Assalam guys :)

Erk ! tyra tahu tahu ape da jadi ngan blog tyra ni. bersawang, berhabuk bagai. *tyra blur kejap, kenapa background blog tyra takde?* last tyra bukak 18 ogos, mase nak raya hari tuu. sekarang da bulan november. cuti semester da 3 minggu 3 hari. woohh ! lame tuu. final exam semester 1 pun da lepas. result pun da dapat. *saya sangat trauma ngan result saya.* malas nak cerita panjang, tyra study hard macam mane pun, tyra tetap tak dapat buat. ya Allah, dugaan sungguh kann ? duduk jauh-2 hadapi benda ni sorang-2. drop bile tahu result final tuu. menangis ? ye tyra menangis. tipu la kalau takk. maybe tyra tak dapat catch up lagi cara lecture tu ajar. selama ni da biase ngan cara cikgu azwan ngan cikgu zarina tibe-2 kene buat cara lain. shock habis lahh ! tyra kene buat cara lain pulak lepas ni. *fighting tyra !* 

alang-2 cerita pasal result, tyra nak cerita something. tak nak tahu pun takpe, cume nak luahkan perasan. mase mak pujuk tyra pasal result, mak cakap mak tahu tyra tak pandai macam budak-2 lain. dari tadika tyra tak pernah kene puji, dapat hadiah anugerah. tak pernah langsung. bile tyra pindah JB, tyra jumpa kawan-2 yang lagi pandai. tipu la kalau tyra tak jealous tengok orang lain dapat hadiah. then, starting tahun 5 sampai form5 tyra cube dapatkan anugerah. mak cakap tyra dapat semua tu bukan sebab tyra pandai tapi sebab semangat. semangat tu buat tyra berusaha lebih daripada orang lain. sebab tyra nak berjaya jugak. mak tahu kebolehan tyra kat mane, tahap tyra kat mane. mase UPSR, mak target tyra 2 A je tapi tyra dapat lebih daripada tu. mase tu tyra cuma sangka tu luck tyra je. same la mase PMR ngan SPM. tyra tak pernah terfikir pasal semangat tyra. tapi bile mak bagitahu, baru tyra terfikir. semangat can be the reason for all of this. mak tak nak tyra hilangkan semangat tuu even tyra duduk jauh kat perlis takde mak nak tyra cerita semua masalah tyra. sanggup pergi perlis pun sebab semangat tyra mak cakap. siapa sangka, budak yang tak pernah duduk asrama boleh survive kat perlis. berbulan-2 tak balik. mak bangga ngan ape tyra da dapat selama ni, walaupun tak pandai, tyra still dapat tempatkan nama tyra kat matrik ngan uitm. terima kasih mak sedarkan kakak :')

nampaknya cuti ni tyra kene banyak fikir macam mane nak cover result tyra balik. kalau part 1 tyra da work hard, lepas ni tyra kene work hard kuasa 3. ape-2 pun tyra masih bangga ngan pointer tyra. Alhamdullih :D



till then, wassalam
assalam guys :)




lagi sehari lagi nak raya kann ? tyra da excited giler ni :D hehe . *senyum sorang-2 . haha* okayy , tyra nak mintak maaf awal-2 ehh ? :) Bismillahhirrahmannirahim . Saya, Siti Nur A'tirah binti Shahimi ingin memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap, terlanjur kata, terkasar bahasa, terpukul kat mana-2 kat mereka yang di bawah ni :
  • orang paling tyra hormat :) Tuan Shahimi, abah tyra .
  • kat my mum <3, cikgu siti normah . 
  • angkatan tentera kakak , udyn , wawa dan adik irfan . 
  • my bestie dan pendengar setia tyra :) tak sebut pun tahu kot . hehe
  • budak-2 JB, KAA, Science, Serting dan Pulapah . *yang ni sumpah giler ramai :D*
  • cikgu-2 tyra dari kecik sampai la da besar ni haa ~ *ERR ~ nak duit raya cikgu :P*
  • budak aras 0 M1 dahlia 1dan roommates tyra :) tikah, hana, miza, ummi, najwa, wiya, kak atin, tia, siti, mira, ira, yaya dan lain-2nya . *mak tergelak dengar pasal david beckham dan victoria beckham tu . HAHA !*
  • budak-2 AP122 terutamanya budak-2 APD1Ac . :)
  • budak-2 UiTM Arau, Perlis yang tyra kenal


kalau nama tak tersebut kat atas tu , tyra minta maaf jugak ehh ? kat awak , awak, awak, awak dan awak :D sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri tyra sendiri . *ERK ! da macam ucapan kat sekolah jehh . hikhik*

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

till then, wassalam :)
    Assalamualaikum.



    Selalu memang kena period pain kan? Kenkadang sampai demam-demam. Normal kalau perempuan kena period pain ni. Kalau tyra dah telan panadol dengan pain killer sebab sakit sangat. Takpun tuam perut dengan air panas bagi lega sikit sakit dia. So, ni tyra dapat dari facebook, Maybe boleh kurangkan sakit nanti. Khas untuk kaum hawa.


     till then, wassalam
    Assalamualaikum

    Nak kongsi sikit :D Kelebihan Bulan Ramadhan.



    Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
    Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
    Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

    Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

    Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

    "Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
    Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

    Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

    Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
    • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

    • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

    • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
      (Surah Al-Maidah:42)

    • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

    • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
    kredit : al-azim.com

    Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)

    till then , wassalam
    Assalam guys :)



    Hilang semangat? Kenapa plak time-2 ni hilang semangat?! Yupp! Tyra mengaku tyra da mule hilang semangat starting lepas LP minggu lepas (dalam 18 Julai). *mak ! kakak nak balik NS !! :'(* Sebagai surveyor kite mestilah kene setting dan angkat alatan survey tuu. Tyra tak kisah sebenarnye nak angkat alatan yang berat tu. Memang sangat tak kisah :D  Tapi bile lepas tyra angkat barang-2 tu, tak sampai 2 minit tangan tyra da mule sakit. Tak kira la tangan mane, kiri atau kanan die mesti akan sakit. Isk isk :'( sedihnyee ~ sampai biru-2 tangan tyra. ERGH! Menggigil tak payah cakap laa. Ngan kebasnye lagi. Ya Tuhan , dugaan betul aku hidup kat perlis ni . *seriouly nak nangis je rase.* Tadi sorang member group suruh hantar alatan kat stor. Tyra da cakap tyra tak boleh benda berat tapi die bagi gak. Tyra amik alatan tu then tyra bagi kat aisyah, group member tyra yang lain. Aisyah tahu masalah tyra lagipun haritu die yang teman tyra pergi unit kesihatan (uk). Tak lame lepas tu , tangan kanan tyra jadi sakit. Ubat sapu tu pun membantu la gak mengurangkan sakit walaupun still SAKIT! . erm, nak buat macam mane. Tyra kene la hadap bende tuu. Sebab ni pilihan tyra sendiri. Tyra yang excited then tyra jugak yang hilang semangat. Besarnye dugaan ni ya Allah. Rase nak dismiss je tahun depan tapi rugi jehh. Harap-2 dapat la SPA tuu ~ kot-2 ada keajaiban, tyra terdapat plak IPG. memang la melompat tyra tinggi-2! *kot la dapat kannn ?* Erm , sabar jela tyra ~

    Till then , wassalam

    p/s : Terima kasih lah ye kalau terbaca entri luahan perasaan tyra yang serabut giler ni . SAYANG sikit :D  *I need some support !*
    assalam :)



    ngee ~ sumpah giler pemalas ni tyra nak taip entri sekarang . haha . takde bende nak cerita kot . kite cerita kat mak kite lahh *ngade-2 jap :p* dari 2 Jun sampai la hari ni 20 Julai tyra tak balik-2 lagi NS tu , apetah lagi nak jejakkan kaki ke rumah kat Pulapah tuu . hamik kau ! betapa la kat Arau ni . esok 21 Julai da 1 Ramadhan . PUASA! PUASA ! isk isk :'( sedih giler tak dapat puasa ngan family . homesick den makin menjadi-2 niyh . *sepak jugak kang tyra ni kang!* kalau zaman sekolah dulu , esok nak puase hari kite mintak maaf kat kawan-2 , cikgu-2 , kenalan dan tuttttt ~ *banyak bai nak mintak maaf :3* disebabkan kredit ade beberape sen je kat sini jela tyra mintak maaf ehh ? boleh kan ? kan ? kannn ? hehe .

    - first nak mintak maaf kat Tuan Shahimi . hehe . kakak nak mintak maaf sebab jarang nak call abah , text kat abah . kalau-2 kakak tak dengar cakap abah ke , kakak mintak maaf .
    - second kat my mum :) hehe . hari-2 skype jehh . akak mintak maaf kalau akak selalu terlepas cakap ke ? tak rajin nak buat kerje ke ? masak tak sedap ke ? hehe . bak kate mak practise jadi menantu yang baik . hehe
    - third kat adik-2 tyra . udyn , wawa dan yang paling rindu sekali kat irfan . :) okay , akak kasar sikit ngan adik-2 akak . kedekut sangat bagi duit . btw , korang lagi kaya dari akak . haha . kalau akak marah pun sebab korang buat salah . korang nak manje-2 pun akak layan kann ? wayang lah , MB lahh . kann ? ape-2 pun akak mintak maaf kat korang semua .
    - then , kat ayien , azza , nemo , ana , atin , ayu , anis . tyra mintak maaf kalau selame ade yang tersentap ke terasa hati ngan tyra . maaf ye ? kalau cakap-2 tyra ni kasar sangat ke pun tyra mintak maaf .
    - kat budak-2 KAA dan Science . kay , tyra mulut lancang . tapi tyra rase tyra jujur ngan diri tyra . tyra taknak hipokrit kate tyra sangat baik . jadi , tyra mintak maaf kalau tyra terlampau lancang mase bercakap sampai korang terasa hati ngan tyra . so , tyra mintak maaf ye ? :)
    - budak-2 aras 0 M1 terutamenya tikah , hana , tia , siti , umi , wiya , wawa, kak atin dan miza . tyra tahu tyra rajin masuk bilik korang dan melepak-2. kot-2 korang tak suke tyra mintak maaf ye ? kalau tyra bercakap ade yang tak berapa okay pun sorry gak okayy . :)
    - lastly , budak AP122 terutamanya group APD1Ac . sebulan lebih kite kenal . maybe ade yang tak suke sangat ngan tyra , so , tyra mintak maaf . kalau tyra cakap tu ade yang terase ke makan hati ke ? sorry kayy .

    tu je kot . nanti tyra sambung pengalaman puasa di UiTM Perlis ni . kalau rajin la ehh ? haha . deal ? kot-2 raya baru nak menaip . kot laaa ~ raya belum tentu rajin nak menaip , nak jalan-2 raya lagi . choyy ~ da cerita raya plak . dah-2 okayy . *tyra excited nak balik rumah sebenarnye kannn ? HAHA* Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :D



    till then , wassalam :)