Playing Tourist at Menara Kuala Lumpur (KL Tower)

Assalamualaikum and hi.

Selalunya kalau pergi KL, mesti KL Tower dengan KLCC yang akan jadi tempat tumpuan. Lagi-lagi KLCC sebab dia lagi friendly environment compare dengan KLCC. Yang mana, KLCC ada Petrosains, Aqua KLCC, Suria KLCC dan kawasan kolam air pancut. Kenkadang kita tak tahu pun ada apa kat KL Tower tu. Yang tahu ada Hutan Simpan KL kat situ je hahahah.

Okay, KL Tower ni atau nama Melayu nya Menara Kuala Lumpur ni sebenarnya menara komunikasi dan siap dibina 1 Mac 1995. Antena dekat atas menara tu menjadikan tinggi KL Tower jadi 421 meter dan KL Tower ni adalah menara ketujuh tertinggi didunia (freestanding tower). Bahagian bawah KL Tower ni cuma tangga dan lif untuk ke bahagian atas yang jugak ada Restoran Berputar 360. Dekat KL Tower selalunya ada marathon untuk peserta mendaki tangga ke atas. Untuk hari-hari biasa, KL Tower ni terbuka untuk public.



Dekat KL ni ada 3 tower experience which are Observation Deck, Sky Deck dengan Sky Box. Harga tiket dia pun berlainan. Kalau untuk Observation Deck boleh dikatakan murah lagi tapi korang boleh akses area situ jela. Tapi kalau beli tiket untuk Sky Deck, korang boleh akses Observation Deck dengan Sky Box. However, KL Tower ni ada 3 jenis tiket ;-

1. Single
2. Package
3. Towerxcess

Kalau Single, korang cuma akses deck area sahaja. Kalau Package dengan Towerxcess ni, bukan area deck je tapi tower attraction yang lain. Nak tahu attraction apa yang ada, boleh klik KL Tower website ni -> KL Tower's Ticket Sini tyra tunjukkan tiket untuk ke Observation Deck dengan Sky Deck. Korang purchase melalui online ticket atau walk in kat kaunter dia pun boleh.

Apa beza Observation Deck, Sky Deck dengan Box ni? Observation Deck ni ada dinding kaca, jadinya korang tengok view KL dari dalam menara lah. Kat sini disediakan souvenir shop, coffee vending machine, kerusi kalau nak relax-relax sambil tengok view. Teropong binocular tu pun ada.

Observation Deck Ticket Price

While Sky Deck ni, korang berada di luar KL Tower. Tanpa full dinding kaca. Boleh lah rasa angin-angin kat atas ni. Kat sini jugak ada Sky Box. Ada 2 Sky Box, satu berlatarkan KLCC and lagi satu berlatarkan view KL sahaja. Masa tyra pergi, yang berlatarkan KLCC memang panjang giler barisan dia. Jadi bertabahlah.

Sky Deck Ticket Price

Disebabkan tyra mai dah lewat petang, jadinya dapat masuk Sky Box pun hari dah malam. View kat KL Tower ni best waktu senja dengan malam sebab cantik giler. Tapi untuk Sky Box better siang sebab macam kurang umph view dia yang bahagian bawah tu. 






Sky Deck. Masa ni dah lewat petang, cuaca tak panas sangat and seeeee ada KLCC. Hahaha. Actualy, kitaorang bergambar sambil beratur untuk masuk Sky Box tu.





Okay, nilah rupa dalam Sky Box tu waktu malam. Dengan muka berkilatnyaa. Owh, kalau dah masuk sini make sure korang amik gambar guna phone korang. Sebab kalau gambar dari photographer dia memang mahal giler. Tak silap 3 keping gambar RM100++ dan tak boleh beli sekeping. Posinglah guna camera sebanyak mana hahahha.




Night view dekat Sky Deck. Tak tipu, serious cantik giler.



While Observation Deck ada attraction kat dalam dia. Macam World Tallest Tower ni, souvenior shop and binocular untuk tengok view from deck. Untuk turun ke Observation Deck dari Sky Deck, make sure ada staff yang guide korang sebab button lif dia memang lain daripada yang lain. Karang salah tekan, mahu korang sesat dalam menara tu. So, wait for staff instructions
.






Maka berakhirlah, playing tourist kitaorang. View dari atas KL Tower memang nice untuk korang yang sukakan photograph. Tips dari tyra, better naik grab untuk naik KL Tower ni sebab parking terhad kalau weekend. Grab boleh drop korang kat bawah then akan ada KL Tower's van yang pick up korang naik ke atas.


Till then, wassalam.


0 person:

Post a Comment