Assalamualaikum :)



Tyra baru reti nak muncul balik. Ni pun rasa malaaaassssss sangat. *banyak kot malas dia* Dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan da pun. Budak-budak UiTM ni termasuk tyra da sibuk kira hari nak balik. Biasalah kannn? :) Tapi dalam dok sibuk happy-happy ni, tyra pulak bengang. Ishhh. Sabar tu rasa dah sampai limit kot. Tunggu nak meletup je. *serious talk bhai* Bayangkanlah kita ni punyalah bersangka baik dengan sorang hamba Allah ni. Yelaa. Tutup buku lama kann? Ingat dia tak buat lah perangai dia tu. Kot-kot dah berubah since tyra tengok dia baik je dengan tyra. Takde masalah bagai nak masam muka ke kan. Rupa-rupanyaa, dalam baik dia tu dia buat kerja **ik dengan tyra. Dia buat balik perangai dia tu buat kali keduanya dan menyebabkan tyra yang susah pulak kali ni. Kalau buat hal tak meyusahkan orang takpe laa. Tyra maafkan je tapi dah tentu-tentu menyusahkan orang. Lepas ni memang tyra takde la nak baik-baik dia lagi pasal hal ni. Kau selfish, aku pun boleh 10 kali selfish dari kau. Tyra malas nak baik-baik dengan dia lagi. Biar lantaklah kau tu! :)

Conclusionnya, kita tak boleh nak bersangka baik sangat dengan orang lain even kawan kita sekali pun. Sekali dia tikam belakang kita memang parahlah cerita dia. Tak boleh nak depends on someone sangat. Kita kena pentingkan diri kita dulu. Tak payah nak baik-baik tolong orang macam hamba Allah yang tyra maksudkan tu. Jadinya, counting days tyra dah terganggu dengan makhluk patut dicampak ni. Sekian :p *Im still hot inside -_-*

Itu sahaja luahkan hati saya yang sedang panas ni. Hahaha
till then, wassalam :)
Assalamualaikum :)

Tiba-tiba Cik Atie Tyra jadi rajin nak meng-update harini. Haha. Minggu ni jelaa. Esok lusa belum tahu lagi. Kot kot Tyra jadi pemalas yaaa amat nak update entri. Kuikui. Okay-okay, stop it.



Harini bersamaan 15 Julai 2013 ialah birthday adik perempuan Tyra yang study dekat InteJ tuu. Alololoo~ Birthday mase puasa ye? Kek takde eh? Birthday akak haritu pun tak dapat kek tau! Baru adil macam ni. :p Happy birthday Wawa yang ke 15 tahun ! Yeaaayyyy! Wawa dah 15 tahun! Hahahaha. May God bless you sis :) Belajar pandai-pandai tu penting tapi nak hidup pun kena pandai. Jangan jadi lurus sangat. Stood up on yourself. Pentingkan diri tu dulu sebelum orang lain. And please jangan dalam pandai tu ade perangai bangang. *erk! perkataan kasar dah keluar dahh* Kalau akak dengan Udyn gurau, tak payah la nak tarik muka bagai, marah-marah semua. Macam lah tak kenal akak dengan abang kau macam mane. Please respect others okayy? Hmm. Good luck for your PMR trial. Do your best! Tak dapat 9A's straight siaplah kau. Akak belasah kau nanti. Hahaha. :D

With my sis Wawa at Jeti Tanjung Dawai

Bila dah duduk jauh ni baru rasa rindu nak gaduh, perang mulut dengan adik-adik. :'( Hahaha. Dah lepas birthday budak pendek ni ade birthday Udyn pulak. Raya pertama lagi tuuu~ Haha. Dulu birthday abah. *mane nak cari kek mase raya pertama?* Yang penting sila jangan mintak hadiah plus kek bagai. Ade kene silat karang dengan den :3 Hahaha. Btw, Happy birthday budak pendek :**

Till then, Wassalam :)


Assalamualaikum :)



Tengok tu tengok tuu. Budak pemalas dah mai dahh. Hahaha. Dah bulan berapa baru nak memunculkan diri ni. Aishh. Balik cuti sem, memang tak sentuh la blog blog ni. Asyik duduk layan novel dengan drama online aje. :3 Sejak masuk U ni, malas nak meng-update memang menggunung laa. Nak edit blog biar kasi matang sikit background dia pun malas. Hahaha. Tunggu cuti sem 3 nanti. Kot malas dah takde. Susah sangat mintak tolong cik Ana kita tuu. Tyra takat simple simple reti laa. Dah masuk advance ni, angkat bendera putih awal-awal. Heee~ Yang tu kita cerita nantilah. Blog tak berapa matang pun bolehh. Asalkan entri dia matang. Lalalalala ~

kamidanramadhan.blogspot.com

Ni dah hari kelima Ramadhan. Best? Alhamdulillah. Dah tahun kedua kat Arau, sem kedua berpuasa kat Arau. Kira boleh terima perbezaan situasi daripada kat rumah dulu. *but still missing home* Kalau mase sem 1 dulu, macam-macam lah nak fikir. Nak beli sahur macam mane, nak berbuka dengan siapa, semuanya lahh. Tapi sekarang, kiranya tyra just relax jee. Tak payah nak pening-pening fikir berbuka ngan sahur bagai. Ramadhan kali ni terasa best sebab dapat berbuka dan sahur dengan roommates berbanding sem 1 dulu kadang kadang je dapat. Yela kan, dorang berbuka dengan coursemate then, hujung minggu balik rumah masing-masing sebab dekat je dengan UiTM Perlis ni. *cerita sadis ni* Untuk Ramadhan kali ni dari 1 Ramadhan sampai sekarang Tyra berbuka dan sahur dengan roommates. Seronok la sebab dapat la cerita menu ni menu tu. Haha. Belum cerita pasal air lagi. Air acik ni sedap la, mahal laa. Lepas tu mula lah nak dibanding-bandingkan. *we hold the consumer right* Hmm. Bazar kat UiTM ni sentiasa penuh dengan student dan orang luar yang nak beli berbuka. Tapi yang tak best-nyaa hampir separuh bazar jual menu yang sama. NASI AYAM! pfttt. Bukan Tyra tak suka tapi tu the most common menu that I had. Cubalah menu yang berbeza sikit. *mengomel aje den ni haa* Akibatnyaa, Tyra dengan si roommates asyik cari nasi kerabu je. Bukan senang nak cari nasi kerabu kalau bukan bulan puasa macam ni. Tu belum air katira lagi. Terjumpa semalam dan beli untuk lepas gian lepas dekat 7 tahun Tyra tak merasa since pindah dari Johor Ke NS. Takde la sesedap kat JB tapi boleh laaa dari tak dapat langsung. :D

 
kamidanramadhan.blogspot.com
Ape-ape pun, puasa tetap puasa. LP tetap LP. Penat macam mane pun tetap kene siapkan LP. Kalau takkkkk, miss An sure mengaum nanti. Seram kot :3 Tu LP engineering, kalau LP cadastral? Sure miss Bai terkah nanti. Perghh. Dugaan belajar betul ni. Hahaha. Cuma Tyra takut Tyra terbuka puasa gara-gara penat sangat. Aduhaii. Mintak jauh la benda-benda macam tuu. *kes malas nak ganti puasa ni* Puasa mase buat kerja luar ni lah mencabar diri, mental semua. Letih macam mane pun, tetap kena buat. Tetap kena siapkan. Markah tu markah!

Err~ Panjangnyaa Tyra mengarut harini. Heheh. Yela, jarang sangat nak update. Macam ni lah jadinyaa. Maaflah, Tyra takde gambar sendiri untuk entri kali ni. Kebetulan rajin nak update. Actually, banyak draf Tyra tak post. Fikir-fikir balik, bila lah nak siapkan then post-kan dia. *wondering on myself*

 Till then, Wassalam :')