Sunday, May 15, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 MAEPS

Assalamualaikum and hi.

Setelah seminggu pergi baru nak update. Entri pun baru nak update dalam blog. Hm busy.*sumpah ni bukan sebab malas.Hahahaha* Naik lepas cuti mid sem, bersusunlah test, quiz, report dengan assignment. Ni pun berlambak lagi kerja-kerja tertangguh. Belum lagi event UiTM dengan event fakulti. *lazy mood turn on oh myyyy*

Okay dah meroyan. Tyra pergi pesta buku 7 mei haritu. Hah, dah last-last baru nak pergi. Hehehe. Sebab minggu sebelum tu cuti hari buruh maka berpusulah nak balik rumah. *Atirah ada sindrom suka balik sejak duduk shah alam ni* Dari shah alam, tyra dengan adik amik bas rapid dari seksyen 2 ke kl sentral sebab kitaorang akan naik ktm komuter ke ktm serdang. Sebenarnya dari shah alam boleh je naik ktm padang jawa atau ktm shah alam tapi sebab takde transport nak ke padang jawa. Lagi satu kalau naik dari ktm shah alam memang ada bas selangorku sayang tapi rasa tak berbaloi dengan harga tiket.

Sampai je kat ktm serdang, 1st benda kitaorang cari MANA bas? Sebab dah diiklankan ada bas dari ktm serdang ke MAEPS. Even papan tanda atau tanda arah tunjuk bas pick up kat mana pun takde. Kalau nak tahu, hampir 100 orang blur nak cari bas time tu. Al kisahnya kitaorang beramai-ramai lintas jalan nak tunggu bas kat seberang jalan. Bayangkanlah punya ramai manusia kat situ, cuma satu bas je yang ada. Tyra berebut still tak dapat naik. *ilmu berebut bas kat uitm tak cukup lagi kot. hohoho* Nasib baiklah driver bas tu call bas lain untuk pick up kami yang tak dapat naik 1st trip. Tapi still tersisa lima ke enam orang tak dapat naik. Kesian kot kat dorang.

Dalam 10 ke 15 minit baru sampai MAEPS and driver bas drop dekat parking kereta. Well, kat situ memanglah tak sesak tapi untuk orang yang 1st time pergi MAEPS memang tak familir kot jalan nak ke hall. Disebabkan tyra pernah pergi masa MAHA, takdelah lost sangat. Dah balik baru tyra tahu, actually bas patut drop off kitaoranf dekat tangga hall D. *humphhh! rasa nak gigit-gigit driver tadi, penat aku menapak panjat bukit!* 


Masuk pesta buku, orang yang giler buku memang kena tahan nafsu sebab kat dalam hall tu korang sure macam orang kena rasuk sebab banyak giler buku best-best. *sebab aku macam tulah masa masuk, dia punya wahhhhhhhh* Kalau tyra drive sendiri, memang sampai petang lepak situ tapi naik public transport, so kenalah limit kan masa kat situ. Tyra dengan adik memang dah ada buku nak beli and publication yang kitaorang minat. Jadi takdelah kerja giler nak singgah semua booth. Hohoho.


Kat MAEPS tyra cuma pergi dua hall je which are C hall and A hall. Yang mana novel-novel terletak kat hall c. Kalau peminat dubookpress, sorokkitab, lejen, FIXI, kakinovel bolehlah lepak-lepak kat situ. Hall A, more pada buku-buku ilmiah macam PTS, ana muslim, POPULAR. Tapi tyra takde amik kesah sangat sebab memang masuk menghala ke PTS je, lain dah tak pandang. *I ni kalau dah minat, itu je I pandang* Buku-buku yang kitaorang berjaya borong tu;

  1. Cerita dan Cinta
  2. Momen momen Matlutfi
  3. Novel Sejarahwan dari PTS
  4. Novel cerpen dari PTS
  5. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Hamka
  6. Novel-novel dari Lejen dan FIXI.
  7. Komik-komik dari Gempak Starz
Kenapa takde novel Melayu? Novel English? 
Novel Melayu terlalu banyak adaptasi ke movie dan drama terutamanya. Dari minat masa zaman sekolah sampai jadi tak minat. Bukan nak jadi rasist ke apa tapi cerita cinta usia muda, orang kaya, cerita koperat, kahwin paksa dan lain-lain tu dah stereotype sangat. 

Novel English? Baucer buku sebelum ni tyra dah habiskan RM250 untuk novel english and why not kali ni habiskan dekat buku-buku lain pulak. Rasanya Big Bad Wolf banyak novel english yang tentu murah gilerrrr. *Bila lagi nak pi Big Bad Wolf ni? Hm*  

Pemilihan tempat kali ni tyra rasa tak seberapalah. Sebelum ni, PWTC nampak lagi mudah nak pergi sebab lrt dengan komuter dekat situ je berbanding dengan MAEPS yang jauh daripada ktm komuter. Tambah-tambah lagi, bas yang disediakan tak mampu nak tampung pengunjung yang ramai. Plus student yang datang masa hujung minggu. Kawasan parking untuk kenderan kat MAEPS still mudah lagi daripada PWTC tapi susah lagi untuk pengunjung yang guna public transport. Kesian kot. Nak tunggu bas, berebut bas, menapak kalau bas drop off jauh-jauh. *Tak tahu macam mana boleh sabar giler nak pergi situ plus dalam bas sorang budak perempuan ni still nak diri depan adik aku, sampai kaki adik aku tersepit. Ikutkan hati gua tepuk je minah tu*  Kalau still nak teruskan buat kat MAEPS, tyra rasa pihak penganjur ke tambah bas lagi-lagi hari cuti dan hari minggu. Student ramai kot masa tu. 

Setelah lama tak menaip, macam lepas geram dah aku. Hahahaha. Actually, excited nak share pergi pesta buku. Last pergi pun masa zaman sekolah. Tapi masa tu kat PTWC, patut tengok kegigihan kitaorang beli novel remaja PTS masa tu. Haaaaa. Dari zaman sekolah dah melekat dengan PTS. Rasanya semua jenis buku dari PTS tyra baca, novel remaja, novel sejarahwan Islam, buku motivator semua tyra baca. *PTS patut bagi tyra anugerah pembaca paling setia* 

Muka bahagia lepas borong buku.

Okay, nak sambung baca buku pun assignment banyak nak buat. Kena sedar diri yang sekarang belum cuti dan kuliah still macam biasa.

till then, Wassalam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, March 12, 2016

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2016

Assaalamualaikum semuaaaa!

Well, owner blog ni memang chipsmore so memang kadang-kadang muncul kadang-kadang hilang. Tapi tyra memang akan buat comeback. Hahahaha. Kau ingat kau siapa?

Okay, straight to the point. Tyra nak ajak adik-adik yang terutamanya yang baru habis SPM, STPM dan diploma tu untuk datang ke "Ekspo Selangkah Ke UiTM 2016". Haaaa, manalah tahu ada rezeki dapatlah sambung belajar. Korang boleh tengok dan bertanya dekat semua fakulti yang ada di UiTM dan mana-mana course yang korang berminat. Boleh prepare mental dan fizikal sebelum masuk sambung belajar. Hehehehe. 





Jummmmm kita ramaikan ekspo ni. Ajak kawan-kawan, sedara mara, jiran dan seangkatannya join event ni. Tak rugi kalau datang. Atleast korang tahu serba sedikit standard pembelajaran UiTM. Event berlangsung selama 2 hari iaitu 12 - 13 Mac 2016. So, kalau hari sabtu tak sempat, korang boleh pergi hari ahad. 

P/S: Kalau rasa-rasa awak tu anti-UiTM, apa kata datang sini. Kita tengok baik buruk fakulti dan course yang UiTM tawarkan berdasarkan standard universiti awam. Chilll.

Till then, Wasalam.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, January 3, 2016

Segmen Awak Orang Mana?


Assalamualaikum and hai !

Actually dah lama dah tak join segmen ni. Masuk sambung belajar diploma sampai degree ni liat betul nak join segmen. Heee. Salah satunya wifi takde, bila balik rumah even wifi ada tapi laptop memang tak pandang lah. So, kali ni secara rasminya tyra join Segmen Awak Orang Mana? dari Nur Raihanah


Banner dia cuteeee! Sumpah tak tipu :D 

Okay, tyra asal dari Kluang, Johor tapi lepas tu berpindah ke JB. Tyra menetap di JB hampir 12 tahun dan lepas tu berpindah ke Bahau, Negeri Sembilan dan sekarang di Temerloh, Pahang. Tyra pernah belajar di Arau, Perlis selama 3 tahun dan sekarang di Shah Alam. Okay tu banyak. Hahaha. Kenapa banyak kali pindah? Abah tyra anggota polis jadi pindah tu perkara biasa.

Apa yang best? Paling tyra suka pasal JB ialah steamboat dekat dataran JB plus sekitar pantai lido tu, sambil2 makan ais krim roti. Yuumm. Seafood dia pun best. Atleast sotong goreng tepung bukannya sotong cekodok. JB tipulah takde tempat nak jamu mata window shopping. Tempat2 macam Johor Premium Outlet, The zone, City Square sure nak pergi. Dekat Negeri Sembilan pulak yang membezakan dia ialah makanan masak lemak cili api dia. Memang pedas dan cukup lemak. Dorang bukannya suka letak santan sikit tauu! tapi siapa tak tahan pedas memang merah muka. Temerloh pulak memang dikenali dengan bandar ikan patin. Tempat wajib pergi cuba ikan patin masak tempoyak dekat kedai Pak Usup dengan Patin Go Bang. Beza dua kedai ni, pak usup tak pedas tapi go bang masakan dia pedas. Oh ya. Kalau nak makan ikan dekat Temerloh, tanya dulu harganya berapa. Sebab harga dia kadang2 mahal sampai rm30 seketul. :) 

Errrrr. Panjangnyaa. Dah macam segmen makanan je. Hihi. Sesiapa rasa2 nak join segmen ni boleh klik banner tu ye.

To Rhai, saya pilih code #F5A9E1 untuk banner saya.

Till then, wassalam






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment