Assalamualaikim and hi.

Sekarang ni tengah musim konvo UiTM which is Istiadat Konvokesyen UiTM ke 90 yang bermula 23 Mac sampai lah 25 April 2019. Selalunya istiadat akan bermula dengan UiTM Shah Alam then akhiri dengan UiTM kampus. So, macam istiadat kalini diakhiri dengan UiTM Dungun, Terengganu. Disebabkan tyra pernah konvo diploma dulu, tyra rasa sistem untuk konvo kalini lain sikit tapi step-step dia masih sama. Cuma cara UiTM inform bakal graduan je berbeza sedikit. Tapi apa pun, as bakal graduan, korang kena tahu 3 langkah penting sebelum konvokensyen.



1) Langkah Pertama

Pastikan korang punya nombor phone up to date dengan sistem UiTM. korang boleh up date dekat student portal. Sebab nanti UiTM akan bagi SMS yang ada link untuk korang SEMAK dan SAH kan maklumat peribadi korang. Kalau ada pembetulan, masa tu lah nak inform semula ke pihak UiTM. Kalau boleh email korang pun kena up to date. Untuk elakkan masalah dengan pihak UiTM nanti.

2) Langkah Kedua

Alert dengan website konvokesyen UiTM -> KONVO UiTM. UiTM akan sentiasa update perkara berkaitan konvo kat situ. UiTM akan buka link untuk korang sahkan kehadiran ke istiadat konvokesyen. Dari link tu korang boleh siapkan kesemua keperluan untuk konvo;-

  • SAHKAN KEHADIRAN 
  • CETAK BORANG PINJAMAN JUBAH 
  • CETAK BIL YURAN KONVOKESYEN. 

Ikutkan korang kena buat pengesahan kehadiran and bayaran yuran konvo dan denda universiti (kalau ada) baru cetak borang jubah. Tapi tyra sahkan kehadiran then terus cetak borang jubah. Lepas tu barulah pi bayar yuran konvo. *Hahaha dasar tak baca arahan*  Nasib borang jubah takde kata bil dah bayar atau belum. *tarik nafas lega*



3) Langkah Ketiga

Masa nak amik jubah, benda ni antara benda penting yang pihak UiTM nak selain borang jubah iaitu KAJIAN PENGESANAN GRADUAN. Graduan kena isi dan jawab soal selidik ni and cetak lepas siap menjawab. Korang boleh access laman SKPG I- > KPG bila sistem untuk UiTM dibuka SAHAJA. Kalau tak, sistem akan kata nama korang tak wujud kat UiTM tu hahahha *Menggelabah ayam karang* Soalan kaji selidik tu senang-senang je tak susah mana pun. In the end, status terkini korang je keluar untuk cetak.

Haaa tu je benda korang kena buat before istiadat. Tyra just highlight kan perkara-perkara penting je kat atas tu. Untuk step satu-satu kat website, tyra akan explain dekat bawah. So, rasa dah faham boleh skip. Kalau still blur-blur ayam, korang boleh proceed baca sampai habis entri ni. Tyra akan explain untuk langkah kedua sebab langkah pertama UiTM akan sms and korang just check maklumat peribadi korang and submit.

Detail steps.

Langkah Kedua

1. Bukak website Konvokesyen UiTM -> KONVO UiTM. Bila masuk website tu, korang akan jumpa header website dia macam ni.


2. Firstly, korang kena buat pengesahan kehadiran, cetak borang pinjaman jubah and cetak bil yuran konvo. Kalau ada saman ke denda, pi bayar cepat-cepat. Kalau korang ada akaun Bank Islam better bayar online je. Mudah. Tapi kalau rajin pi lah mana-mana ATM Bank Islam. Lepas bayar, korang boleh semak kat lejar pelajar after 48 jam. Tyra punya after 24 jam dah ber-update. Better bayar awal untuk elakkan kejadian tak diingini, tetiba sistem jammed ke camne kata korang belum bayar. So, proceed dengan  klik link (Klik di sini) yang warna biru tu.


3. Dari situ korang akan masuk new tab. Isi korang punya nombor kad matrik kat bahagian No Pelajar and isi nombor IC dekat bahagian No Kad Pengenalan/No Pasport. Then, klik Cari.

4. Akan keluar nombor kad matrik dengan nama penuh korang. Ni data yang dah betul okay lepas update masa langkah pertama. Korang scroll ke bawah and klik tab PENGESAHAN KEHADIRAN/BORANG JUBAH.


5. Dari situ, korang punya maklumat calon dengan maklumat konvokesyen akan terpapar. Tarikh, sidang, masa sidang, nombor giliran dan etc. After baca semua tu, klik tab warna merah tu.


6. Before klik Hantar Pengesahan Kehadiran, baca maklumat korang and pilih sama ada nombor 1.Saya akan menghadiri istiadat konvokesyen atau nombor 2.Saya tidak akan hadir istiadat konvokesyen.


7. Next, dekat step nombor 4 tadi, ada tab BIL BENDAHARI. Bila klik tab tu, ada tab akan akan pop up. Tab tu senarai bil yang korang ada. Tengok dekat jenis bil untuk Yuran Konvo. Make sure Status Bayaran dah jadi Telah dibayar. Untuk dapatkan bil, klik dekat Nombor Bil Yuran Konvo. Kalau dah bayar dan sistem dah upate, korang akan dapat surat cetakan komputer.





8. Dah settle semua tu bolehlah cetak Borang Jubah dengan senang hatinya sebab benda-benda penting dari UiTM dah settle. Dekat step nombor 5, sebelah tab warna merah tu ada tab untuk Cetak Borang Jubah tu, so klik je tab tu. Save borang tu as PDF then print kan aja.



Langkah Ketiga

1. Bakal graduan kena jawab soalan soal selidik Kajian Pengesanan Graduan tu and cetak Slip Pengesahan Kajian. Slip ni penting masa nak amik jubah. Kalau takde slip ni, korang tak boleh amik jubah *Boleh kuis-kuis pasirlah kalau takde* Korang boleh masuk website KPG melalui website Konvokesyen UiTM.



2. Once dah masuk, jumpalah header website dia tu macam ni.



3. Korang scroll ke bawah sikit akan jumpa dua tab which is LOG MASUK GRADUAN dan TARIKH AKSES SISTEM. Klik log masuk tu and make sure korang dah boleh akses sistem KPG. Nak tahu boleh akses ke tak, klik kat tarikh akses sistem tu atau tengok kat website konvokesyen UiTM.



4. Klik nama universiti UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (TERMASUK KOLEJ BERSEKUTU UiTM). Kalau takde nama universiti maksudnya belum boleh masuk sistem lagi.


5. Then, isi IC memasing dan taip nama universiti. Lepas tu boleh masuk sistem and jawab segala soalan dia. Senang je soalan dia.



5. Dah siap jawab semua soalan, last sekali akan dapat Slip Pengesahan Graduan macam ni.



DONEEEE! Dah boleh amik jubahhhhh.

Till then, Wassalam.



Assalamualaikum and hi.

Gambar sekadar hiasan


ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah bahawa Dia menjadikan bagi diri kamu pasangan supaya kamu dapat hidup harmoni di sampingnya dan Allah menjadikan dengan sebabnya kasih sayang dan rahmat sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21)
Hari ini kadar perceraian dalam kalangan pasangan berkahwin di Malaysia begitu tinggi.
Alam perkahwinan amat berbeza dengan alam percintaan. Ketika bercinta, semuanya penuh perkara indah belaka.
Ketika bercinta juga, hampir semua perkara mengenai si dia baik belaka.
Hanya selepas bernikah, baru nampak ‘wajah’ sebenar pasangan masing-masing. Suami zaman ini ramai yang kurang dan tidak menghargai isteri.
Setengahnya menggunakan hujah agama untuk menundukkan isteri. Dipetik nas agama dan ditafsirkan menurut kemahuan sendiri. Disuruh isteri melakukan segala kerja rumah sedangkan suami bergoyang kaki sambil menghadap telefon.
Menjadi rutin isteri sejak awal pagi lagi sudah bangun untuk menyediakan sarapan. Selepas itu, dia pergi menghantar anak sekolah sebelum pergi kerja.
Di tempat kerja, isteri terpaksa pula menghadap pelbagai ragam daripada majikan dan rakan sekerja. Setibanya di rumah, tugasan belum berakhir. Kerja rumah menanti seperti memasak, mengangkat dan melipat pakaian.
Pakaian kotor untuk hari berkenaan juga perlu dibasuh. Selanjutnya, juadah makan malam tetap perlu disediakan dan prosesnya bukan sekejap.
Jika masak lebih kurang, anak dan suami akan merungut. Selepas solat Maghrib, dia perlu disiplinkan anak mengaji al-Quran dan selepas itu membantu menyiapkan kerja rumah anak-anak.
Pada tengah malam, apabila anak kecil menangis dan meragam, maka tidak tidur si isteri hampir sepanjang malam. Kepada suami, isteri kita tidak mengharapkan intan atau permata, bahkan kebanyakan para isteri pada zaman ini mempunyai sumber kewangan sendiri.
Apa yang mereka harapkan adalah penghargaan dan sokongan suami. Apabila isteri memasak, sekurang-kurangnya temankan dia di dapur sambil boleh bantu memotong daging dan sayur.
Hakikatnya, berlaku dalam masyarakat kita sesetengah lelaki yang berjaya dalam kerjaya mudah beralih arah mencari wanita lain. Segala perkara mengenai isteri menjadi buruk belaka manakala yang elok hanya cinta barunya.
Banyak juga kes berlaku apabila dalam kesusahan seperti lelaki ditimpa penyakit, isteri muda akan meninggalkan suaminya. Maka, pulang semula suami ke pangkuan isteri pertama.
Ingatlah, jika hendak berlaku curang kenang kembali siapa yang bersama ketika kita belum berpangkat dan berduit seperti sekarang.
Hargai isteri ketika kasih sayangnya masih kuat kepada kita. Usah pada satu masa, cinta dan kasihnya kian pudar dan ketika itu pujuk rayu kita padanya tidak lagi bermakna.
Dalam firman yang bermaksud: “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu daripada isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki daripada yang baik-baik.” (Surah an-Nahl, ayat 72)
Penulis Perunding Psikologi Bahasa

Sumber: HMetro