Assalamualaikum readers.
Tiba-tiba muncul balik budak ni kan? Raya haritu tak reti nak update. Yelaa, cuti seminggu. Lepas tu kat rumah tak lepas nak buat kerja, lagi-lagi tyra ni baru pindah rumah. Barang ni tak alih lagi tu tak kemas lagi. Assignment? Buat mana yang sempat jelaaa. Al-kisah tak siap, lecturer pun bash kami habis. Hmm. Maaflah miss. Bukan kami je, kelas lain pun tak siap. *tak bestlah gini T_T* So, kesudahnya tyra and the whole class dah stress giler. Isk isk. Bukan tu je, nak kejar due date report ni, survey work yang tu, assignment tu and presentation bagai. Hmm. Makin stresslah kami. Tyra dah fikir lain dah ni. astafirullah. *geleng kepala*
Tyra nak kongsi pasal stress atau dikenali sebagai tekanan. Dok google, terjumpa satu blog forum. Macam menarik je nak kongsi. Heee. Rasanya blog tyra ni boleh tukar jadi blog stress. Hahaha. Sebab dah banyak entri pasal stress je.
Apa itu stres ?
Stres = tekanan perasaan
Siapa yang mudah terdedah kepada stres ?
1. Individu yang suka bersangka buruk
2. Kaki gaduh
3. Kerap runsing
4. Terlalu serius
5. Tidak baik dengan rakan sepejabat ( dan jiran )
Punca stres pula adalah dari ;
1. Punca dalaman ( hati yang kotor,ingkar )
2. Pegangan hidup yang negatif
3. Pengurusan kendiri yang lemah ( selalu tidak cukup masa, banyak kerja, melawan ketua dan suka mencari kelemahan orang bagi menutup kelemahan diri )
Individu yang mengalami stres akan ;
1. Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa, hampa, suka-duka bersilih ganti
2. Gemar menyendiri
3. Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
4. Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
5. Kurang kreativiti
6. Pelupa
7. Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
8. Merokok
9. Makan berlebihan atau tiada selera makan
10. Lewat melakukan sesuatu
11. Berubah perlakuan memandu
Selain dari itu kesan stres juga akan ;
1. Mencetuskan keretakan hubungan sesama rakan sekerja/ketua/pelanggan di pejabat
2. Mencetuskan keretakan hubungan sesama keluarga di rumah ( konflik rumahtangga )
3. Mencetuskan keretakan hubungan sesama jiran di rumah /masyarakat/kariah
Cara untuk menangani stres ;
1. Memperbanyakkan membaca al-Quran, kitab agama
2. Memperbanyakkan solat, zikir
3. Beriadah dan bersukan
4. Mengawal diet
5. Mandi air suam
6. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7. Melakukan yoga
8. Bersedekah
9. Bersyukur dengan apa yang diperolehi ( reda )
10. Muhasabah diri ( penyucian minda - ingatkan mati, nilai semula pegangan, minta bantuan dari pakar/ahli agama )
11. Berehat - bercuti dan bersantai
12. Selalu tersenyum
Rumusan dari Pembentangan Kertas Kerja bertajuk PENGURUSAN STRES di Bengkel Pengurusan Stress Menurut Perspektif Islam di IKIM oleh Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
( Berita Mingguan 04 Julai 2004)
Amacam? Macam kena kat kita balik kan? Rasanya semua orang ada masalah stress cuma cara kita tangani dia je yang berbeza. Lagi satu, tyra rasa menarik is dalam budaya melayu tak ada perkataan yang menepati makna stress dalam
bahasa inggeris. Terjemahan paling hampir ialah "tekanan', tapi itu tak
tepat. Stress adalah lebih merupakan 'perubahan suasana dari suasana biasa
kepada suasana luar biasa yang memberi kesan kepada jiwa '. contohnya,
dapat naik pangkat pun stress juga. begitulah juga dgn tetiba menang
satu peraduan pun dikira stress juga. stress tak semestinya berbentuk
negatif seperti stress kehilangan orang yang tersayang.
Haaa. This what I like about reading than calculation. Banyak information kita dapat. kekeke. Heyy, I still love biology, physiology! Even budak geomatik gemar noh kat calculation tapi tulaa tyra tak suka calculation. Erk. Off topic.
Kalau rasa-rasa nak baca forum ni lagi, klik ni ni okayy (y) Sembang2 Melayu
p/s : Tyra stress tyra usha dorang ni kejap. Lepas tu baru buat kerja. Hehehe.
Till then, Wasalam.
0 person:
Post a Comment