Showing posts with label PERSONAL.. Show all posts
Showing posts with label PERSONAL.. Show all posts
Assalamualaikum and haiiiii


Yeah konvo lagi. Hahaha. Tapi kalini konvo degree, masa 2015 tu konvo diploma. So, merasalah naik pentas kali kedua nak amik scroll degree ni. Sebelum ni tyra konvo dekat UiTM Perlis and untuk degree ni dekat UiTM Shah Alam. Perasaan dia, maybe still sama cuma tetiba rasa bangga lebih. *Rasa macam banyak bukan lebih dah ni* Masa konvo diploma macam-macam dugaan kena dengan masa tu still belajar lagi still student lagi, compare sekarang tyra dah start kerja. Komitmen pun dah lain and makin bertambah. Alhamdulillah, konvo kalini rasa mudah je. Tyra takde masalah nak konvo. Heeee.

Istiadat konvokesyen UiTM Shah Alam start dulu before UiTM kampus and batch tyra dapat sidang yang ketujuh which is hari Selasa (26/3/2019). Then, sidang sesi petang pulak tu. Penat nak menunggu, nak menapak dari padang kawad ke DATC tu lagi. Takpelah, demi konvo ku relakan jela.

16/3/2019

Ni gigih nak amik jubah dekat DATC. Disebabkan tyra punya sidang 7, so kena amik jubah sesi petang. Pagi tu sempat pergi IPG Teknik Nilai amik adik tyra then patah balik pergi UiTM Shah Alam. Kata start amik pukul 2 petang. Tyra sampai pukul 1.45 petang dah ramai giler orang beratur. Tyra settle amik jubah and test size pun dah dekat pukul 3 petang. Bayangkan betapa lamanya. Nak beratur masuk dewan tu je lama. Tapi bila sampai dalam dewan, beratur ikut kaunter, just pass borang jubah, cop borang, dapat beg dengan kad undangan and sticker kereta terus naik aras 1 amik jubah degree. Btw, ada beza ye jubah degree dengan diploma.*Teriklan kejap hahaha* Test size jubah semua then siap. Hm.

Pre konvo? Tak macam diploma. Maybe dah pernah rasa perasaan tu, jadi degree ni macam ikut kepala memasing. Jadinya tyra pre konvo sensorang. *Masih lagi gigih sebab takkan menyesal dikemudian hari LOL* Mangsa photographer tu adik tyra lah. Dah aku susah-susah amik dia kat IPG, kenalah buat kerja sikit. Hahaha.

First location mestilah dalam UiTM. Mostly area FSPU Menara SAAS tu and tak gigih lah nak pergi FSPU utama. Dah lah nak daki tangga lagi. Memang dah sanggup. Ada setengah area rasanya budak-budak geomatik tahu kat mana. So, macam tu lah hahaha *Apa yang aku nak sampaikan ni?* Then, depan Canseleri UiTM. Ingat nak pergi masa siang tapi nauzubillah, ramainya manusia. So cancal pergi malam tu. Hahaha. kena pandai gak ah nak amik gambar memalam ni. For sure kamera Huawei P20 out. Tak tahu kenapa. Maybe kitaorang tak reti amik gambar kot. Hahaha.



 






Second location dekat Taman Saujana Hijau Putrajaya. Tempat ni memang nice nak buat photoshoot. Tapi disebabkan tyra dengan adik sampai dekat tengah hari, panas sangat so cari area bawah pokok jelaa. Better kalau pergi waktu pagi or petang dekat-dekat senja tu. View dia lagi cantik and tak panas.



Third location dekat Old Street Commercial Batu Pahat. Macam mana sampai ke sini? Sebab ada kenduri kahwin kat sini jadi sempatlah menyinggah ke sini. Macam hipster area lah tempat dia. Waktu malam tempat ni ramai orang sebab ada pub and bar, waktu siang jela dia kosong macam ni. 




Last location dekat Setia City Mall. Rasanya mostly tahu dekat padang dia tu memang nice nak amik gambar. Disebabkan tyra tak suka crowded masa amik gambar, tyra pergi dekat area gazebo dengan air pancut ni.






 All my pre convo pictures was capture using Samsung Galaxy A9 Pro.

26/3/2019

D-Dayyyy. Family tyra bermalam dekat Hotel Histana Klang and kitaorang sampai shah alam awal jugaklah. Pukul 10.30 dah masuk UiTM. Disebabkan awal, dapatlah parking dekat dalam which is Padang Kawad UiTM. Kalau lambat, kenalah parking dekat seksyen 7 belakang Jakel tu. So, kena naik bas untuk masuk ke UiTM. Ni je sempat bergambar. Sebab kaki sis dah sakit giler. Hahahaha.













Thank you mak abah and adik-adik for all love and support. Thank you batch RatLab for all these 3 years. Thank you because becoming my backbone during this degree journey. Bachelor of Surveying Science and Geomatics (Hons) is done!

P/s: Kalau before masuk, mak korang dah pakaikan mortar board elok-elok, please jangan gedik-gedik adjust sendiri masa dalam dewan. Nanti habis rosak. Tak pepasal macam tyra, mortar board kebelakang sangat. LOL.

This then, wassalam.









Assalamualaikum and hi!



So, on 26th January BigHit sekali lagi release BTS world tour film yang mana kalini BTS World Tour Love Yourself in Seoul. Macam biasa, ARMY Malaysia memang buat website GSC crash macam masa Burn The Stage *Admin GSC dah agak tapi why still crashhhhh* and untuk kalini, payment pun problem. Duit dah tolak dari account tapi nombor seat semua tak dapat. Kiranya tak successful kitaorang punya payment tadi. Tyra memang dah cuak habis sebab tyra beli 3 tiket kot. Burn macam tu. *Gelabah teruk sis time tuu, terus serabut jadinya* Rupanya bukan tyra sorang je kena. Ramai yang kena. *Fuhhh lega sis* Nak tak nak, tunggu jela GSC return duit dalam 14 hari and dahulukan duit yang mana ada dulu.

Bezanya dengan Burn The Stage film, GSC bagi banyak screening time and hall. Jadi bolehlah pilih pukul berapa kita nak tengok. Tiket dia pun agak mahal which is RM 50.50 termasuk charge. Untuk film ni, kitaorang dalam dekat 3 Damansara. Okayyy, dekat sikit dengan rumah. Dalam 15 minit boleh sampai. Walau bagaimanapun, ni first time tyra pergi 3 Damansara, so terlepas susur keluar bagai jadilah 30 minit LOL. *Nasib gerak awal*

Intro BTS World Tour Love Yourself in Seoul ni start dengan music intro then LED screen besar giler gedabak tu, bunga api thennnn baru BTS muncul. Lepas tu proceed dengan lagu-lagu yang BTS untuk album Love Yourself ni. Cumanya, film ni 100% concert film. Which means, kita akan tengok concert version dalam cinema hall. Terasa macam kita pergi concert BTS. Lacknya film ni, takde conversation between BTS dengan k-ARMY. Tak macam Burn The Stage kita dapat tengok behind the scene concert Wings. Film ni infront the scene. So, dari awal sampai habis, kita akan tengok concert sahaja. Like we be the part of the concert lah version murah sikit. Hahahah. However, at the end of the film ada special thanks untuk ARMY which is SPECIAL THANKS TO THE BIGGEST LOVE, ARMY. *Awwwww melting guyssssss!* 



Apa-apa pun, ARMY kat GSC 3 Damansara tak sporting macam kat Times Square haritu. Habis film mostly semua terus keluar. Takde nak bergambar pun. Hm. K kecewa sikit lah sikit. Thanks to those sweet ARMY yang distribute freebies kat kitaorang before start film tu. Much loves. Thank you too to tikah and syeramie sebab sesama pergi tengok.





Till then, wassalam
P/S: Ada additional screening from BigHIt which is on 9th and 10th February. Tikah siap repeat kali kedua sebab office dekat dengan GSC NU Sentral. Hahahah

Assalamualaikum and hi.

Selalunya kalau pergi KL, mesti KL Tower dengan KLCC yang akan jadi tempat tumpuan. Lagi-lagi KLCC sebab dia lagi friendly environment compare dengan KLCC. Yang mana, KLCC ada Petrosains, Aqua KLCC, Suria KLCC dan kawasan kolam air pancut. Kenkadang kita tak tahu pun ada apa kat KL Tower tu. Yang tahu ada Hutan Simpan KL kat situ je hahahah.

Okay, KL Tower ni atau nama Melayu nya Menara Kuala Lumpur ni sebenarnya menara komunikasi dan siap dibina 1 Mac 1995. Antena dekat atas menara tu menjadikan tinggi KL Tower jadi 421 meter dan KL Tower ni adalah menara ketujuh tertinggi didunia (freestanding tower). Bahagian bawah KL Tower ni cuma tangga dan lif untuk ke bahagian atas yang jugak ada Restoran Berputar 360. Dekat KL Tower selalunya ada marathon untuk peserta mendaki tangga ke atas. Untuk hari-hari biasa, KL Tower ni terbuka untuk public.



Dekat KL ni ada 3 tower experience which are Observation Deck, Sky Deck dengan Sky Box. Harga tiket dia pun berlainan. Kalau untuk Observation Deck boleh dikatakan murah lagi tapi korang boleh akses area situ jela. Tapi kalau beli tiket untuk Sky Deck, korang boleh akses Observation Deck dengan Sky Box. However, KL Tower ni ada 3 jenis tiket ;-

1. Single
2. Package
3. Towerxcess

Kalau Single, korang cuma akses deck area sahaja. Kalau Package dengan Towerxcess ni, bukan area deck je tapi tower attraction yang lain. Nak tahu attraction apa yang ada, boleh klik KL Tower website ni -> KL Tower's Ticket Sini tyra tunjukkan tiket untuk ke Observation Deck dengan Sky Deck. Korang purchase melalui online ticket atau walk in kat kaunter dia pun boleh.

Apa beza Observation Deck, Sky Deck dengan Box ni? Observation Deck ni ada dinding kaca, jadinya korang tengok view KL dari dalam menara lah. Kat sini disediakan souvenir shop, coffee vending machine, kerusi kalau nak relax-relax sambil tengok view. Teropong binocular tu pun ada.

Observation Deck Ticket Price

While Sky Deck ni, korang berada di luar KL Tower. Tanpa full dinding kaca. Boleh lah rasa angin-angin kat atas ni. Kat sini jugak ada Sky Box. Ada 2 Sky Box, satu berlatarkan KLCC and lagi satu berlatarkan view KL sahaja. Masa tyra pergi, yang berlatarkan KLCC memang panjang giler barisan dia. Jadi bertabahlah.

Sky Deck Ticket Price

Disebabkan tyra mai dah lewat petang, jadinya dapat masuk Sky Box pun hari dah malam. View kat KL Tower ni best waktu senja dengan malam sebab cantik giler. Tapi untuk Sky Box better siang sebab macam kurang umph view dia yang bahagian bawah tu. 






Sky Deck. Masa ni dah lewat petang, cuaca tak panas sangat and seeeee ada KLCC. Hahaha. Actualy, kitaorang bergambar sambil beratur untuk masuk Sky Box tu.





Okay, nilah rupa dalam Sky Box tu waktu malam. Dengan muka berkilatnyaa. Owh, kalau dah masuk sini make sure korang amik gambar guna phone korang. Sebab kalau gambar dari photographer dia memang mahal giler. Tak silap 3 keping gambar RM100++ dan tak boleh beli sekeping. Posinglah guna camera sebanyak mana hahahha.




Night view dekat Sky Deck. Tak tipu, serious cantik giler.



While Observation Deck ada attraction kat dalam dia. Macam World Tallest Tower ni, souvenior shop and binocular untuk tengok view from deck. Untuk turun ke Observation Deck dari Sky Deck, make sure ada staff yang guide korang sebab button lif dia memang lain daripada yang lain. Karang salah tekan, mahu korang sesat dalam menara tu. So, wait for staff instructions
.






Maka berakhirlah, playing tourist kitaorang. View dari atas KL Tower memang nice untuk korang yang sukakan photograph. Tips dari tyra, better naik grab untuk naik KL Tower ni sebab parking terhad kalau weekend. Grab boleh drop korang kat bawah then akan ada KL Tower's van yang pick up korang naik ke atas.


Till then, wassalam.