Second Ramadhan at UiTM Perlis

Assalamualaikum :)



Tengok tu tengok tuu. Budak pemalas dah mai dahh. Hahaha. Dah bulan berapa baru nak memunculkan diri ni. Aishh. Balik cuti sem, memang tak sentuh la blog blog ni. Asyik duduk layan novel dengan drama online aje. :3 Sejak masuk U ni, malas nak meng-update memang menggunung laa. Nak edit blog biar kasi matang sikit background dia pun malas. Hahaha. Tunggu cuti sem 3 nanti. Kot malas dah takde. Susah sangat mintak tolong cik Ana kita tuu. Tyra takat simple simple reti laa. Dah masuk advance ni, angkat bendera putih awal-awal. Heee~ Yang tu kita cerita nantilah. Blog tak berapa matang pun bolehh. Asalkan entri dia matang. Lalalalala ~

kamidanramadhan.blogspot.com

Ni dah hari kelima Ramadhan. Best? Alhamdulillah. Dah tahun kedua kat Arau, sem kedua berpuasa kat Arau. Kira boleh terima perbezaan situasi daripada kat rumah dulu. *but still missing home* Kalau mase sem 1 dulu, macam-macam lah nak fikir. Nak beli sahur macam mane, nak berbuka dengan siapa, semuanya lahh. Tapi sekarang, kiranya tyra just relax jee. Tak payah nak pening-pening fikir berbuka ngan sahur bagai. Ramadhan kali ni terasa best sebab dapat berbuka dan sahur dengan roommates berbanding sem 1 dulu kadang kadang je dapat. Yela kan, dorang berbuka dengan coursemate then, hujung minggu balik rumah masing-masing sebab dekat je dengan UiTM Perlis ni. *cerita sadis ni* Untuk Ramadhan kali ni dari 1 Ramadhan sampai sekarang Tyra berbuka dan sahur dengan roommates. Seronok la sebab dapat la cerita menu ni menu tu. Haha. Belum cerita pasal air lagi. Air acik ni sedap la, mahal laa. Lepas tu mula lah nak dibanding-bandingkan. *we hold the consumer right* Hmm. Bazar kat UiTM ni sentiasa penuh dengan student dan orang luar yang nak beli berbuka. Tapi yang tak best-nyaa hampir separuh bazar jual menu yang sama. NASI AYAM! pfttt. Bukan Tyra tak suka tapi tu the most common menu that I had. Cubalah menu yang berbeza sikit. *mengomel aje den ni haa* Akibatnyaa, Tyra dengan si roommates asyik cari nasi kerabu je. Bukan senang nak cari nasi kerabu kalau bukan bulan puasa macam ni. Tu belum air katira lagi. Terjumpa semalam dan beli untuk lepas gian lepas dekat 7 tahun Tyra tak merasa since pindah dari Johor Ke NS. Takde la sesedap kat JB tapi boleh laaa dari tak dapat langsung. :D

 
kamidanramadhan.blogspot.com
Ape-ape pun, puasa tetap puasa. LP tetap LP. Penat macam mane pun tetap kene siapkan LP. Kalau takkkkk, miss An sure mengaum nanti. Seram kot :3 Tu LP engineering, kalau LP cadastral? Sure miss Bai terkah nanti. Perghh. Dugaan belajar betul ni. Hahaha. Cuma Tyra takut Tyra terbuka puasa gara-gara penat sangat. Aduhaii. Mintak jauh la benda-benda macam tuu. *kes malas nak ganti puasa ni* Puasa mase buat kerja luar ni lah mencabar diri, mental semua. Letih macam mane pun, tetap kena buat. Tetap kena siapkan. Markah tu markah!

Err~ Panjangnyaa Tyra mengarut harini. Heheh. Yela, jarang sangat nak update. Macam ni lah jadinyaa. Maaflah, Tyra takde gambar sendiri untuk entri kali ni. Kebetulan rajin nak update. Actually, banyak draf Tyra tak post. Fikir-fikir balik, bila lah nak siapkan then post-kan dia. *wondering on myself*

 Till then, Wassalam :')

0 person:

Post a Comment