Assalamualaikum and haii
After muka dah elok sikit, tyra lari kejap guna produk lain yang berasaskan aloe vera sebab nak hilangkan parut tapi bila masuk degree, muka break out balik. Break out teruk jugaklah. So, at that time tyra patah balik guna produk ST ni. *Dasar apa aku ni hahaha* Disebabkan masa tu tyra still in acne medication, tyra kurangkan produk kat muka. Just nak make sure muka tak stress dengan macam-macam produk. Tyra just pakai 3 produk sahaja masa tu.
First sekali pencuci muka, tyra guna Golden Herbs Soap. Tyra pakai yang ni sebab dia ada sulfur and sulfur ni memang fuction dia keringkan jerawat. Sabun ni dalam bentuk sabun buku gitu and ada bau-bau madu sikitlah sabunnya. *kot orang lain bau lain, tyra bau lain* Tak bestnya sabun ni, korang kena cari bekas sendiri nak simpan. Boleh jimat kalau korang potong 4 kee potong 2 keee. Depends lah.
Golden Herb's Soap
Harga: RM15
80gm
ACNE Scar Toner
Harga: RM33
60ml
Lastly, tyra pakai ACNE Balm. Okay, ni paling favorite sampai sekarang. Tyra just letak kat acne area and esoknya kering dah jerawat tu. And masa tengah break out teruk tu, tyra pakai macam foundation. Hahaha. Tepek satu muka. Lagipun balm ni boleh dijadikan concealer nak cover mana-mana blemish area. Tapi tyra tak recommend satu muka sebab balm ni berangin sikit. Mahu terkena mata, berpinar terus. *Cakap sebab terkena. Hahah padan muka*
ACNE Balm
Harga: RM30
5gm
So, using these 3 products, muka tyra start okay balik dalam masa sebulan. Just part parut tu lah lambat sikit nak hilang. Acne semua kering dari muka. Masa tu, stop using make up macam foundation, bedak semua tu. Sebab nak elak allergi kat muka and cepatkan proses keringkan jerawat semua. Once jerawat dah hilang semua, tyra dah tak pakai ACNE balm tu. Pakai bila tetiba jerawat muncul je and nak cover jerawat waktu siang nak pergi kelas tu.
Bila muka dah elok, rutin tyra cuma pakai 2 produk which is pencuci muka dengan toner. and tyra beli ACNE Cream. ACNE Cream sebabnya pakai waktu malam kat acne area sebab nak kecutkan jerawat and hilangkan parut. Honestly, cream ni memang pudarkan parut and sekatakan tona. Like tetiba parut hitam kat pipi macam kurang bila tyra pakai.
ACNE Cream
Harga: RM35
15mg
Btw, ada lagi satu produk which is ACNE Bar Soap. Tyra guna 1 ke 2 buku je sebab dia kurang effect on my face. Pernah pakai and tyra tak suka sebab muka rasa berangin and merenyam gatal bila pakai. Bila muka tyra breakout selalunya dia sensitive and probably one of the ingredient triggered muka jadi lagi over sensitive. Habis satu buku, tyra guna Golden Herbs Soap tu balik.
ACNE Bar Soap
Harga: RM18
80gm
Kalau nak tahu lebih pakai produk ni korang pergi je website Sendayu Tinggi. Kat situ, siap list kan ingredient dia semua and boleh beli online dari website. Korang boleh tengok whether ada ingredient yang tak sesesuai untuk kulit korang ke ada yang okay ke. Till then, wassalam.
Desclaimer: Semua produk ni tyra beli dengan duit sendiri and entri ni bukan iklan berbayar dari Sendayu Tinggi