Sunday, January 3, 2016

Segmen Awak Orang Mana?


Assalamualaikum and hai !

Actually dah lama dah tak join segmen ni. Masuk sambung belajar diploma sampai degree ni liat betul nak join segmen. Heee. Salah satunya wifi takde, bila balik rumah even wifi ada tapi laptop memang tak pandang lah. So, kali ni secara rasminya tyra join Segmen Awak Orang Mana? dari Nur Raihanah


Banner dia cuteeee! Sumpah tak tipu :D 

Okay, tyra asal dari Kluang, Johor tapi lepas tu berpindah ke JB. Tyra menetap di JB hampir 12 tahun dan lepas tu berpindah ke Bahau, Negeri Sembilan dan sekarang di Temerloh, Pahang. Tyra pernah belajar di Arau, Perlis selama 3 tahun dan sekarang di Shah Alam. Okay tu banyak. Hahaha. Kenapa banyak kali pindah? Abah tyra anggota polis jadi pindah tu perkara biasa.

Apa yang best? Paling tyra suka pasal JB ialah steamboat dekat dataran JB plus sekitar pantai lido tu, sambil2 makan ais krim roti. Yuumm. Seafood dia pun best. Atleast sotong goreng tepung bukannya sotong cekodok. JB tipulah takde tempat nak jamu mata window shopping. Tempat2 macam Johor Premium Outlet, The zone, City Square sure nak pergi. Dekat Negeri Sembilan pulak yang membezakan dia ialah makanan masak lemak cili api dia. Memang pedas dan cukup lemak. Dorang bukannya suka letak santan sikit tauu! tapi siapa tak tahan pedas memang merah muka. Temerloh pulak memang dikenali dengan bandar ikan patin. Tempat wajib pergi cuba ikan patin masak tempoyak dekat kedai Pak Usup dengan Patin Go Bang. Beza dua kedai ni, pak usup tak pedas tapi go bang masakan dia pedas. Oh ya. Kalau nak makan ikan dekat Temerloh, tanya dulu harganya berapa. Sebab harga dia kadang2 mahal sampai rm30 seketul. :) 

Errrrr. Panjangnyaa. Dah macam segmen makanan je. Hihi. Sesiapa rasa2 nak join segmen ni boleh klik banner tu ye.

To Rhai, saya pilih code #F5A9E1 untuk banner saya.

Till then, wassalam






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Show Comments: OR

1 comment:

  1. Hi qila singgah dari segmen sama hehe.
    Wah johorean lagi ish ramai betul ;p
    Qila orang Gombak btw huhu.

    ReplyDelete