Assalamualaikum.
Semalam tyra skype dengan mak. Okay, mak tahu tyra tengah stress giler2 sekarang ni. Hehehe. *kau hado?* Mak cerita la yang dia cerita pasal tyra kat cikgu kat sekolah dia mengajar tu. Then, cikgu tu pun cakap actually stress ni bahaya. Mak sedara dia meninggal sebab stress yang melampau, terlalu fikirkan masalah anak2 dia. Pergh! Mak tyra pun terkejutla kan. Takkan stress boleh bawak mati. So, tyra pun pergi google, Klik page ni, klik blog tu. Heee~ Tyra terjumpa satu blog ni. Kira merangkumi semua laa. Ni dia dari blog jagenmohen.blogspot.com.
Kesan tekanan terhadap kesihatan dan kesejahteraan

Berdasarkan perbincangan di atas, tekanan (stress) boleh memberi 
impak yang besar terhadap aspek keselamatan dan kesihatan seseorang. 
Kesemua impak ini berkisar kepada aspek fisiologi, psikologi, kognitif 
dan tingkahlaku. Ia boleh di bincangkan berdasarkan kepada bebrapa topik
 di bahagian berikutnya.
Apabila individu mengalami tekanan, ia boleh menyebabkan simptom 
yang menjejaskan fisiologi, psikologi, kognitif dan gelagat. Tekanan 
juga boleh berlaku sebagai impak psikologi yang mempunyai komponan emosi
 dan kognitif di mana ia memberi kesan negatif terhadap kesihatan 
seseorang. Oleh itu, tidak hairanlah jika tekanan boleh memberi kesan 
negatif terhadap kesihatan termasuklah meningkatkan risiko penyakit 
jantung, penyakit Muskuluskeletal (Musculoskeletal Disorders-MSD), 
masalah psikologi seperti kemurungan dan habisan tenaga (burnout) serta 
masalah gastrousus. Sebagaimana, yang telah disedari, tekanan yang 
lebihan boleh membawa kepada ketegangan (strain) dan menyebabkan 
kemurungan (depression). Kemurungan kesan daripada masalah dalaman boleh
 membawa gangguan psikolologi (kembimbangan, kesedihan dan kebengkan dan
 cepat marah), fisiologi (tekanan darah dan ketegangan otot) serta 
gelagat (prestasi kerja yang lemah, kemalangan, gangguan tidur dan 
pengambilan alkohol..
Dalam pada itu, kemurungan yang berpunca daripada tekanan boleh 
menjejaskan tahap kesihatan individu. Kajian Pertubuhan Kesihatan 
Sedunia juga menunjukkan antara empat penyebab utama masalah kesihatan 
mental ialah kemurungan. Masalah kesihatan kronik sebegini terjadi 
kerana tekanan boleh dikaitkan dengan takanan darah yang mengalir secara
 berlebihan terhadap dinding arteri. Tekanan darah yang tinggi dan 
berlebihan akan menyebabkan dinding arteri menjadi sempit dan ia 
menyukarkan darah untuk melaluinya. Selain itu, tahap tekanan yang 
tinggi juga mengakibatkan peningkatkan tahap kolestrol dalam saluran 
darah yang boleh meningkatkan takanan darah. Apabila indiidu mengalami 
tekanan, tekanan darah akan meninggat dan menurun. Perubahan yang tidak 
menentu sebegini boleh menyebabkan saluran darah tercedera serta 
berfungsi secara tidak normal. Inilah fenomena fisiologi yang boleh 
menjejaskan tahap kesihatan akibat tekanan. Situasi ini merupakan alasan
 terbaik yang dapat menunjukkan bahawa stress merupakan penyebab utama 
sakit jantung dan terdapat juga kajian turut mengkaitkan tekanan dengan 
penyakit kanser.
Selain itu, indiidu yang mengalami tekanan melampau boleh menjadi 
mangsa kepada masalah kesihatan seperti seperti ketegangan mata, telinga
 berdengung, batuk yang teruk, sakit dada, masalah perut, sakit kepala 
dan ketidakselesaan mukulokeletal.
Di samping itu, Gangguan Trauma Kumulatif (Cummulative Trauma 
Disorder-CTD) boleh berlaku kepada sesiapa yang mengalami tekanan 
melampau. Apabila individu mengalami CTD, pergelangan tangan menjadi 
kebas kerana peredaran darah ke saraf anggota badan terganggu. Anggota 
mana yang akan berasa kebas bergantung kepada bahagian otak kerana 
setiap saraf pada otak mengawal anggota badan yang berbeza. Kesemua 
masalah kesihatan ini bolaeh dikategorikan sebagai CTD atau gangguan 
muskulosketal ( Musculosketal Disorders- MSD)
Sementara itu,.mereka yang mengalami tekanan mudah merasa sakit 
kepala, sakit pada bahagian belakang badan, merasa kurang sihat, cepat 
berpeluh dan mempunyai kadar denyutan jantung yang laju dimana boleh 
memberi kesan terhadap kesihatan individu itu sendiri. Selain itu, 
seseorang akan berasa tidak begitu sihat dan mengalami masalah tidur 
iaitu insomnia yang merupakan salah satu penyakit yang boleh menyebabkan
 seseorang itu mengalami masalah sukar untuk tidur. Individu terbabit 
turut mengalami cirit birit dan rasa kering pada bahagian tekak dan 
mulut dan gangguan kesihatan.
Melalui aspek perasaan,seseorang individu itu akan mudah merasa 
bimbang dengan setiap keadaan yang dilalui. Individu itu takut akan 
sesuatu yang dilihat boleh menjejaskan keselamatan dirinya dan boleh 
memudaratkan dirinya.Individu ini menjadi seorang yang mudah terasa 
dengan orang lain, moody dan dingin dengan masyarakat keliling. Individu
 ini juga dilihat tidak mampu mengawal perasaan apabila berada dalam 
keadaan tekanan yang sekaligus boleh mengundang trauma kepada individu 
terbabit. Individu yang mengalami tekanan perasaan ini kurang untuk 
bergaul dengan masyarakat keliling dan sentiasa memikirkan 
perkara-perkara yang negetif.
Kongnitif adalah aspek kedua yang merupakan kesan tekanan terhadap 
kesejahteraan hidup. Kongnitif lebih melibatkan pemikiran seseorang itu 
berfikir,mempersepsi dan membuat tanggapan dirinya dimana ianya dilihat 
sebagai seorang yang tidak mepunyai keyakinan. Apabila seseorang 
individu itu mengalami tekanan maka individu itu merasa rendah diri 
apabila berdepan dengan orang lain. Selain itu, seseorang individu yang 
mengalami tekanan tesebut turut merasai ketakutan dan kegagalan dalam 
melakukan tugasan yang diberikan. Individu tersebut tidak memberi 
keupayaan dalam memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran, 
pekerjaan dan sebagainya. Individu  yang mengalami tekanan ini seorang 
yang sentiasa berfikir dan asyik termenung bersendirian dan pelupa 
terhadap apa yang dilakukan. Selain daripada itu, individu yang 
,mengalami tekanan ini selalu bimbang akan masa hadapannya dan kerap 
berasa runsing untuk setiap perkara yang dilakukan dan ini sangat 
berbahaya kepada sesebuah syarikat kerana boleh menyebabkan kejatuhan 
produktiviti dan prestasi yang sekaligus akan memberi impak kepada 
sesebuah syarikat. 
Aspek yang seterusnya adalah menerusi tingkahlaku. Individu yang 
mengalami tekanan ini akan menunjukkan tingkahlaku yang kurang 
menyenangkan dan boleh menakutkan masyarakat yang berada 
disekelilingnya. Antara gejala yang dapat dilihat apabila seseorang itu 
mengalami tekanan menerusi aspek ini adalah, individu terbabit akan 
merasa hilang selera makan, sering mengertap gigi, mengambil minuman 
alkohol ataupun dadah serta sering merokok tanpa mengira waktu. Individu
 yang merokok ini akan merokok kerana dipercayai mampu memberi kelegaan 
terhadap diri mereka dan di katakan boleh menghilangkan sedikit tekanan.
 Maka, tidak hairanlah jika mereka yang mengalami tekanan sering 
merokok. Selain daripada itu, individu yang mengalami tekanan akan 
menangis tanpa sebab dan akan ketawa dengan nada yang kuat dan gementar.
 
RUJUKAN
Ma’rof Redzuan, Haslinda Abdullah.2002. Psikologi . Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Glaser, Kiecolt. 1994. Human Stress and Humanity.
http://myais.fsktm.um.edu.my/2846/1/Vol12(1)-Zafir.pdf  ( 16.01.09)
http://www.scribd.com/doc/6627225/SIM-2209-BAB-3-Kesihatan-Kesejahteraan-Keberkesanan-Organisasi ( 16.01.09)
http://kubangpasuturn.blogspot.com/2008/04/kesan-stress-dalam-kehidupan.html
( 20.01.09)
Banyak giler kesan dia. Yang tyra highlight-kan tu, perkara-perkara yang selalu jadi kat tyra terutamanya bila dah mula kelas, LP, assignment dan report. Kadang-kadang makin menjadi-jadi. Macam mane nak hilangkan stress ek? Kita pergi google duluuu~ *kalau rajin nak baca laa* 
till then, wassalam.
 
 
jgn stress sngt...bruk akbtnya.. i have see all this..smpai de yg jd giler.. seseorg itukna pndai manage dia..klau blh jgn sesekali mkn ubt penenang tu... itu bkn lg menenangkn..bla ubt tu dh hbs dosnya.. stress tu dtg blk jga... mnage stress pntg
ReplyDeleteai ai hana ! hee. kerja sikit tu yang buat stress hana. buat ni salah, yang tu salah. hmm
ReplyDelete