Hukum Bermain Gitar

Assalamualaikum guys.


Erm, rasanya ramai budak-budak sekarang reti dan suka main gitar kann? *cakap macam tu sebab diri sendiri tak reti main gitar. haha.* Ada yang kata haram kann? Tyra pernah dengar hukumnya haram. So, tyra cari kat forum iluvislam dan kat bawah ni apa yang tyra dapat. Baca dulu baru buat kesimpulan okayy :)






Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.


Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.

Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa harus menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Pada pandangan saya, pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.


Wallahualam.



Hahh! Alat seperti gitar diharamkan sebab maksiat atau kelalaian. So, jangan lalai sudaa ~


till then , wassalam :)

0 person:

Post a Comment