Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

Assalamualaikum.

Hari ni tyra nak kongsi info untuk pelajar lepasan SPM 2011 yang berminat untuk jadi guru. Here it this :)



Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2012. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.

Syarat Asas Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
    • Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
    • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
      • Bahasa Melayu
      • Sejarah
      • Satu mata pelajaran yang lain serta;
      • Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Program Pengajian Untuk Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 18 bulan atau 3 semestar di institusi yang ditetapkan.
  • Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bidang Pengajian


Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Bahasa Arab Pendidikan Rendah
  • Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah
  • Bahasa Iban Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

Cara Memohon Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2012. (hanya dibuka mulai 22 Mac 2012)
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.

Maklumat Tambahan Bagi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

  • Maklumat lebih lanjut akan diberikan selepas 22 Mac 2012.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/  1242/ 1245
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

  • credit : www.ar-rifke.com

  • Harap info ni berguna untuk semua :) 

  • till then , wassalam .

0 person:

Post a Comment