Assalamualaikum :)



Hee. Dah berapa lama tak update blog ni. Bukan malas tapi busy memanjang. Malas nak fikir nak update ape. *Haa ~ keluar jugak MALAS dia tu* Ish. Tak boleh nak malas2 dah. 27 Mac da start final exam. Fuhh. Sumpah takut. Report dengan LP banyak tak siap lagi tuu. InsyaAllah, boleh siap semua nanti. *Amiinn amiinn ~* Rasanyaa sem 2 ni macam kejap je. Padahal LP banyak giler. Tu belum  ngan blurnya lagi. Parah sungguh -.- Lagi mencabar bile tak faham ape2. Tu rasa macam otak kosong je *kosong~ kosong~ kosongg~* Hm. Lepas cuti rasa cina, ingat tak serabut sangat. tapi lain plak jadinyaa. Makin serabut, masalah yang tak disangka-2 muncul. Pergh. Seronok life tyra macam ni. Fear Factor bhai ! Hm. Malas nak fikir, tak patut buat tyra macam tu. Tahu takkk ? Err ~ kayy, nak sambung fasal final exam ni. Hee ~ kali ni tyra balik awal sikit dari budak-2 banking. :P haha. tyra habis final 12 April, dorang 14 April hari last final weeks. Kannn ? Sem lepas, punya la seronok korang balik awal daripada tyra. Now is my turn. Bhahaha. Dah terfikir dah ni nak buat ape masa cuti sem nanti. Err ~ teruk betul! Final pun belum lagi. Hafazan pun tak buat lagi. *Erk! Maaf ustazah :D* Sekarang fikir final je ehh ? termasuk assignment, report dan LP. Hhaha. Wish me good luck :D

First week

Second week
Last week


P/s : Yang tanda anak panah tu, subjek yang bakal tyra jawab nanti. Perghhh. Cuak giler.

Okayy, da penat menaip, perah otak fikir ayat. till then, Wassalam

Assalamualaikum :)

Ehh ? tiba-tiba je kann ? haha. Tiba-tiba rajin nak update blog. Hee ~ kalau la blog ni bernyawa, mesti dia dah cakap. "A'tirah, kau ni betul ke tak sebenarnya ni?" *erk! kalau dia bercakap, den larik dulu~* Haha. Nak tahu ? Kenapa la minggu ni jugak tyra nak demam bagai? Simptom demam selsema ni. Terasa, terasa nak balik rumah je. Makkkk ! :'( Tyra rasa memang akan jadi habit bile masuk sem. Kenape ? Sebab sem lepas pun, awal-2 tyra da demam. Bak kate mak, perubahan rutin harian. Betul la kot. Mase cuti takde stress, takde assignment, takde LP, takde bagai laa. Bila da masuk sem, mula la buzy balik. Badan pun jadi penat, kepala jadi panas, mata perit, hidung berair then terjadi la demam selsema. Wahhh ! ni dah boleh jadi doktor dah ni. Lepas masuk SPA. Hee~ Owh ehh. Cerita pasal SPA. Tahun lepas, lepas final exam tyra berkejar balik Negeri Sembilan nak pergi temuduga SPA. Then, bulan 12 haritu result die keluar. Tyra tak dapat SPA *huaaaa ~ isk isk T.T* Ujian tyra pas, mase temuduga je fail. *je a'tirah ? je ?* Maybe tyra antara yang last, orang yang temuduga pun da penat and lapar. Ape lagi, die failkan tyra lahh. Ish ish *muka tak setuju* Takpe takpe. Lepas ni, tyra nak datang paling awal sekali. Biar jadi orang pertama kena temuduga, dia nak interview tyra 1 jam pun takpe. Yeaahhhh !

Hmm. Random giler cerita tyra ni ekk ? Aigoo ~ takpe laa. Lepas ni biar ade topik ye ? Haha. Budak demam memang macam ni. :p okayy la. Nak study studu kejap. Lepas tu nak tidur kejap. Heee ~ Kelas lepas Zuhur nanti. Banyak gap ni. :p

Random picture for random rant

Til then, Wassalam. :)
Assalamualaikum :)



Hai hai ! :p debu, habuk, sawang semua ada kat blog tyra ni. nampak tak pemalasnya tu. Ishh. Bukan malas tapi masa tak mengizinkan. xD Part 2 ni saya tersangat-sangatlah buzy. Buzy, penat, mengantuk. Tuhan jela yang tahu betapa penatnya jadi budak GEOMASS. Akak-2 JPK ni bising kalau tak turun aktiviti. Cakap senang la. Akak course duduk dalam aircon, cer cuba duduk tengah panas tu sambil angkut tripod, total station, prism, autolevel, errr ~ ape lagi ek ? Sampai sem 3 jela tyra sanggup duduk kat kolej ni, lepas ni tak dahh. Nak rehat pun tak sempat. *gosok mata* Ni la kot faktor tak ramai budak GEOMASS jadi MPP, MTK, JPK bagai ni. Buzy wokk ! Solar observation tak buat satu pun lagi. *geleng kepala* Faham ke ape yang tyra merapu ni ? Buat-2 faham jelaa. :p Hahaha. Stop nak merungut-2 ni. Tak tenang hidup nanti. hee ~

Sem 2 kat Perlis ni ? Okay la kot. Hampir seluruh Perlis dah tawaf. Belum semua lagi. Kalau tersesat, meraung jugak. Haha. Banyak lagi tempat tak pergi. Hari tu da lepas Gua Kelam. Even Muzil kata kitaorang budak-2 sebab pergi situ tapi kitaorang enjoy pergi situ. Menghayati keindahan alam gitu. :D Release stress ngan tengok gua tu. kau hado Muzil ? Baru semangat nak jadi pakar arkeologi. Tak minat nak jadi surveyor ni. :p muahaha *marah jugak lecturer nanti* okay laa ~ nanti-2 bercerita ceriti lagi. Nak dating ngan katil tu. Penat sangat badan ni.

*nampak tak tu ? haa ~ lepaking kat situ laa :P*

Hee ~ till then, wassalam :)
Assalam guys :)

Erk ! tyra tahu tahu ape da jadi ngan blog tyra ni. bersawang, berhabuk bagai. *tyra blur kejap, kenapa background blog tyra takde?* last tyra bukak 18 ogos, mase nak raya hari tuu. sekarang da bulan november. cuti semester da 3 minggu 3 hari. woohh ! lame tuu. final exam semester 1 pun da lepas. result pun da dapat. *saya sangat trauma ngan result saya.* malas nak cerita panjang, tyra study hard macam mane pun, tyra tetap tak dapat buat. ya Allah, dugaan sungguh kann ? duduk jauh-2 hadapi benda ni sorang-2. drop bile tahu result final tuu. menangis ? ye tyra menangis. tipu la kalau takk. maybe tyra tak dapat catch up lagi cara lecture tu ajar. selama ni da biase ngan cara cikgu azwan ngan cikgu zarina tibe-2 kene buat cara lain. shock habis lahh ! tyra kene buat cara lain pulak lepas ni. *fighting tyra !* 

alang-2 cerita pasal result, tyra nak cerita something. tak nak tahu pun takpe, cume nak luahkan perasan. mase mak pujuk tyra pasal result, mak cakap mak tahu tyra tak pandai macam budak-2 lain. dari tadika tyra tak pernah kene puji, dapat hadiah anugerah. tak pernah langsung. bile tyra pindah JB, tyra jumpa kawan-2 yang lagi pandai. tipu la kalau tyra tak jealous tengok orang lain dapat hadiah. then, starting tahun 5 sampai form5 tyra cube dapatkan anugerah. mak cakap tyra dapat semua tu bukan sebab tyra pandai tapi sebab semangat. semangat tu buat tyra berusaha lebih daripada orang lain. sebab tyra nak berjaya jugak. mak tahu kebolehan tyra kat mane, tahap tyra kat mane. mase UPSR, mak target tyra 2 A je tapi tyra dapat lebih daripada tu. mase tu tyra cuma sangka tu luck tyra je. same la mase PMR ngan SPM. tyra tak pernah terfikir pasal semangat tyra. tapi bile mak bagitahu, baru tyra terfikir. semangat can be the reason for all of this. mak tak nak tyra hilangkan semangat tuu even tyra duduk jauh kat perlis takde mak nak tyra cerita semua masalah tyra. sanggup pergi perlis pun sebab semangat tyra mak cakap. siapa sangka, budak yang tak pernah duduk asrama boleh survive kat perlis. berbulan-2 tak balik. mak bangga ngan ape tyra da dapat selama ni, walaupun tak pandai, tyra still dapat tempatkan nama tyra kat matrik ngan uitm. terima kasih mak sedarkan kakak :')

nampaknya cuti ni tyra kene banyak fikir macam mane nak cover result tyra balik. kalau part 1 tyra da work hard, lepas ni tyra kene work hard kuasa 3. ape-2 pun tyra masih bangga ngan pointer tyra. Alhamdullih :D



till then, wassalam
assalam guys :)




lagi sehari lagi nak raya kann ? tyra da excited giler ni :D hehe . *senyum sorang-2 . haha* okayy , tyra nak mintak maaf awal-2 ehh ? :) Bismillahhirrahmannirahim . Saya, Siti Nur A'tirah binti Shahimi ingin memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap, terlanjur kata, terkasar bahasa, terpukul kat mana-2 kat mereka yang di bawah ni :
  • orang paling tyra hormat :) Tuan Shahimi, abah tyra .
  • kat my mum <3, cikgu siti normah . 
  • angkatan tentera kakak , udyn , wawa dan adik irfan . 
  • my bestie dan pendengar setia tyra :) tak sebut pun tahu kot . hehe
  • budak-2 JB, KAA, Science, Serting dan Pulapah . *yang ni sumpah giler ramai :D*
  • cikgu-2 tyra dari kecik sampai la da besar ni haa ~ *ERR ~ nak duit raya cikgu :P*
  • budak aras 0 M1 dahlia 1dan roommates tyra :) tikah, hana, miza, ummi, najwa, wiya, kak atin, tia, siti, mira, ira, yaya dan lain-2nya . *mak tergelak dengar pasal david beckham dan victoria beckham tu . HAHA !*
  • budak-2 AP122 terutamanya budak-2 APD1Ac . :)
  • budak-2 UiTM Arau, Perlis yang tyra kenal


kalau nama tak tersebut kat atas tu , tyra minta maaf jugak ehh ? kat awak , awak, awak, awak dan awak :D sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang buruk itu dari diri tyra sendiri . *ERK ! da macam ucapan kat sekolah jehh . hikhik*

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

till then, wassalam :)
    Assalamualaikum.



    Selalu memang kena period pain kan? Kenkadang sampai demam-demam. Normal kalau perempuan kena period pain ni. Kalau tyra dah telan panadol dengan pain killer sebab sakit sangat. Takpun tuam perut dengan air panas bagi lega sikit sakit dia. So, ni tyra dapat dari facebook, Maybe boleh kurangkan sakit nanti. Khas untuk kaum hawa.


     till then, wassalam