salam guys :)

esok 21mac 2012 hari penentu untuk semua calon SPM 2011 . fuhh ! macam mana agaknya nanti ye ? harap-2 okayy :) tyra da tak tahu nak cakap apa lagi . jadi blurr sangat --



ya Allah , kau berikanlah kami keputusan yang baik . keputusan yang dapat memberi kesenangan kepada semua yang mendengarnya . sesungguhnya kau maha mengetahui lagi maha besar . sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan mu ya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah . amin amin yan rabbal ala minn ~

till then , wassalam :)
Assalamualaikum.

Hari ni tyra nak kongsi info untuk pelajar lepasan SPM 2011 yang berminat untuk jadi guru. Here it this :)



Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2012. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.

Syarat Asas Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
    • Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
    • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
      • Bahasa Melayu
      • Sejarah
      • Satu mata pelajaran yang lain serta;
      • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Program Pengajian Untuk Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 18 bulan atau 3 semestar di institusi yang ditetapkan.
  • Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bidang Pengajian


Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Bahasa Arab Pendidikan Rendah
  • Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah
  • Bahasa Iban Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Cara Memohon Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2012. (hanya dibuka mulai 22 Mac 2012)
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.

Maklumat Tambahan Bagi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Maklumat lebih lanjut akan diberikan selepas 22 Mac 2012.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/  1242/ 1245
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

  • credit : www.ar-rifke.com

  • Harap info ni berguna untuk semua :) 

  • till then , wassalam .

kawan-2 yang ditag :
arielkun
arinahayazi
salam guys :)

huhh ! hari kat berita result 22 mac , alik-alik 21 mac plak =,= . aigoo ~ berdebar plak rasanya . tyra tak ready untuk tarikh 21 tu , tyra cuma ready untuk 22 . ermm ~ takut sangat . ape la result tyra nanti kann ? harap-2 tak teruk . biarlah yang dapat menyenangkan hati ni . lagipun tyra bukan pandai sangat sampai nak straight A's kann . tyra tahu kemampuan tyra .



Ya Allah , permudahkanlah urusan hambaMu ini . Berikanlah aku keputusan SPM yang dapat menggembirakan aku , ibu bapa ku , rakan-2ku dan guru-2 yang telah mengajar aku selama ni . Sesungguhnya Kau lagi maha mengetahui dan maha adil . AMINN ~ 


doakan tyra ye 21 mac ni . :) ada SEMINGGU lagi .

till then , wassalam .
salam guys :)

ape kena ngan tajuk tu ? okayy . kawan-2 tyra kat pulapah ni sibuk nak buat reunion . haa ~ best kann ? dapat kumpul balik ? macam tu la kann . :) kawan-2 kelas KAA tyra pun sibuk nak buat reunion gakk . tu belum budak-2 kelas science lagi . erm , kita cerita yang paling serious nak buat . PEACE :) . tyra nak join reunion budak-2 pulapah tu tapi ada masalah-2 kecil yang buat tyra susah nak kata "yupp ! aku join !" . masalahnya :

- kat group Oldskool member tu ramai kawan lama diaorang . bukan tyra tak suka nak berkawan tapi reunion tu kan untuk kawan-2 lama . tyra masa kat SK Pulapah tu tak sampai setahun punn . siapalah kita kann ? rase tyra bakal memcacatkan reunion tu nanti .

- dulu kan tyra ada masalah ngan budak-2 lelaki pulapah tu . pasal kes adik tyra tuu . lepas kes tu yang okay ngan tyra cuma azrul dengan ayie je . yang lain tu tyra taktahu dorang still marahkan tyra dan still taknak kawan tyra . erm , mase upper form tyra cakap kat sorang budak lelaki ni pasal pesanan adik dia , dia langsung tak respon atau pandang tyra . nak cakap ape tuu ? so , tyra kalau join reunion tu mesti rasa janggal dan kekok . rasa macam tak pernah kenal dorang . but tyra always forgive them :)

- yang ni paling masalah . duit ! memandangkan tyra tak kerja , mana nak check out duit ? kalau reunion dekat-2 mak abah mungkin baik hati nak bagi duit , kalau jauh banyak pertanyaan abah tu karang . even tyra nak pergi bahau dengan kawan-2 pun tak bagi . apatah lagi times square tu . nak guna duit raya , duit nak simpan dalam tabung haji . duit yang tyra ada sekarang cuma masa pergi praktikal memandu , tu pun tinggal RM5 . giler sengkek tyra sekarang ni . jadi , lepas ni takde da duit .

- hari ! kalau reunion tu hari sekolah macam mana ? siapa nak masak kat rumah ? okay tu mungkin mak abah tak kisah . yang kesiannya adik bongsu tyra yang sorang tu . siapa nak amik dia balik sekolah dan nak duduk dengan siapa masa nak tunggu abah balik pukul 1 , mak balik pukul 2 ? kesian plak tyra rase nak tinggal dia . kalau dia reti urus diri sendiri takpe tapi apa la yang budak 6 tahun reti urus .

tu la masalah dan dilema tyra . mak abah tyra bukan senang-2 nak bagi kalau takde reason yang kuat . tyra nak join tapi bila fikir masalah-2 kata atas tu , tyra jadi serba salah . so , kalau reunion tu jadi dan tyra tak dapat join . tyra just wish all of them had great time together :)



till then , wassalam :)
Assalamualaikum guys.


Erm, rasanya ramai budak-budak sekarang reti dan suka main gitar kann? *cakap macam tu sebab diri sendiri tak reti main gitar. haha.* Ada yang kata haram kann? Tyra pernah dengar hukumnya haram. So, tyra cari kat forum iluvislam dan kat bawah ni apa yang tyra dapat. Baca dulu baru buat kesimpulan okayy :)






Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.


Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.

Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa harus menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Pada pandangan saya, pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Wallahualam.



Hahh! Alat seperti gitar diharamkan sebab maksiat atau kelalaian. So, jangan lalai sudaa ~


till then , wassalam :)