Assalamualaikum reader.



Haiiiiii. Hehehehe. Setelah beberapa bulan baru muncul owner blog ni haaaa. haiyakkk! xD Semangat tyra nak meng'update' blog zaman dulu kala ni haaaa. Mesti rasa macam "ehhhhhhh, poyonyaaa budak ni!" tahu dahhh. takpe, tyra memang poyo pun. eleeehhh, jealouslah tuuu kan kan kan kan?.

Haaaa, nak cerita ni. Nak tahu takk? Please kata nak. kekekeke. :P Sekarang, bermula pagi tadi tyra dah mula praktikal untuk semester akhir. Ngeeeee~ Terasa bahagia pulak kita. Nak dapatkan tempat praktikal pun punyalah payah. Habis beratus ringgit untuk beli topup je. Tu baru topup, belum plus minus kertas, nak print, pos bagai. Hahahaha. Nilah akibat belajar dalam course yang majoritinya dimonopoli orang lelaki. Erkkk! Nak bagitahu kita pun tahan lasak, dah lali dengan cuaca Malaysia yang kejap panas terik, kejap mendung, kejap hujan ribut, kejap salji. *sajalah tu kannnn?* Kesannya banyak company swasta nak ambil student lelaki je. Je okay, je. Bila student perempuan, dia reject awal-awal. *weyhhhhhhhhh, ini diskriminasi!!! T.T* Nak bagitahulah, bukan semua student perempaun sains geomatik UiTM Perlis ni lembik longlai. Kitaorang mampu je hangkut tripod, total station dengan prism tuuuu. Complain panas semua tu biasalah tapi takdelah tergedik-gedik, terkinja-kinja kata panas, tak nak buat kerja semua kannnnn? kan? kan? ish, tetiba nak emo emo ni. Huhuhu.

Okayy, sambung cerita pasal practical. Bismillah *baru reti nak Bismillah kat sini* Tyra dapat practical dekat GISRC, Faculty of Engineering, UPM. Punya susah payah nak dapat kat sini. Huuuuuuu *please terharu dengan usaha saya* Disebabkan tak pernah duduk selangor, apatah lagi dekat serdang ni. Pagi isnin tu, pukul 7 pagi dah gerak dari rumah sewa. Haaaaa kauuuu. *senyum bangga* Tak pasal-pasal pukul 7.23 dah terpacak dekat fakuti kejuruteraan ni. Cerita dia, takut tersesat. Hahahah. Sesatlah sangat. Tak sampai 15 minit pun. Tunggu punya tunggu, 7.40-7.45 baru Encik Zailani sampai. Masuk office pun takde orang lagi. *plus dapat makan kuih. Ehhhh, kau!* Tunggu lagi ni. Kitaorang diberi bilik sendiri dan dapatlah bersua muka lah orang cakap dengan Prof. Shattri. *Orang hebat remote sensing ni! *tabik** Segan kauuuu. Budak diploma jumpa prof ginilah ghupanyaaa. Hohoho xD

Dah jumpa semua, esok baru mula buat practical. Dari before lunch sampai habis lunch sampai balik takde buat ape. Heeewwwww. Tyra dok sign in blog, then ushar blog blogger lain. Bayangkan laaaaaaa. Rasa macam blur banyak disitu. Patutnya pukul 5 petang dah cabut balik tapi kami ni baik sangat. Dekat pukul 6 baru balik. *Tunggu arahan punya pasal xD* Hahahaha. Takpe, pengalaman. Datang pukul 8 balik pukul 5 dan datang pukul 8.30 baik 5.30. *owhhhhhh, baru tahu ni. Kasi duit gaji jadi berkat tauuu* Balik rumah sewa, beli barang dapur, masak semua, dah datang dahhh penyakit kerja waktu office aku! Mengantuk yang mengakibatkan tidur awal dengan lenanyaaa. Fail jadual diet, konon nak bersenam sikit-sikit waktu malam. Hehhhh. Dalam mimpi bolehlaaa. T.T

Nak bagitahu jeh, entry ni update petang isnin semalam, petang ni baru nak post. xD penyakit pemalas nak update terus post makin teruk ni. Shuhhhhhhh shuuuuhhhhhh shuhhhhhhh. Sesungguhnyaa, worst betul entry I pasal praktikal ni. Babaiiiii~

Till then, wassalam.