Showing posts with label BEAUTY. Show all posts
Showing posts with label BEAUTY. Show all posts

Assalamualaikum and haii


Tyra bukan pakar kulit ye. *Kita nak share juga acne journey kita* Hahaha. Awal-awal cakap sebab kulit kita tak sama and apa yang okay kat tyra tak semestinya okay dengan orang lain. Tyra memang ada masalah muka lagi dari zaman sekolah. So, tyra ada tulis entri macam mana tyra hilangkan jerawat guna produk ST. Ni link dia ->Merawat Jerawat dan Resdung . Cumanya produk Oily and Acne Series ni dah discontinue and ST keluarkan ACNE Scar. Tyra continue guna ACNE Scar bila Oily and Acne Series ni totally habis kat ST outlet.

After muka dah elok sikit, tyra lari kejap guna produk lain yang berasaskan aloe vera sebab nak hilangkan parut tapi bila masuk degree, muka break out balik. Break out teruk jugaklah. So, at that time tyra patah balik guna produk ST ni. *Dasar apa aku ni hahaha* Disebabkan masa tu tyra still in acne medication, tyra kurangkan produk kat muka. Just nak make sure muka tak stress dengan macam-macam produk. Tyra just pakai 3 produk sahaja masa tu.

First sekali pencuci muka, tyra guna Golden Herbs Soap. Tyra pakai yang ni sebab dia ada sulfur and sulfur ni memang fuction dia keringkan jerawat. Sabun ni dalam bentuk sabun buku gitu and ada bau-bau madu sikitlah sabunnya. *kot orang lain bau lain, tyra bau lain* Tak bestnya sabun ni, korang kena cari bekas sendiri nak simpan. Boleh jimat kalau korang potong 4 kee potong 2 keee. Depends lah.

Golden Herb's Soap
Harga: RM15
80gm

Second is toner. Main ingredient dia shea butter, camellia sinensis leaf extract or tea tree, bladderwrack seaweed, salicylic acid, chamomile and beeswax, which is mostly tahu tea tree, salicylic acid sesuai untuk acne skin. Bau toner ni takdelah wangi sebab takde fragrance. Quite okaylah bau dia, takdelah busuk tengik ke apa.

ACNE Scar Toner
Harga: RM33
60ml

Lastly, tyra pakai ACNE Balm. Okay, ni paling favorite sampai sekarang. Tyra just letak kat acne area and esoknya kering dah jerawat tu. And masa tengah break out teruk tu, tyra pakai macam foundation. Hahaha. Tepek satu muka. Lagipun balm ni boleh dijadikan concealer nak cover mana-mana blemish area. Tapi tyra tak recommend satu muka sebab balm ni berangin sikit. Mahu terkena mata, berpinar terus. *Cakap sebab terkena. Hahah padan muka* 
ACNE Balm
Harga: RM30
5gm

So, using these 3 products, muka tyra start okay balik dalam masa sebulan. Just part parut tu lah lambat sikit nak hilang. Acne semua kering dari muka. Masa tu, stop using make up macam foundation, bedak semua tu. Sebab nak elak allergi kat muka and cepatkan proses keringkan jerawat semua. Once jerawat dah hilang semua, tyra dah tak pakai ACNE balm tu. Pakai bila tetiba jerawat muncul je and nak cover jerawat waktu siang nak pergi kelas tu. 

Bila muka dah elok, rutin tyra cuma pakai 2 produk which is pencuci muka dengan toner. and tyra beli ACNE Cream. ACNE Cream sebabnya pakai waktu malam kat acne area sebab nak kecutkan jerawat and hilangkan parut. Honestly, cream ni memang pudarkan parut and sekatakan tona. Like tetiba parut hitam kat pipi macam kurang bila tyra pakai. 
ACNE Cream
Harga: RM35
15mg

Btw, ada lagi satu produk which is ACNE Bar Soap. Tyra guna 1 ke 2 buku je sebab dia kurang effect on my face. Pernah pakai and tyra tak suka sebab muka rasa berangin and merenyam gatal bila pakai. Bila muka tyra breakout selalunya dia sensitive and probably one of the ingredient triggered muka jadi lagi over sensitive. Habis satu buku, tyra guna Golden Herbs Soap tu balik. 
ACNE Bar Soap
Harga: RM18
80gm

Kalau nak tahu lebih pakai produk ni korang pergi je website Sendayu Tinggi. Kat situ, siap list kan ingredient dia semua and boleh beli online dari website. Korang boleh tengok whether ada ingredient yang tak sesesuai untuk kulit korang ke ada yang okay ke. Till then, wassalam.

Desclaimer: Semua produk ni tyra beli dengan duit sendiri and entri ni bukan iklan berbayar dari Sendayu Tinggi
Assalamualaikum and hi

So, actually dari start kerja sampai lah harini bibir tyra start mengelupas and kering giler. Maybe sebab faktor duduk dalam aircon yang buat bibir jadi kering. Nak kata kurang air, rasa terlebih air. Hahahah. Sebab kat office pun 1 liter tyra tenguk. Sambung lagi satu 1 liter kat rumah. *Faktor seorang atirah rajin melawat toilet kat office* Hm. Murung sis hadap toilet tapi bibir still buat problem. Makin teruknya, bukan bibir je mengelupas. Atas bibir and bawah bibir sekali kena. Mengelupas kot tak sakit takpe lagi, ni sakit kot. Haish segan bila dah jadi macam tu. Tu pi daiso beli mask. Hahahahah. Nak cover mulut punya pasal. Nak explain teruknya dia mengelupas, sis edit warna merah kat gambar bawah tu as tempat dia melarat mengelupas. 

Jadi as solution, mula-mula dok pakai vaselin tu. Tiap hari tiap masa dok pakai kat bibir tapi still tak elok-elok. Orang lain elok je bila pakai benda alah tu, tyra je tak okay-okay. Bila pakai lipstik memang habis mengelupas baik yang matte ke yang biasa. Kenkadang sampai koyak tepi bibir sebab kering sangat. Sakit tu yarabbbi rasa nak letak ais je.

Second choice is mengadu kat mak. *Huhuhhu cari mak jugak!* Mak suruh letak marjerin kat bibir, Hm dengan sis takde marjerin kat rumah sewa, nak letak marjerin acane. Jadinya menapaklah kat 7e cari marjerin. Actually yang sapu marjerin ni tyra pernah buat. Result dia lepas tu bibir jadi okay. Tapi masalah sekarang ni, still tak okay gak even dah guna marjerin. Sis punya sapu marjerin tu kat bibir sampai atas bibir sis sapu tapi tak baik gak. Masa ni dah give up dah. Memang decided nak pakai mask je masa kat office, lantak orang kata apa.

Dalam nak give up, still dok gigih tanya Google cara nak elokkan bibir. Tips semuanya sama, pakai lipbalm, pakai vaselin, letak gula dengan madu, minum air. Semua tu tak jalan kat tyra. *Nak sambung nangis tepi bucu katil* Tengah dok bukak semua website, jumpa satu blog ni suggest pakai satu cream antbiotik. Err tak ingat nama blog dia heheheh. Ingat nama cream tu je lepas tu terus tutup browser lol. Sebab fikir boleh terus beli kat farmasi lepas balik kerja. Nama cream tu, Fucicort cream and harga dia RM12.50. Boleh beli kat farmasi jee. 


Cream ni actually untuk rawatan dermatology eczema bila jangkitan bakteria secondary is confirmed. *Maaflah bercampur-campur bahasa sis* Cream ni gabungkan well-known anti-radang dan antipruritic dengan kesan betamethasone and anti-baterial topical yang kuat dari fusidic acid. Antipruritic ni macam hilangkan kesan gatal-gatal lah kiranya. Term-term lain tu kira content dalam cream tu. Boleh google hehehe. 

Kesan dia? Alhamdullilah, makin okay after 1 ke 2 hari. Dah kurang mengelupas atas dengan bawah bibir. Yang bagusnya, bibir pun dah tak kering and mengelupas. Takdelah stress manjang sebab sakit. Btw, tyra stop pakai lipstik semua sebab takut makin teruk kering dia. Just letak vaselin sikit jangan bagi kering sangat. If korang ada masalah macam ni, maybe boleh try incase lipbalm, vaselin dan seangkatannya tak jalan. 

Till then, wassalam.

Assalamualaikum readers. :)



Haaaaa~ Tajuk dia. Hamik kauu! Heheheh. Macam pakar sangat tyra ni kann? Sebenarnya nak kongsi sikit apa yang tyra tahu. *Ecececeee~ Bajet aku nih* Actually, muka tyra ni takdelah sesuci muka artis-artis korea nuhh. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah muka tyra teruk dengan jerawat plus resdung ni. Bersih pepagi, selesama kadang-kadang. *Benci kalau ni jadi!* Muka surelah terukkan? Sampai malu giler nak face to face dengan orang. *Maluuuuu~* Kena kutuk tak payah cakaplah. *Sadis weyhhhh :'(* Dah macam-macam produk pakai. Satu pun tak elok even yang oversea punyaa. Tengok tuuu. Jerawat plus resdung ni bukan kau boleh grab produk dekat supermarket macam tuu. Tak pasal-pasal makin teruk jadinyaa. Jerawat dan resdung benda lain tapi dia boleh berkait :)

Apa itu jerawat (Acne):
  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.

Apa itu resdung (Sinusitis)
  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.

So, masa naik sekolah menengah tyra cuba pakai ubat klinik pakar kulit. Okay bila makan ubat plus pakai krim dia. Tapi klinik kan? Krim dia terlalu menghakis sampai boleh luntur warna beg. So, tyra stop guna ubat klinik. Lepas tu, tyra start pakai produk yang untuk resdung. Masa mula-mula muka dah start okay, dah tak teruk gilerr tapi jerawat sentiasa naik. *Belum sempat fefeling nak bahagia tauuu* Acik kedai jamu tu suruh tyra cuba makan ubat resdung Nosygone Sendayu Tinggi.


  • Digunakan secara tradisional bagi melegakan resdung, gatal-gatal pada muka dan jerawat
  • Herba diolah dari Kulit Gelang, Pucuk Manis, Akar Sila, Daun Wali dan Jeragau serta pelbagai herba terpilih.
  • Membunuh kuman penyebab resdung serta jerawat serius.
  • Melancarkan perjalanan darah bersih pada wajah.
  • Membaikpulih tisu-tisu yang telah rosak akibat jerawat.
  • Mengilangkan kotoran serta bau busuk dalam hidung akibat jerawat.
  • Mengeluarkan kahak dan lendir resdung.
  • Sebaiknya diamalkan bersama kapsul Lucimax dan Spirulina untuk kesan lebih baik.

Alhamdulillah, lepas makan dekat 6 bulan resdung tyra makin elok. Tapiiiiii *berapa banyak tapi daaa* jerawat tak berapa elok lagi. Isk iskk. :'( Pergi lagi kedai jamu tu, hehehe, acik tu suruh cuba produk Oil & Acne Series Sendayu Tinggi. Walaupun agak mahal bagi budak sekolah macam tyra masa tuuu, demi muka terchenta ni, kita cubalah jugakkk *emak bayar pungg. Ngeh ngeh ngeh*


  • Set penjagaan khusus untuk kulit berminyak dan berjerawat. Set lengkap ini masalah kulit jerawat kronik, biasa atau jerawat resdung. Diformulasi daripada ekstrak Tea Tree Oil yang bertindak lebih berkesan untuk membunuh bakteria jerawat, memgecutkan jerawat, mengecilkan liang pori serta mengatasi masalah kulit berminyak. Hasilnya kulit kembali jadi lebih licin dan bebas jerawat seawal 7 hari.
  • Set percubaan ini mengandungi
  1.  Acne Deep Cleanser
  2.  Acne Deep Toner
  3.  Acne Powder
  4.  Acne Concentrated Serum

Hasilnyaa? Yeahhhh, Jerawat dah hilang tapi lepas 2 tahun guna produk ni. Even lambat sikit kesan dia tapi tyra puas hati sangat *lompat-lompat macam kekanak rebena* Rasanya tyra memang serasi dengan produk Sendayu Tinggi. Produk ni ikut orang jugak, kadang-kadang ada yang tak okay dan ada yang okayy. Yang penting kena usaha dan ikhtiar :) Kalau tak usaha mana dapat hasil. Berbaloi kot. *Bertahun merana muka tak okayy :'(* 
Sekarang ni tyra guna produk muka untuk hilangkan parut tapi still makan Nosygone dan prepare Oil & Acne Serum. Yelaa, kekadang cik acne ni naik jugak kalau muka berminyak, stress memanjang plus tangan gatal nak sentuh-sentuh. *Rasa nak ikat-ikat tangan sendiri*





AC-NE Tablet dengan AC-NE Scar toner sebenarnya produk baru Sendayu Tinggi. Still mencuba lagi. Rasanya makin okay sikit kottt~ Haha. Padahal baru pakai. :p Kalau menjadi, tyra bagitahu. Hohoho. Sebab sebelum ni, dekat 3 tahun tyra guna produk lain berasaskan aloe vera tapi produk tu susah giler nak jumpa bila dah pindah ni. Jadi, bagai sirih pulang ke ganggang, tyra pakai semula ST. *Poyonyaaa akuuuuu*

Rasa-rasa macam okay je produk ni, cubalah *Cehh! Boleh jadi promoter ST ni* InsyaAllah, berhasil. xD

Till then, Wasalam.

P/s: New update on my acne journey -> Hilangkan Jerawat (All Using ST Products)