Wednesday, December 30, 2015

Hari Jubah A'tirah : Konvokesyen UiTM ke 83

Assalamualaikum and haaaaaiiiii.

Hah okay! Tadi petang terasa sangatlah malas nak update. Dari mana tah datang rajin dia nak update entri baruu, malam ni cheq muncui haaaa. Sepatutnya pasal konvo ni sebulan yang lepas dah update, well faham-fahamlah bila dah malas. Hati, limpa, jantung nak menaip memang takde ah kat laptop ni. Masa nak final ni laa baru nampak blog ni. Hahahaha. Guys student guysss. Masa nak studylah, nak kemas bilik, sapu sampah, kemas meja, tengok semut. Errr bilik tyra ada semut kecik-kecik tu kotttt.

Dah, kita straight to the point. My hari jubah on 24th nov actually. *semangat tau kot  masa nak pi ni* Sebelum balik perlis, macam-macam dugaan jadi. Hal tiket ktm, tiket bas. Ergh, rasa nak menangis masa balik tu. Sebenarnya dah menangis pun tapi si syeramie boleh duduk relax sambil layan drama korea. Hai lah kawan.Terpaksalah sado kan hati sebab tengok dia optimis semacam.


23/11/2015
Once dah dapat jubah hasil menapak ke blok c, beratur panjang, panas dan penat; menapak lagi ke padang woodball sebab untuk gambar preconvo woiiii! Tyra nasihatkan korang buatlah sikit gambar preconvo even takde hati dan perasaan nak buat pun. Kenangan untuk korang simpan. Takkan tak hargai penat lelah korang belajar. *even I pun tak dapat dekan. Okay, yang ni sadis* So, beratus gambar dapat takdelah semua kau nak post ye tak?








Disebabkan akak-akak ni haaa mostly takde transport maka dalam uitm jela yang mampu. Eh, uitm perlis banyak tau tempat yang cantik. Tepi kandang rusa pun boleh kalau kau pandai amik gambar. Hahahhaha. Kitaorang takdelah sampai ke situ. Academic Heights yang jadi igauan dan impian pun tak daki *part yang ni gua frust giler* Sebab masa tu dah tengah hari dan arau tersangatlah panas, so decide tak pergi situ. Nasiblah sebelum bergambar masing-masing dah isi perut.









Sawah dan Kuala Perlis! Tempat wajib kat perlis. Orang-orang kampung kat sana cukup sporting. Nampak kitaorang tengah gedik-gedik kat sawah tu takde pun menghalau kitaorang. Hahahha. Kalau perasan, kitaorang parking kereta kat situ selamber giler. Totally block jalan! Bukan sengaja nak buat gitu tapi kawasan rumah, jalan tepi sawah manalah ada tempat part. Pak cik yang bawak motor tu terpaksa patah balik sebab kitorang. *sorryyyy pak cikkkk!*  Btw, dorang seronok pulak tengok kitaorang kat situ. Kelakar agaknyaaa. Kalau kat kuala perlis, korang parking je kat tempat couple tengah dating tuuu. Hahahha. Sure blah. *sebab kitaorang buat macam tu. peace!* Paling-paling kau kena dengan orang-orang kat situ "Tahniahhh!" "Tahniah dah konvo!" Buat relax buat chill. Proceed ni posing kat situ. Hahahha


24/11/2015



Lepas keluar DSS, I cant find my classmates. Jumpa satu dua orang then, bukak kasut, pulang jubah, amik frame, jalan ke padang kawad jumpa kak syah and balik. Its sad ending. Yang jumpa tu pun tak bergambar. Haishhh. Simpan frust sensorang. Hahahaha. Even, keceng pun tak datang. Mamat ni sumpah kejam. Reason tertidur paling tyra tak boleh terima tu. Huh. Tyra terkilan sikit sebab lagi dua orang adik tyra takde. Wawa tengah spm dan udin kena daftar poli masa tyra konvo. Poli kuantan tiba-tiba bagi arahan suruh daftar awal dari 30hb. Kau rasa? Im feel missing that time. Hm.

Okay? Tu jela kot. Zaman diploma yang *cant find any words* Rindu kat dorang ni sebenarnyaa. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. Thanks for the memories and friendship guysss.

Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.


Till then, wassalam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Show Comments: OR

No comments:

Post a Comment