Assalamualaikum.
Sekadar kongsian. Tyra dapat dari Facebook Dato Sahol. Tolong baca sampai habis. Tyra pun tersentuh bila baca ni.
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. 
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ".
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.
Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...
Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. tanpa menolak, beliau memenuhinya..
Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..
Ayah sangat berhati-hatimengizinkan nya..
Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..
Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..
Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagikuat untuk menjaga kita..
Itulah pengorbanan seorang ayah..
apakah kita masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia?
percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah,tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita..
kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu? Kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu??


SAYA MENYAYANGI ABAH dan EMAK LEBIH DARI SEGALANYA
I miss my abah :'( kalau dulu, takut sangat dengan abah. Padahal tyra mase kecik memang betul2 anak abah kata mak. Semuanya nak ikut abah, sampai arwah aki kata masukkan tyra dalam kain abah. *hehe. nampak saya anak abah :p*  Dah besar macam ni, takde la takut sangat dengan abah, kadang2 sesuka hati bahan abah. hehe. Sorry abah. Alah, kalau abah bahan tyra kaw kaw kene. tsk tsk T.T Hobi abah sekarang ni, suruh tyra jadi driver kalau dia malas nak drive, penat ke? Haritu masuk semester 3, tyra drive dari perak sampai ke kedah dekat rumah pak cik tyra kat jitra sebab abah demam. Takut tapi seronok sebenarnyaa. Pengalaman yang jarang abah nak bagi. Hee.



Till then, wassalam. :)
Assalamualaikum.

Semalam tyra skype dengan mak. Okay, mak tahu tyra tengah stress giler2 sekarang ni. Hehehe. *kau hado?* Mak cerita la yang dia cerita pasal tyra kat cikgu kat sekolah dia mengajar tu. Then, cikgu tu pun cakap actually stress ni bahaya. Mak sedara dia meninggal sebab stress yang melampau, terlalu fikirkan masalah anak2 dia. Pergh! Mak tyra pun terkejutla kan. Takkan stress boleh bawak mati. So, tyra pun pergi google, Klik page ni, klik blog tu. Heee~ Tyra terjumpa satu blog ni. Kira merangkumi semua laa. Ni dia dari blog jagenmohen.blogspot.com.

Kesan tekanan terhadap kesihatan dan kesejahteraan



Berdasarkan perbincangan di atas, tekanan (stress) boleh memberi impak yang besar terhadap aspek keselamatan dan kesihatan seseorang. Kesemua impak ini berkisar kepada aspek fisiologi, psikologi, kognitif dan tingkahlaku. Ia boleh di bincangkan berdasarkan kepada bebrapa topik di bahagian berikutnya.
Apabila individu mengalami tekanan, ia boleh menyebabkan simptom yang menjejaskan fisiologi, psikologi, kognitif dan gelagat. Tekanan juga boleh berlaku sebagai impak psikologi yang mempunyai komponan emosi dan kognitif di mana ia memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Oleh itu, tidak hairanlah jika tekanan boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan termasuklah meningkatkan risiko penyakit jantung, penyakit Muskuluskeletal (Musculoskeletal Disorders-MSD), masalah psikologi seperti kemurungan dan habisan tenaga (burnout) serta masalah gastrousus. Sebagaimana, yang telah disedari, tekanan yang lebihan boleh membawa kepada ketegangan (strain) dan menyebabkan kemurungan (depression). Kemurungan kesan daripada masalah dalaman boleh membawa gangguan psikolologi (kembimbangan, kesedihan dan kebengkan dan cepat marah), fisiologi (tekanan darah dan ketegangan otot) serta gelagat (prestasi kerja yang lemah, kemalangan, gangguan tidur dan pengambilan alkohol..
Dalam pada itu, kemurungan yang berpunca daripada tekanan boleh menjejaskan tahap kesihatan individu. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga menunjukkan antara empat penyebab utama masalah kesihatan mental ialah kemurungan. Masalah kesihatan kronik sebegini terjadi kerana tekanan boleh dikaitkan dengan takanan darah yang mengalir secara berlebihan terhadap dinding arteri. Tekanan darah yang tinggi dan berlebihan akan menyebabkan dinding arteri menjadi sempit dan ia menyukarkan darah untuk melaluinya. Selain itu, tahap tekanan yang tinggi juga mengakibatkan peningkatkan tahap kolestrol dalam saluran darah yang boleh meningkatkan takanan darah. Apabila indiidu mengalami tekanan, tekanan darah akan meninggat dan menurun. Perubahan yang tidak menentu sebegini boleh menyebabkan saluran darah tercedera serta berfungsi secara tidak normal. Inilah fenomena fisiologi yang boleh menjejaskan tahap kesihatan akibat tekanan. Situasi ini merupakan alasan terbaik yang dapat menunjukkan bahawa stress merupakan penyebab utama sakit jantung dan terdapat juga kajian turut mengkaitkan tekanan dengan penyakit kanser.
Selain itu, indiidu yang mengalami tekanan melampau boleh menjadi mangsa kepada masalah kesihatan seperti seperti ketegangan mata, telinga berdengung, batuk yang teruk, sakit dada, masalah perut, sakit kepala dan ketidakselesaan mukulokeletal.
Di samping itu, Gangguan Trauma Kumulatif (Cummulative Trauma Disorder-CTD) boleh berlaku kepada sesiapa yang mengalami tekanan melampau. Apabila individu mengalami CTD, pergelangan tangan menjadi kebas kerana peredaran darah ke saraf anggota badan terganggu. Anggota mana yang akan berasa kebas bergantung kepada bahagian otak kerana setiap saraf pada otak mengawal anggota badan yang berbeza. Kesemua masalah kesihatan ini bolaeh dikategorikan sebagai CTD atau gangguan muskulosketal ( Musculosketal Disorders- MSD)

Sementara itu,.mereka yang mengalami tekanan mudah merasa sakit kepala, sakit pada bahagian belakang badan, merasa kurang sihat, cepat berpeluh dan mempunyai kadar denyutan jantung yang laju dimana boleh memberi kesan terhadap kesihatan individu itu sendiri. Selain itu, seseorang akan berasa tidak begitu sihat dan mengalami masalah tidur iaitu insomnia yang merupakan salah satu penyakit yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah sukar untuk tidur. Individu terbabit turut mengalami cirit birit dan rasa kering pada bahagian tekak dan mulut dan gangguan kesihatan.
Melalui aspek perasaan,seseorang individu itu akan mudah merasa bimbang dengan setiap keadaan yang dilalui. Individu itu takut akan sesuatu yang dilihat boleh menjejaskan keselamatan dirinya dan boleh memudaratkan dirinya.Individu ini menjadi seorang yang mudah terasa dengan orang lain, moody dan dingin dengan masyarakat keliling. Individu ini juga dilihat tidak mampu mengawal perasaan apabila berada dalam keadaan tekanan yang sekaligus boleh mengundang trauma kepada individu terbabit. Individu yang mengalami tekanan perasaan ini kurang untuk bergaul dengan masyarakat keliling dan sentiasa memikirkan perkara-perkara yang negetif.

Kongnitif adalah aspek kedua yang merupakan kesan tekanan terhadap kesejahteraan hidup. Kongnitif lebih melibatkan pemikiran seseorang itu berfikir,mempersepsi dan membuat tanggapan dirinya dimana ianya dilihat sebagai seorang yang tidak mepunyai keyakinan. Apabila seseorang individu itu mengalami tekanan maka individu itu merasa rendah diri apabila berdepan dengan orang lain. Selain itu, seseorang individu yang mengalami tekanan tesebut turut merasai ketakutan dan kegagalan dalam melakukan tugasan yang diberikan. Individu tersebut tidak memberi keupayaan dalam memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran, pekerjaan dan sebagainya. Individu yang mengalami tekanan ini seorang yang sentiasa berfikir dan asyik termenung bersendirian dan pelupa terhadap apa yang dilakukan. Selain daripada itu, individu yang ,mengalami tekanan ini selalu bimbang akan masa hadapannya dan kerap berasa runsing untuk setiap perkara yang dilakukan dan ini sangat berbahaya kepada sesebuah syarikat kerana boleh menyebabkan kejatuhan produktiviti dan prestasi yang sekaligus akan memberi impak kepada sesebuah syarikat.


Aspek yang seterusnya adalah menerusi tingkahlaku. Individu yang mengalami tekanan ini akan menunjukkan tingkahlaku yang kurang menyenangkan dan boleh menakutkan masyarakat yang berada disekelilingnya. Antara gejala yang dapat dilihat apabila seseorang itu mengalami tekanan menerusi aspek ini adalah, individu terbabit akan merasa hilang selera makan, sering mengertap gigi, mengambil minuman alkohol ataupun dadah serta sering merokok tanpa mengira waktu. Individu yang merokok ini akan merokok kerana dipercayai mampu memberi kelegaan terhadap diri mereka dan di katakan boleh menghilangkan sedikit tekanan. Maka, tidak hairanlah jika mereka yang mengalami tekanan sering merokok. Selain daripada itu, individu yang mengalami tekanan akan menangis tanpa sebab dan akan ketawa dengan nada yang kuat dan gementar.


RUJUKAN

Ma’rof Redzuan, Haslinda Abdullah.2002. Psikologi . Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Glaser, Kiecolt. 1994. Human Stress and Humanity.

http://myais.fsktm.um.edu.my/2846/1/Vol12(1)-Zafir.pdf ( 16.01.09)

http://www.scribd.com/doc/6627225/SIM-2209-BAB-3-Kesihatan-Kesejahteraan-Keberkesanan-Organisasi ( 16.01.09)

http://kubangpasuturn.blogspot.com/2008/04/kesan-stress-dalam-kehidupan.html
( 20.01.09)


Banyak giler kesan dia. Yang tyra highlight-kan tu, perkara-perkara yang selalu jadi kat tyra terutamanya bila dah mula kelas, LP, assignment dan report. Kadang-kadang makin menjadi-jadi. Macam mane nak hilangkan stress ek? Kita pergi google duluuu~ *kalau rajin nak baca laa*

till then, wassalam.
Assalamualaikum :)

Heee~ baru nak muncul. Hahaha. Dah dekat final pun still busy dengan LP dan report. Giler den macam ni. -__________- still waras kot. Kihkih Okayy, tyra nak kongsi sikit tip nak hadapi exam ni. Tyra dapat dari facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Boleh kita amalkan, lagi la tyra nak final, ada nak PMR dengan SPM. 



Di antara tip yg praktikal & berkesan:

1. Jaga solat 5 waktu dgn sempurna.
2. Lakukan solat taubat, hajat & istikharah-- hati jadi bersih, mudah belajar & dpt jwb soalan dlm pep dgn cemerlang.
3. Doakan ibubapa, guru2 & kawan2. In sya Allah ilmu jadi berkat.
4. Ilmu itu cahaya, & cahaya tak masuk hati yg gelap. Justeru, sentiasa cuci hati dgn berbagai cara yg telah kerap saya syorkan.
5. Tukar minda ke MODE PEPERIKSAAN: Jadikan bilik belajar di rumah menjadi Bilik Gerakan Pep: Ada jadual pep, count down ke hari pep, bubuh matlamat di dinding, cth: Nak dpt 10A dlm SPM 2013, bubuk kata2 motivasi, doa2 penerang hati & kejayaan, peta minda topik2 yg penting, dll.
6. Fahamai strategi belajar & sesuaikan dgn STAIL PEMBELAJARAN ANDA-- sama ada u pelajat visual ( belajar dgn membaca), audio (belajar dgn mendengar),atau kinestetik (belajar secara praktikal & hands on).
7. Barangsiapa belajar dgn niat utk membantu kwn lain yg lemah, akan dpt 10X ganda kefahaman & daya ingatan. So, betulkan niat masa nak belajar!
8. Ubah PERSEKITARAN: belajar dgn duduk di kerusi sambil menghadap KIBLAT (JGN SESEKALI BELAJAR DGN DUDUK DI LANTAI ATAU ATAS KATIL!!!), kemaskan persekitaran, jika sesuai, tukar warna bilik ke warna HIJAU (Agar tenang) atau KUNING (Agar ceria), ada pewangi dlm bilik utk rangsang minda, pastikan cahaya matahari masuk ke dlm bilik utk beri tenaga ke dlm bilik & bunuh bakteria, bubuh pokok kecil di hujung meja tempat belajar utk supply oksigen yg di perlukan oleh otak. JGN BELAJAR SAMBIL DENGAR MUZIK (apa jenis muzik sekalipun!). SETAN YG AKAN MENGIRINGI ANDA BELAJAR & SUKAR NAK BENAR2 FAHAM!!!
9. Pakai minyak wangi masa nak study utk rangsang minda & tingkatkan IQ.
10. Senyum masa belajar utk relakkan minda & seronok belajar.
11. Minum air masak semasa belajar.
12.. Lakukan ulangkaji secara OUTPUT LEARNING:
  • a.. TENGOK SOALAN YG LEPAS, SOALAN CONTOH ATAU SOALAN RAMALAN,
  • b. Baca doa penerang hati, termasuk surah al Insyirah
  • c. Baca buku/ nota dgn menunjuk dgn jari. Bila membaca sambil menunjuk, konsentrasi, kefahaman & daya ingatan meningkat 20-60%.
  • d. Setelah membaca, fikir & ingat kembali fakta2 yg di baca tadi. Proses ini utk pindahkan maklumat drp buku ke sel2 memori dlm otak.
  • e. Lakar Peta Minda utk subjek yg berkaitan.
  • f. Semak ketepatan maklumat di peta minda (PM) & perkemaskan PM
  • g. Sebut secara lisan maklumat yg tercatat dlm peta minda utk mengukuhkan daya ingatan.
  • h. Cuba jwn soalan yg telah di rujuk di awal sesi ulangkaji tadi. Ini akan menguji kefahaman & tingkatkan daya ingatan.
  • i. Tampal peta minda yg penting di dinding utk di rujuk sblm tidur.
  • j. Baca Doa kesyukuran & mohon Allah lekatkan maklumat dlm minda sepanjang masa.
13. Kuatkan MEMORI DGN:
  • a. Doa penerang hati,
  • b. Makan yg seimbang,
  • c. Mengambil supplemen Minda spt EXCEL SUPREME yg amat membantu ratusan ribu pelajar utk memperkasa pembelajaran (hub 03-89255292 utk maklumat & tempahan),
  • d. Mkn kacang2 & Vit B complexs,
  • e. Makan madu, kismis, buah badam & tamar, etc
14. Hidupkan sunnah2 harian (elak kencing berdiri-- ini akan jadikan anda pelupa & lemah fikiran!).
15. Lakukan yg terbaik, bertawakkal kpd Allah & redha setiap pencapaian yg di hasilkan.

Moga Allah merahmati semua pelajar yg menghadapi peperiksaan. Aameen

Nombor 8 tu, tang dengar muzik. Err, tyra style study sambil dengar muzik plak tu. Hmmm. Dah tak boleh amalkan dah ni. Heee. kita dengar surah2 jelaa pas ni. *boleh keee?* .

Okayy, till then, wassalam :)
Assalamualaikum.



Otak set nak study. Paksa diri nak study tapi badan tak bagi kerjasama. So, menaip entri je mampu. Tu pun otak tyra blurrrrrr. Nak cerita ape ye? Banyak ceritanya, tapi tyra malas nak refresh malas nak fikir. Hm. Sukol tu ape? Sukol tu sukal kolej sebenarnyaa. Tyra jadi wakil perbarisan kolej Dahlia II. Tema rimba kann? So, kami the Dahiaan II pilih arnab. Errr *rimba ke?* Mase belum perarakan tu, budak-budak kolej lain have fun termasuklah kitaorang cuz nak hilangkan bosan tunggu rektor yang sepatutnya pukul 9 sampai tapi lewat setengah jam. Sabarrrrr sangatttttt ~! Lepas tu, ucapan bagai baru persembahan setiap kolej. Dahlia II menari lagu electric shock, HSM 2, runaway dengan best song ever. Adelah terlupa step sikit gara-gara penat sangat. *saya tak makan malam tau* Agak terkilanlah tak menang untuk persembahan. Hmmmm. Ape-apepun tahniahlah Dahlia I, menang keseluruhanan. *tepuk tangannn*

The Dahliaan II


Ade persembahan budak PALAPES, Commander, peserta basikal 56 dan perlawanan bola sepak antara johan bola sepak sukol dengan pasukan pilihan rektor. 0-0 je dan rasanya sekejap sangatlahh sebab nak kejap pukul 12 tuu. Heee~ Dapatlah jugak merasa tengok bunga api kat sini. kalau tak melangut jelaa kann? Tahun lepas, tyra balik NS. Sempat sambut merdeka kat KL even dalam bas je pun. HAHAHAHA. Tapi lepas tu, kene tegur dengan si Effa. Muka tyra semacam sangat then mata merah. Haaaa~ Akibat penat dan tak makan. Koku dari pukul 3 sampai 7, tu pun 6.40 tyra mintak balik awal. Sampai kolej, siap-siap nak pergi sport complex dan tak makan malam sampai la perlawanan bola sepak merdeka tu. Tu pun dapat roti je, perut dah masuk angin. Hmm.Kurang best nak sambut merdeka kalau badan dah rasa tak best. Okayy. Sambut balik. Tepat pukul 12, students uitm laungkan merdeka 7 kali then nyanyi lagu kemerdekaan. Fun ^_^ Punyalah semangat tang menyanyi. Lepas tu, lepas gian bergambar dengan rektor plus budak-budak ni barulah reti balik. Hehehe.

We with acap. haha

till then, wassalam.

p/s: A'tirah condition getting worse. Sorry, kalau ayat entri ni macam tak ikhlas. :/


Assalamualaikum.



Hmm. Demam-demam pun nak update entri. Tyra rasa tyra nak demam dari hari rabu sebab malam rabu tu tyra balik dari sport complex mandi hujan. So, dia melaratlah sampai harini. Dengan hari jumaat tyra tak makan malam, busy berkejar koku dengan sukol. Sabtu pulak tyra buat LP sampai petang. Malam tu makin teruklahh. Lepas tu, around pukul 2 pagi, kipas bilik buat hal. Dua tIga kali tyra betulkan still berbunyi. Tyra call mak, memang menangis habis-habislah. Tyra tak larat sangat nak hadap benda tu. Sekarang tyra makan mesti muntah balik. Ya Allah. Badan rasa penat plus sakit-sakit. Tyra nak balikkkkkk. Nak makkkkk! Seriously, kalau sakit macam ni, mak lah jaga tyra. Ni tyra kena jaga diri sendiri. Sebab tu tyra tak suka sakit kalau kat arau ni. Esok ntah larat ke tak nak pergi kelas. Hmm. I need my mum. :"((

Wassalam


Assalamualaikum :)



Esok rayaaaaaaaaaaaaaaa~ hahaha. Tak excited sangat pun. Raya keempat dah balik Perlis. Btw, hari last puasa ni baru tyra terhegeh-hegeh nak beli baju dan balik kampung. Adatlah beli last minute. :p Memandang kalau da balik kampung line broadband akan selembab kura-kura. So, tyra nak buat benda alah ni awal-awal sikit. Heee *selalunya akan lupa lah cerita dia* Memandangkan takkan semua tyra dapat mintak maaf depan-depan, call or sms nanti, tyra just update entri untuk raya ni ehh? :) Ehem ehem.

Sesungguhnya saya Siti Nur A'tirah ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ade salah silap, terkasar bahasa, tersilap kata, terpukul mana-mana, terkutuk, terjeling dan ter ter ter lagi lagi secara sengaja atau tak sengaja kepada:-

  • ana, man, arel, nemo, ayien, aten, azza, kyung, dan awak, awak, awak. Errrr~
  • classmates kelas aliran agama (KAA) 2007-2009 smk ser hills.
  • classmates kelas science aka Amanah 2010-2011 smk ser hills.
  • classmates AP122 group Ac 2012 until now UiTM Perlis :D
  • kawan-kawan sekolah rendah tyra especially dekat Johor. Errr~ giler ramai kot. Plus budak-budak Polis Depoh, JB.
  • budak-budak Pulapol Air Hitam aka Pulapah. *hai korang. Tak nampak muka memasing lagi*
  • budak-budak Serting. Tak kiralah sekelas ke, badan pengawas, PPIM ke, budak-budak kawad, satu batch ke, senior dan junior sekolah ke, persatuan SPBT dan bahasa Arab ke and kelab petanque. 
  • kawan-kawan yang mengenali diri tyra.
Sesungguhnya saya insan biasa yang naif yang selalu buat salah. Heee. *ayat poyo dah keluar kot :3*
Hmmm. Ade lagi kot. Maaf kalau tak terada dalam list. Ramai sangat. :( Kalau sempat datanglah rumah. Kihkih. Kot tyra ade, ade laa. Duit raya bawak sendiri. :p Tyra mintak maaf zahir dan batin kat korang. Maafkan segalanya ye? :) Ape-apepun Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.


till then, wassalam. *saya otw ke kampung, Temerloh, Pahang*

Assalamualaikum :')



Sebelum pukul 6 pagi tadi tyra da sampai seremban. Heee. Bas gerak malam tadi pukul 10 so sampai after 7 ke 8 jam. Actually tyra boleh sampai around pukul 5 tapi bas tu gatal masuk puchong. Errrgghh! okay-okay. Enough. Yang penting tyra da sampai rumah. Yeaahhhhhhhh. Giler heaven dapat jejak rumah. Hehehe. Gayat kejap. Berapa bulan tak balik gini lah jadinyaaa. Hahaha

Okay, kenapa tajuk entri macam tu? sebab tyra nak cerita pasal budak-budak kelas tyra kat UiTM ni. Kitaorang dah masuk sem 3 dan dah dekat 1 tahun setengah berkawan. Mase sem 1 dengan sem 2 takde la nampak sangat giler masing-masing. Ramai cover lagi. Nak usik-usik ke nak kacau ke still macam ade limit. Kat group tu sunyi je kalau bukan post pasal jawapan BEL atau information penting je. Tapi sekarang. Nauzubillah. Pantang dilayan, makin teruk merapunya, mengarutnya dan menggilanyaa. tyra like jela komen-komen dorang tu tapi senak perut sebab gelak sakan pasal dorang. *ni pun tersengih-sengih sambil type*. Maybe masing-masing dah agak rapat so, habislaaa bila bab merapu. Ni antara bukti mereka ni suke menggila. Haha *maaf ye budak-budak APD3Ac*






Haa. See see. Ni pun still bersambung komen-komen dorang tuu. Tak kira la kat UiTM ke dah balik rumah ke. Ade jelaa yang dingarutkann. Hahaha. Dalam diam-diam tu, boleh gila kalau dilayan. Btw, Im happy with them :D 

till then, wassalam.

Assalamualaikum :)



Tyra baru reti nak muncul balik. Ni pun rasa malaaaassssss sangat. *banyak kot malas dia* Dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan da pun. Budak-budak UiTM ni termasuk tyra da sibuk kira hari nak balik. Biasalah kannn? :) Tapi dalam dok sibuk happy-happy ni, tyra pulak bengang. Ishhh. Sabar tu rasa dah sampai limit kot. Tunggu nak meletup je. *serious talk bhai* Bayangkanlah kita ni punyalah bersangka baik dengan sorang hamba Allah ni. Yelaa. Tutup buku lama kann? Ingat dia tak buat lah perangai dia tu. Kot-kot dah berubah since tyra tengok dia baik je dengan tyra. Takde masalah bagai nak masam muka ke kan. Rupa-rupanyaa, dalam baik dia tu dia buat kerja **ik dengan tyra. Dia buat balik perangai dia tu buat kali keduanya dan menyebabkan tyra yang susah pulak kali ni. Kalau buat hal tak meyusahkan orang takpe laa. Tyra maafkan je tapi dah tentu-tentu menyusahkan orang. Lepas ni memang tyra takde la nak baik-baik dia lagi pasal hal ni. Kau selfish, aku pun boleh 10 kali selfish dari kau. Tyra malas nak baik-baik dengan dia lagi. Biar lantaklah kau tu! :)

Conclusionnya, kita tak boleh nak bersangka baik sangat dengan orang lain even kawan kita sekali pun. Sekali dia tikam belakang kita memang parahlah cerita dia. Tak boleh nak depends on someone sangat. Kita kena pentingkan diri kita dulu. Tak payah nak baik-baik tolong orang macam hamba Allah yang tyra maksudkan tu. Jadinya, counting days tyra dah terganggu dengan makhluk patut dicampak ni. Sekian :p *Im still hot inside -_-*

Itu sahaja luahkan hati saya yang sedang panas ni. Hahaha
till then, wassalam :)
Assalamualaikum :)

Tiba-tiba Cik Atie Tyra jadi rajin nak meng-update harini. Haha. Minggu ni jelaa. Esok lusa belum tahu lagi. Kot kot Tyra jadi pemalas yaaa amat nak update entri. Kuikui. Okay-okay, stop it.



Harini bersamaan 15 Julai 2013 ialah birthday adik perempuan Tyra yang study dekat InteJ tuu. Alololoo~ Birthday mase puasa ye? Kek takde eh? Birthday akak haritu pun tak dapat kek tau! Baru adil macam ni. :p Happy birthday Wawa yang ke 15 tahun ! Yeaaayyyy! Wawa dah 15 tahun! Hahahaha. May God bless you sis :) Belajar pandai-pandai tu penting tapi nak hidup pun kena pandai. Jangan jadi lurus sangat. Stood up on yourself. Pentingkan diri tu dulu sebelum orang lain. And please jangan dalam pandai tu ade perangai bangang. *erk! perkataan kasar dah keluar dahh* Kalau akak dengan Udyn gurau, tak payah la nak tarik muka bagai, marah-marah semua. Macam lah tak kenal akak dengan abang kau macam mane. Please respect others okayy? Hmm. Good luck for your PMR trial. Do your best! Tak dapat 9A's straight siaplah kau. Akak belasah kau nanti. Hahaha. :D

With my sis Wawa at Jeti Tanjung Dawai

Bila dah duduk jauh ni baru rasa rindu nak gaduh, perang mulut dengan adik-adik. :'( Hahaha. Dah lepas birthday budak pendek ni ade birthday Udyn pulak. Raya pertama lagi tuuu~ Haha. Dulu birthday abah. *mane nak cari kek mase raya pertama?* Yang penting sila jangan mintak hadiah plus kek bagai. Ade kene silat karang dengan den :3 Hahaha. Btw, Happy birthday budak pendek :**

Till then, Wassalam :)


Assalamualaikum :)



Tengok tu tengok tuu. Budak pemalas dah mai dahh. Hahaha. Dah bulan berapa baru nak memunculkan diri ni. Aishh. Balik cuti sem, memang tak sentuh la blog blog ni. Asyik duduk layan novel dengan drama online aje. :3 Sejak masuk U ni, malas nak meng-update memang menggunung laa. Nak edit blog biar kasi matang sikit background dia pun malas. Hahaha. Tunggu cuti sem 3 nanti. Kot malas dah takde. Susah sangat mintak tolong cik Ana kita tuu. Tyra takat simple simple reti laa. Dah masuk advance ni, angkat bendera putih awal-awal. Heee~ Yang tu kita cerita nantilah. Blog tak berapa matang pun bolehh. Asalkan entri dia matang. Lalalalala ~

kamidanramadhan.blogspot.com

Ni dah hari kelima Ramadhan. Best? Alhamdulillah. Dah tahun kedua kat Arau, sem kedua berpuasa kat Arau. Kira boleh terima perbezaan situasi daripada kat rumah dulu. *but still missing home* Kalau mase sem 1 dulu, macam-macam lah nak fikir. Nak beli sahur macam mane, nak berbuka dengan siapa, semuanya lahh. Tapi sekarang, kiranya tyra just relax jee. Tak payah nak pening-pening fikir berbuka ngan sahur bagai. Ramadhan kali ni terasa best sebab dapat berbuka dan sahur dengan roommates berbanding sem 1 dulu kadang kadang je dapat. Yela kan, dorang berbuka dengan coursemate then, hujung minggu balik rumah masing-masing sebab dekat je dengan UiTM Perlis ni. *cerita sadis ni* Untuk Ramadhan kali ni dari 1 Ramadhan sampai sekarang Tyra berbuka dan sahur dengan roommates. Seronok la sebab dapat la cerita menu ni menu tu. Haha. Belum cerita pasal air lagi. Air acik ni sedap la, mahal laa. Lepas tu mula lah nak dibanding-bandingkan. *we hold the consumer right* Hmm. Bazar kat UiTM ni sentiasa penuh dengan student dan orang luar yang nak beli berbuka. Tapi yang tak best-nyaa hampir separuh bazar jual menu yang sama. NASI AYAM! pfttt. Bukan Tyra tak suka tapi tu the most common menu that I had. Cubalah menu yang berbeza sikit. *mengomel aje den ni haa* Akibatnyaa, Tyra dengan si roommates asyik cari nasi kerabu je. Bukan senang nak cari nasi kerabu kalau bukan bulan puasa macam ni. Tu belum air katira lagi. Terjumpa semalam dan beli untuk lepas gian lepas dekat 7 tahun Tyra tak merasa since pindah dari Johor Ke NS. Takde la sesedap kat JB tapi boleh laaa dari tak dapat langsung. :D

 
kamidanramadhan.blogspot.com
Ape-ape pun, puasa tetap puasa. LP tetap LP. Penat macam mane pun tetap kene siapkan LP. Kalau takkkkk, miss An sure mengaum nanti. Seram kot :3 Tu LP engineering, kalau LP cadastral? Sure miss Bai terkah nanti. Perghh. Dugaan belajar betul ni. Hahaha. Cuma Tyra takut Tyra terbuka puasa gara-gara penat sangat. Aduhaii. Mintak jauh la benda-benda macam tuu. *kes malas nak ganti puasa ni* Puasa mase buat kerja luar ni lah mencabar diri, mental semua. Letih macam mane pun, tetap kena buat. Tetap kena siapkan. Markah tu markah!

Err~ Panjangnyaa Tyra mengarut harini. Heheh. Yela, jarang sangat nak update. Macam ni lah jadinyaa. Maaflah, Tyra takde gambar sendiri untuk entri kali ni. Kebetulan rajin nak update. Actually, banyak draf Tyra tak post. Fikir-fikir balik, bila lah nak siapkan then post-kan dia. *wondering on myself*

 Till then, Wassalam :')
Assalamualaikum.



Ni entri ke berapa tah pun tak ingat. Da lame tak jenguk blog ni haa. busy sesangat-2 ngan LP, report, assignment dan test. Bersusun benda alah tu. Ni pun ade 2 report tak submit lagi. Haa ~ baru teringat ade 2 quiz kena submit next week. Ya Allah. dengan mengantuknyaa sebab tak cukup tidur. Curi-2 la mase nak menaip entri ni. Kalau tak online sambil study. Ehh? bukan study sambil online ke? Haha. Whatever ! Just ingore it. Tu cara tyra nak hilangkan mengantuk bile study. Sesiapa yang tak biasa baik jangan ikut. Mahu busy online jela nanti. Haha. 21 Mac haritu result SPM batch 1995. *Wahh ! asal aku yang excited ni ?* Tahniah junior ! Kalau result tu tak macam kita harapkan, maybe ade hikmahnyaa. Allah SWT tahu ape yang baik untuk kita. Ade la tu rezeki kita kat mana2 nanti. So, chill okayy ? :D Hmm. Rindu pengalaman dulu. Sekarang kat UiTM ni tak sama macam sekolah. Rasa macam semua tak kena. Rindu dengan kawan-2 sekolah. Even banyak sangat kenangan pahitnyaa. Actually, yang tak best bila kat Uni ni, dapat roommates yang macam ntah laa. Terlampau perfect sangat sampai malas menjadi-2. Tyra yang sedia pemalas pun tak macam dia. Tahu pandai, tapi tak perlu rendah-2kan tyra yang kurengg ni. Sakit hati memang laa. Mampu diam je. Malas nak bukak mulut, baik tyra buat hal sendiri. Lagi bagus la weyhh. Okayy, stop pasal tu. Kita cerita lain kali ye. Banyak benda nak cerita niyh. Hee~

The latest of me. Taken at Terengganu early this month

Till then, Wassalam :)
Assalamualaikum :)



Hee. Dah berapa lama tak update blog ni. Bukan malas tapi busy memanjang. Malas nak fikir nak update ape. *Haa ~ keluar jugak MALAS dia tu* Ish. Tak boleh nak malas2 dah. 27 Mac da start final exam. Fuhh. Sumpah takut. Report dengan LP banyak tak siap lagi tuu. InsyaAllah, boleh siap semua nanti. *Amiinn amiinn ~* Rasanyaa sem 2 ni macam kejap je. Padahal LP banyak giler. Tu belum  ngan blurnya lagi. Parah sungguh -.- Lagi mencabar bile tak faham ape2. Tu rasa macam otak kosong je *kosong~ kosong~ kosongg~* Hm. Lepas cuti rasa cina, ingat tak serabut sangat. tapi lain plak jadinyaa. Makin serabut, masalah yang tak disangka-2 muncul. Pergh. Seronok life tyra macam ni. Fear Factor bhai ! Hm. Malas nak fikir, tak patut buat tyra macam tu. Tahu takkk ? Err ~ kayy, nak sambung fasal final exam ni. Hee ~ kali ni tyra balik awal sikit dari budak-2 banking. :P haha. tyra habis final 12 April, dorang 14 April hari last final weeks. Kannn ? Sem lepas, punya la seronok korang balik awal daripada tyra. Now is my turn. Bhahaha. Dah terfikir dah ni nak buat ape masa cuti sem nanti. Err ~ teruk betul! Final pun belum lagi. Hafazan pun tak buat lagi. *Erk! Maaf ustazah :D* Sekarang fikir final je ehh ? termasuk assignment, report dan LP. Hhaha. Wish me good luck :D

First week

Second week
Last week


P/s : Yang tanda anak panah tu, subjek yang bakal tyra jawab nanti. Perghhh. Cuak giler.

Okayy, da penat menaip, perah otak fikir ayat. till then, Wassalam

Assalamualaikum :)

Ehh ? tiba-tiba je kann ? haha. Tiba-tiba rajin nak update blog. Hee ~ kalau la blog ni bernyawa, mesti dia dah cakap. "A'tirah, kau ni betul ke tak sebenarnya ni?" *erk! kalau dia bercakap, den larik dulu~* Haha. Nak tahu ? Kenapa la minggu ni jugak tyra nak demam bagai? Simptom demam selsema ni. Terasa, terasa nak balik rumah je. Makkkk ! :'( Tyra rasa memang akan jadi habit bile masuk sem. Kenape ? Sebab sem lepas pun, awal-2 tyra da demam. Bak kate mak, perubahan rutin harian. Betul la kot. Mase cuti takde stress, takde assignment, takde LP, takde bagai laa. Bila da masuk sem, mula la buzy balik. Badan pun jadi penat, kepala jadi panas, mata perit, hidung berair then terjadi la demam selsema. Wahhh ! ni dah boleh jadi doktor dah ni. Lepas masuk SPA. Hee~ Owh ehh. Cerita pasal SPA. Tahun lepas, lepas final exam tyra berkejar balik Negeri Sembilan nak pergi temuduga SPA. Then, bulan 12 haritu result die keluar. Tyra tak dapat SPA *huaaaa ~ isk isk T.T* Ujian tyra pas, mase temuduga je fail. *je a'tirah ? je ?* Maybe tyra antara yang last, orang yang temuduga pun da penat and lapar. Ape lagi, die failkan tyra lahh. Ish ish *muka tak setuju* Takpe takpe. Lepas ni, tyra nak datang paling awal sekali. Biar jadi orang pertama kena temuduga, dia nak interview tyra 1 jam pun takpe. Yeaahhhh !

Hmm. Random giler cerita tyra ni ekk ? Aigoo ~ takpe laa. Lepas ni biar ade topik ye ? Haha. Budak demam memang macam ni. :p okayy la. Nak study studu kejap. Lepas tu nak tidur kejap. Heee ~ Kelas lepas Zuhur nanti. Banyak gap ni. :p

Random picture for random rant

Til then, Wassalam. :)
Assalamualaikum :)



Hai hai ! :p debu, habuk, sawang semua ada kat blog tyra ni. nampak tak pemalasnya tu. Ishh. Bukan malas tapi masa tak mengizinkan. xD Part 2 ni saya tersangat-sangatlah buzy. Buzy, penat, mengantuk. Tuhan jela yang tahu betapa penatnya jadi budak GEOMASS. Akak-2 JPK ni bising kalau tak turun aktiviti. Cakap senang la. Akak course duduk dalam aircon, cer cuba duduk tengah panas tu sambil angkut tripod, total station, prism, autolevel, errr ~ ape lagi ek ? Sampai sem 3 jela tyra sanggup duduk kat kolej ni, lepas ni tak dahh. Nak rehat pun tak sempat. *gosok mata* Ni la kot faktor tak ramai budak GEOMASS jadi MPP, MTK, JPK bagai ni. Buzy wokk ! Solar observation tak buat satu pun lagi. *geleng kepala* Faham ke ape yang tyra merapu ni ? Buat-2 faham jelaa. :p Hahaha. Stop nak merungut-2 ni. Tak tenang hidup nanti. hee ~

Sem 2 kat Perlis ni ? Okay la kot. Hampir seluruh Perlis dah tawaf. Belum semua lagi. Kalau tersesat, meraung jugak. Haha. Banyak lagi tempat tak pergi. Hari tu da lepas Gua Kelam. Even Muzil kata kitaorang budak-2 sebab pergi situ tapi kitaorang enjoy pergi situ. Menghayati keindahan alam gitu. :D Release stress ngan tengok gua tu. kau hado Muzil ? Baru semangat nak jadi pakar arkeologi. Tak minat nak jadi surveyor ni. :p muahaha *marah jugak lecturer nanti* okay laa ~ nanti-2 bercerita ceriti lagi. Nak dating ngan katil tu. Penat sangat badan ni.

*nampak tak tu ? haa ~ lepaking kat situ laa :P*

Hee ~ till then, wassalam :)