Sunday, January 18, 2015

Hello 2015

Assalamualaikum readers :)

18/1/2015. Baru nak update tahun baru punya entri. Orang malas biasalah. Hehehe. xD Takpelah kot. Selagi dalam bulan Januari aku rasa okay lagi kot. Sambutan tahun baru? Errr~ Tak perlu rasanya. Temerloh banjir kottttt T_________________T First time merasai pengalaman banjir, perasaan dia takut giler kot. Walaupun tyra cuma terkepung tak boleh keluar daripada taman tapi tetap cuak. Kuasa Tuhan manalah kita tahu. Tiba-tiba tempat tinggi macam taman tyra pun boleh naik air kalau Dia kata boleh. Kampung tyra Kuala Krau tempat paling teruk terjejas. Paling awal terputus bekalan elektrik, air bersih dan hubungan dengan kawasan luar. Alhamdulillah. Temerloh dah kembali pulih cuma tulah kesan banjir still ada. :/

Selalu orang cakap, "2015 please be nice to me". Alah, tyra pun sama tapi bila fikir balik. Aduhaiiii *gelak tutup mulut* Kenapalah aku cakap gitu ye? I'm wondering babyyyy. Kita cuma merancang tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Yang penting usaha tu! Dugaan tentu-tentulah ada. Kalau tak bukan hidup namannya kan? Cuma tyra berharap, segalanya dipermudahkan Allah SWT dalam setiap usaha tyra tu *ayat aku! Serupa dalam buku motivasi punya kot. Hahaha* Fikir azam tu, still sama macam masa sekolah menengah dulu. Perancangan yang sama even adalah berubah sikit-sikit tapi tujuan dia sama je. Hah! Azam lagi satu, nak boyfriend boleh tak? *hahaha. Dush dush dush* Jealous kat orang lain yang dah tunang yang dah kahwin. Weyhhhhh, sengal apa aku ni. Hahahaha. Tu tolak tepi dulu. Saja je. Kot ada, adalah tu. Kalau takde, belum masanya lagi. :p

Dah tahun baru ni, tyra still kat UPM lagi buat praktikal. Dah macam berangan-rangan nak amik degree engineering dekat UPM.*Erkk! Tinggi harapan aku ni!!* Padalah final project punya report dengan slide presentation viva pun tak siap lagi. Cuak dehhh. Sebelum ni praktikal kat JUPEM pun cuma buat report then lepas tu hantar. Semester 6 ni kena buat viva pulak. menggigil lutut tyra nak present in English. Aishh, haru aku. Belum MUET lagi. Tengah countdown untuk speaking test bulan Feb ni. Berdesup balik Araustralia nak amik test speaking dengan bas je pun. Hahaha. Tak mampu nak naik flight. Mahai nohh. Lepas tu, dari Alor Star nak gerak ke Perlis lagi. Bertambah-tambah harga tambang tyra nak bayar. Tak jadi naik flight sebab tu sanggup berjam-jam dalam bas. Kenapa tyra amik MUET dekat Perlis? Kenapa tak dekat dengan rumah? Ehhh, adalah sebabnya :p

Haaa~ Tu jela kot. I'm saying hello to 2015 with a lot of final project work and MUET. Lagipun tak pernah pulak tyra join countdown new year kat mana-mana konsert. Paling koman pun depan tv tu haaa. Tak pernahlah lagi bersesak-sesak kat sana. *Sebenarnya point dia, tak semua kpoppers macam budak dekat fan meeting B1A4 tu. Get it?*

Till then, wassalam.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Show Comments: OR

No comments:

Post a Comment