Tahniah calon SPM batch 2013

Assalamualaikum.



Heee. Lambat giler nak update entri. Padahal dah lama tak update apa-apa. Sorry. Ke'busy'an melanda bila dah naik semester ni. Blog pun dah lama tak diselenggara. Hahaha. Ayat giler standard. *Time ni nak cari Ana. Ngeh ngeh.*

Okay okay. Nak cerita pasal result SPM yang keluar hari Khamis hari tu, 20 March. Tyra amik tahu pun sebab ada adik yang nak amik result. Kalau tak, hari result keluar baru tyra tahu. Kekeke. Tyra bukan nak ulas pun result dorang baik ke drop ke sebab tyra pun bukan straight A's pun. Apa-apa pun tahniah kat adik-adik yang dapat result baik dan kalau kurang baik bukan bermakna kita ni tak pandai, cuma bukan rezeki kita lagi. Heyy, siapa kata SPM teruk kita tak boleh berjaya? Orang takde SPM pun mampu berjaya. Usaha dulu, pulangan dia Allah yang tentukan. Percaya dengan rezeki Allah. :) Mentaliti orang kita, result teruk, kau bodoh, kau tak boleh berjaya. Lagi satu, kalau tak masuk IPTA or IPTS yang ternama, kita pun dianggap tak pandai atau kurang pandai. Tak semestinya. Nak berjaya kena masuk matrik, universiti yang grand-grand. Silap sangatlah tu. Kalau dah takde rezeki nak masuk, nak buat macam mana. Kita dah usaha kann? Dapat tempat yang bagus satu bonus. Kalau tak dapat tu satu cabaran untuk kita untuk lebih berjaya. Kenapa nak nak pandang rendah kat orang lain? Dah tentu ke kau universiti ternama kau dapat kerja yang bagus-bagus? Kalau Allah tarik semua tu macam mana? So, dapat belajar kat mana pun, kita belajar je. Ilmu tu tetap Allah yang punya walaupun kau belajar kat kolej biasa. Jangan rasa frust macam tak percaya aturan Allah.

Tyra pernah kenaa psycho, sebab tak masuk matrik tapi masuk UiTM. Why? UiTM tu hina sangat ek? Tyra pilih UiTM sebab tyra tahu tyra tak boleh struggle kat matrik dan hati tyra kuat nak pilih UiTM. Dah solat Istikharah pun tyra dapat petunjuk untuk pilih UiTM. Jadi kat sini, tyra nak bagitahu, jangan takut buat pilihan. Buat ikut kemampuan kita, pilihan hati kita sendiri. Jangan ikut pilihan orang lain. Nanti kita sendiri yang menyesal. Pedulilah orang nak kata apa. Kalau nak jawab jugak, kata kat dorang "Suka hatilah, aku yang nak belajar". Erkk. Kalau parents yang tanya, jangan jawab macam tu. Mampus kena hambat karang. Kekekeke. Fikir masak-masak. Ada 8 pilihan kan? Pilih yang kita nak, kita suka. Btw, kalau tak familar course tu, pergi goole dulu ke buat research ke. Haaa. Lupa nak bagitahu. Kalau rasa macam tak puas hati dengan result tu, buat recheck balik. Manalah tahu boleh naikkan grade. Lagi kalau yang dapat D tu. Jadi credit pun okay :) Buat ikut rasa hati kita dan fikir betul-betul setiap keputusan kita tu.

Panjanglah hai tyra membebel hari ni. Kekeke. Sebenarnya risau dengan adik tyra tu. Aish. Tu yang menaip panjang jeee. Dah time dia amik result, tyra tak balik rumah sebab study week untuk final. So, sampai sini jelaa :) Tahniah untuk semua calon SPM batch 2013. Good luck!

P/s : adik-adik yang jumpa entri akak pasal update UPU tu harap jangan tanya soalan yang akak tak mampu jawab. Tu masa akak amik result SPM bacth 2011. So, ada yang akak tahu dan tak tahu. harap faham ye :)


Till then, Wassalam.

1 comment: