nak buat gitu tapi kawasan rumah, jalan tepi sawah manalah ada tempat part. Pak cik yang bawak motor tu terpaksa patah balik sebab kitorang. *sorryyyy pak cikkkk!*  Btw, dorang seronok pulak tengok kitaorang kat situ. Kelakar agaknyaaa. Kalau kat kuala perlis, korang parking je kat tempat couple tengah dating tuuu. Hahahha. Sure blah. *sebab kitaorang buat macam tu. peace!* Paling-paling kau kena dengan orang-orang kat situ "Tahniahhh!" "Tahniah dah konvo!" Buat relax buat chill. Proceed ni posing kat situ. Hahahha


24/11/2015



Lepas keluar DSS, I cant find my classmates. Jumpa satu dua orang then, bukak kasut, pulang jubah, amik frame, jalan ke padang kawad jumpa kak syah and balik. Its sad ending. Yang jumpa tu pun tak bergambar. Haishhh. Simpan frust sensorang. Hahahaha. Even, keceng pun tak datang. Mamat ni sumpah kejam. Reason tertidur paling tyra tak boleh terima tu. Huh. Tyra terkilan sikit sebab lagi dua orang adik tyra takde. Wawa tengah spm dan udin kena daftar poli masa tyra konvo. Poli kuantan tiba-tiba bagi arahan suruh daftar awal dari 30hb. Kau rasa? Im feel missing that time. Hm.

Okay? Tu jela kot. Zaman diploma yang *cant find any words* Rindu kat dorang ni sebenarnyaa. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. Thanks for the memories and friendship guysss.

Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.


Till then, wassalam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, December 26, 2015

Final exam is around the corner

Assalamualaikum guys.

Rasanya baru habis semester 6 bulan april haritu. Sekarang ni dah masuk minggu final. *Erghhhh.* Inilah rasa bila lepas habis diploma terus gatal sambung degree. Hahahha. Break tu sekejap je. Lepas tu hadap buku balik. Alah, masa ni lah nak rasa susahnya belajar. Nanti habis belajar, rindu pulak.

I got 5 subject this semester and I think I already mention it on my previous entry. If I not mistaken. But! Final exam ada 4 paper je nak harung and I can get back home on 10th January. *Yeeayyyyy* Walaupun, 2 paper on same day. CTU and ELC on 29th morning and evening. Hahahha. Matilah nak! Lepas tu, MAT and STA on 9th and 10th. Subject killer yang memang tyra dah angkat bendera putih awal-awal. Faktor dean list semakin menjauh. Hm.

Actually, tyra nak update pasal konvo diploma haritu tapi pabila wifi uitm tak nak bagi kerjasama, aku give up terus nak update. Ni pun gadai data phone. Haaa lepas ni meroyanlah data lembab macam siput. I think I want to share some tips about being university student. Bukanlah nak bajet hebat ke apa tapi tak semua orang merasa repeat paper but still manage to grad on time. *Wuuuu cakap pasal diri sendiri ni* Plus cara nak jimat berbelanja. Kalau duduk utara selalunya makanan murah and kau boleh spend around rm200 per month dengan syarat bukan hari-hari masuk kafe hipter, secret recipes, big apple etc. Life as a student kena pandai jimat. Kalau tak rm600 sebulan pun tak cukup. Okay, tyra sambung bebel pasal duit ni kat entry tips tu nanti. Hhahahaha.

Sekarang ni kena hadap buku CTU balik. Heee. Wish me good luck for this semester! and good luck for all UiTM's degree student.

Till then, wasalam.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, November 2, 2015

Congratulations

Congratulations

Now you don’t even answer the phone

I hear that monotone voice instead of you
Though there are hard times in life
You couldn’t overcome that little moment and went away for an alternative

Let’s take a break

I took those words as they were
All we need is time
That’s the way I understood

Congratulations you’re unbelievable

Congratulations how could you do that
Like nothing happened
You broke my heart
Your smiling face shows that you’ve got over me

You said let’s take a break ye

You said let’s think about us ye
You looked into my eyes and made me trust
And now what you’ve done this to me

Like nothing happened

You broke my heart
Your smiling face shows that you don’t care
And you look happy

Is that guy so much better than me?

Did he make you to forget everything about me?
Well yeah as long as you are happy
I wouldn’t tell that typical lie
Why should I wish happiness for you who left me
I don’t give a Ah~~

Congratulations you’re unbelievable

Congratulations how could you do that
Like nothing happened
You broke my heart
Your smiling face shows that you’ve got over me

You said let’s take a break ye

You said let’s think about us ye
You looked into my eyes and made me trust
And now what you’ve done this to me

Like nothing happened

You broke my heart
Your smiling face shows that you don’t care
And you look happy

Really wow girl congratulations

It didn’t take that long, you’re a charmer
Huh I see your photos online
Are you that happy, you can’t stop smiling
I still have heartache when I breathe
Lucky that it won’t happen to you
If you break up again
All you have to do is find another love

Congratulations how could you do this

Congratulations you will never ever
come back to me, I don’t even expect that
Don’t know how much better off you’ll be without me uh~
You said let’s take a break ye
You said let’s think about our relationship ye
You left me waiting
And all at once

you left me

And met that other guy
As if I was never there
You fell in love




Seriously congrats

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, October 23, 2015

Budak Degree

Haiiiiii. Assalamualaikum guys.

Tyra ni memang pemalas sekarang ni. Hahahaha. Patutnya raya haritu nak update pasal raya tapi hmmmm. Tyra takde moodlah pulak nak menaip. Lagilah masa tu sibuk makan lemang, rendang, ketupat bagai. *lepas tu bising badan dah naik* Kita jadi makin bertambah-tambah malas tapi layan movie kat laptop rajin sangat. Hahahaha. Life as student still have in myself.  Okayyyy, cukup intro entri harini.

Degree or in Malay word we call ijazah. As a student mestilah ada niat nak sambung belajar peringkat ijazah ni. Samalah dengan tyra. It's not about who are better or what tapi untuk tiket atau kelayakan untuk jawatan yang lebih baik. Rezeki ni kita tak tahu, kita merancang tapi ALLAH yang tentukan rezeki kita. Kita sebagai hambaNya kenalah berusaha untuk berjaya then just bertawakal. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bila masuk degree ni, the life are so different. Lain sangat dengan life masa diploma. Lagilah tyra dah pindah kampus shah alam. Hidup dekat bandar ni duit macam air je rasa. Plus dengan bas lagi. Uitm ada sediakan bas tapi tak always ada, so, as a solution kita kenalah naik rapidkl tu. Kalau bayar kena rm1 tapi kalau touch n go dapatlah 80 sen. Tapi bajet tyra dah lari sangat. Sebab for 1st month, tyra spend almost rm50 for rapid. Bayangkanlahhhh. What I means are hidup dekat perlis sangatlah save bajet. Siapa kata hidup kat shah alam ni best? Hahahhaha. *please, I tak rasist*  Miskin tyra duduk sini. Nak berjimat tu susah. Lainlah kau sanggup berlapar. Mana ada student sanggup berlapar bila stress belajar stress assignment stress report.

Apa yang lain lagi? Keadaan uitm ni sendiri. Sebab belajar ikut fakulti. Tak macam arau, kitaorang akan belajar dekat bangunan yang sama. Tak kiralah kita course apa. Kat sini awal-awal dah terasing. Kecuali dekat kedai makan dataran cendekia. Dekat cafe menara tu Alhamdullilah still campur course dari FSG, APB, ACC. Dapatlah hadap budak course lain. Jalan lain, korang kena aktif mana-mana persatuan kalau nak dapat kawan-kawan dari course lain disamping korang nak tingkatkan softskill korang. Kena ingat lepas degree target korang ialah pasaran kerja. Softskill penting bila korang nak cari kerja.

Baru 1bulan lebih kat sini banyak benda nak belajar nak adapt semua. Harap tyra okaylah kat sini dan tak nak repeat terutamanya extent. Heeeee. Please doakan tyra ye *bajet budak hipster* Sampai sini dulu ye.



Till then wassalam. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, June 18, 2015

Rindu Ramadhan Dulu

Assalamualaikum Guys

Done sahur done berbuka untuk hari pertama. Amacam? Mesti yang student tu tersengguk-sengguk kat dalam kelas, yang kerja sure-lah menguap tahap giler-giler. Hahahaha. Biasalah hari pertama, memasing cuba nak adopt dengan keadaan bulan puasa ni. Masa belajar dulu, tyra tentu dah duduk kat tepi jalan sebab penat giler masa buat kerja luar. Dah tak pedulilah dengan apa yang orang tegur, yang penting tyra tahu tyra tengah penaaaaaattttt. *tengah buat throwback ni, please bear with me*  

This year I got chance to go Iftar with my family. Yeaaaayyyyyyy. Selama tiga tahun sambut Ramadhan dekat Perlis, Tahun ni dapatlah kita sahur dan berbuka dengan mak. *Love youuu makkk* Lagipun tahun ni, harini dapat makan masakan mak. Haaaaa kauu. Lepas gian terus. Selama ni duk makan lauk sahur hafa dengan izhaton, lepas tu berbuka cari makanan kat bazar uitm. Even selalu jugak merungut plus ala-ala sedih sambut Ramadhan dekat perlis tapi sekarang tyra dah mula rindu suasana Ramadhan dekat uitm. Sahur dan berbuka dengan kawan-kawan kelas and budak aras, ada satu semester tu tyra berbuka bertemankan laptop je, Sadiskan? Nak buat macam mana kalau roommates lari berbuka kat bilik lain. Kita ni pulak berbuka dengan air panas, jadi malaslah nak menepek kat bilik orang. Dah meroyan sangat, berbuka jugak kat bilik orang lepas tu redha lah berbuka dengan laptop. *Sesiapa yang bernama pelajar, maybe akan rasa pengalaman macam ni* Alah, lama-lama biasalah tu. Hahahaha. Waktu ala-ala tengah malam tu, student uitm perlis terutamanya yang perempuan tentu-tentunya dah sibuk cari lauk sahur. Dah malas sangat, pantry kolej pun sedap je nasi ayam berempah dia, Hohoho. Kadang-kadang tu, akak-akak kolej ni rajin pusing tiap aras. Haaaaa time ni lah, kau bukak pintu dan bayar je. *time ni memang dah tahap pemalas nak mampus! :p :p* Kalau student lelaki, tak tahulah saya. Maybe macam kitaorang jugakla kot. Cuma dorang ni daring lah sikit, pukul 4 pagi tu memang keluar kedailah kot cari makanan untuk sahur. Takpun, tidur jela atas katil tu, Hahahaha. *Cakap gini sebab pernah ada pengalaman kejut classmate lelaki. Dah bangun dia membuta balik. Hahaha. Aduhai* 


Sekarang pulak, sambut Ramadhan sambil bekerja. Haaaa. Dugaan dia entah macam mana pulak. First day pulak tyra memang off. So, tak tahu lagilah rasa dia berbuka dengan staff-staff lain. Berkobarlah sikitlah kot perasaan dia. Hahahaha *MashaAllah, poyonyaaa aku. Hahaha* Esok kerja 4 pm sampai 10 pm kott. Ai ai ai. Mohon jangan akak Nani call panggil kerja pepagi tuuu. Saya mood tak sampai lagi nak pergi kerja time tuuu. Hohoho.


Tak kiralah kat mana kita menyambut Ramadhan, asalkan kita ni sentiasa bersyukur dan berpada bila berbelanja juadah berbuka tu. *Aisehhhh tyra oi!* Sampai sini jela kita bercerita, tunggulah kalau mood tyra rajin nak update blog zaman tok kadok ni. Hahaha.





 till then, wassalam.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, January 18, 2015

Hello 2015

Assalamualaikum readers :)

18/1/2015. Baru nak update tahun baru punya entri. Orang malas biasalah. Hehehe. xD Takpelah kot. Selagi dalam bulan Januari aku rasa okay lagi kot. Sambutan tahun baru? Errr~ Tak perlu rasanya. Temerloh banjir kottttt T_________________T First time merasai pengalaman banjir, perasaan dia takut giler kot. Walaupun tyra cuma terkepung tak boleh keluar daripada taman tapi tetap cuak. Kuasa Tuhan manalah kita tahu. Tiba-tiba tempat tinggi macam taman tyra pun boleh naik air kalau Dia kata boleh. Kampung tyra Kuala Krau tempat paling teruk terjejas. Paling awal terputus bekalan elektrik, air bersih dan hubungan dengan kawasan luar. Alhamdulillah. Temerloh dah kembali pulih cuma tulah kesan banjir still ada. :/

Selalu orang cakap, "2015 please be nice to me". Alah, tyra pun sama tapi bila fikir balik. Aduhaiiii *gelak tutup mulut* Kenapalah aku cakap gitu ye? I'm wondering babyyyy. Kita cuma merancang tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Yang penting usaha tu! Dugaan tentu-tentulah ada. Kalau tak bukan hidup namannya kan? Cuma tyra berharap, segalanya dipermudahkan Allah SWT dalam setiap usaha tyra tu *ayat aku! Serupa dalam buku motivasi punya kot. Hahaha* Fikir azam tu, still sama macam masa sekolah menengah dulu. Perancangan yang sama even adalah berubah sikit-sikit tapi tujuan dia sama je. Hah! Azam lagi satu, nak boyfriend boleh tak? *hahaha. Dush dush dush* Jealous kat orang lain yang dah tunang yang dah kahwin. Weyhhhhh, sengal apa aku ni. Hahahaha. Tu tolak tepi dulu. Saja je. Kot ada, adalah tu. Kalau takde, belum masanya lagi. :p

Dah tahun baru ni, tyra still kat UPM lagi buat praktikal. Dah macam berangan-rangan nak amik degree engineering dekat UPM.*Erkk! Tinggi harapan aku ni!!* Padalah final project punya report dengan slide presentation viva pun tak siap lagi. Cuak dehhh. Sebelum ni praktikal kat JUPEM pun cuma buat report then lepas tu hantar. Semester 6 ni kena buat viva pulak. menggigil lutut tyra nak present in English. Aishh, haru aku. Belum MUET lagi. Tengah countdown untuk speaking test bulan Feb ni. Berdesup balik Araustralia nak amik test speaking dengan bas je pun. Hahaha. Tak mampu nak naik flight. Mahai nohh. Lepas tu, dari Alor Star nak gerak ke Perlis lagi. Bertambah-tambah harga tambang tyra nak bayar. Tak jadi naik flight sebab tu sanggup berjam-jam dalam bas. Kenapa tyra amik MUET dekat Perlis? Kenapa tak dekat dengan rumah? Ehhh, adalah sebabnya :p

Haaa~ Tu jela kot. I'm saying hello to 2015 with a lot of final project work and MUET. Lagipun tak pernah pulak tyra join countdown new year kat mana-mana konsert. Paling koman pun depan tv tu haaa. Tak pernahlah lagi bersesak-sesak kat sana. *Sebenarnya point dia, tak semua kpoppers macam budak dekat fan meeting B1A4 tu. Get it?*

Till then, wassalam.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment