Assalamualaikum readers.
Hui huiii. Masa-masa practical nilah semangat nak update entri bagai. Rajinnya rasaaaaa~ *Sumpah poyo giler aku ni* Hakhakhak. Biarlah asal bahagia :p Kira-kira dah masuk dekat 2 minggu tyra praktikal dekat UPM ni. Haaaaa~ Rasa macam gayat pulak kann? Yela, selalunya rasa UiTM Perlis tu dah cukup besar dah. Bila jalan-jalan dekat UPM ni, berani cakap aku boleh sesat kalau tak tengok signboard. lagi-lagi zaman ni ada waze. Hohoho. Errr~ Bila nak masuk topic ni? *Dushh dushh dushhh*
Heee. Nak bercerita pasal pengalaman tyra dengan student international dari South Africa. Haaa~ *Dekat UiTM Perlis takdakk* Tyra takde niat nak burukkan sesiapa tapi buat satu pengajaran biar kita ni berhati-hati sikit. Bukan semua international student gituu tapi adalah tercicir sorang dua mungkin. Hohoho. Masa hari Isnin haritu, supervisor kitaorang ni kata nak pergi site untuk collect data untuk GCP. Data untuk student Prof. Shattri. Still okay lagi. Bila dah masuk kereta, supervisor kami ni tinggalkan kejap untuk pergi pejabat. Time nilah, tyra rasa dah lain macam. Masa dok sembang-sembang, dia tiba-tiba tanya pasal boyfriend. Dengan rasa bersangka baik, katalah takde. Then, dia pun cakap dia suka Malay girls. Both of us! *Giler kauuu* Dengan tanpa rasa segan silu kata nak tunggu kitaorang berdua, nak kahwin dengan kitaorang. Erghhh. Bukan diskriminasi kaum ke bangsa ke hape. Kalau suka boleh masuk minang terus ke hape tapi respectlah kami ni. Dah dengan mintak ID facebook lagi plus nomber phone. Tak nak kecikkan hati sangat, ID facebook bagi jelaaa. Kau add belum tentu aku approve. Hahaha. *Terasa jahat kat sini* Nombor phone kitaorang bagi nombor lain. Sebab bila kata tak boleh kata kita ni tak suka nak kawan dengan dia. *Heh. Desak-desak kita pulak.* Bila supervisor kitaorang masuk tanya dia dah terangkan pasal GCP collection kat kitaorang, dia menipu kata dah. Woohhh. Sikit pun tak terangkan. --'
Dekat site pulak, alat tu boleh je ambil tak payah nak terpegang tangan kitaorang. Gedik jugak nak pegang. Duduk nak dekat sampai gesel bahu. Hamboi~ Lebih ni. Kalau dia kata dia bukan Islam, aku faham tapi beragama Islam. Kalau supervisor kitorang takde, keluarlah ayat romantik nak muntah dia tu. Tiba je pasal tulung rusuk kiri. Helloooo~ Tak lut lah. Jadi insecure kitaorang dengan dia kalau supervisor takde. Tiap kalilah kata "I will message you I will contact you" Hohhhh. Budak lelaki lain pun tak gituuu. Siap mengajak kitaorang keluar Mines Sabtu ni dengan dia. Wohhh. Sesuka hati je. Ingat aku ni terdesak sangat ke nak kawan dengan orang gituuu. *geram teramat sangat ni*
Kesudahnyaa, tyra diam je. Buat poker face. Haaaaaa~ Takdelah dia rasa dilayankann? Hahahaha. Esoknya terus reti nak jaga batas. Hehh *Muka bangga* Tahu dah kot orang tak suka dia gedik menggeletis gituu. :p
We as Malay girls especially kena pandai nak elak orang gini. Lagilah bangsa asing, guna nama Islam tapi buat gangguan seksual dok sentuh-sentuh. Kalau hebat, kita silat gayungkan dia. Hooooooo. *Evil smileeee* Buat baik jangan sampai ada ambil kesempatan. Tak kiralah bangsa apapun tapi beza bangsa asing dengan orang Malaysia, dorang tak tahu budaya kita sangat. Walaupun dah 2-3 tahun duduk Malaysia, dorang tak mahir adat kita. So, jaga-jaga kalau berkawan dengan sesiapapun. Heeee. :) *kita dah macam guru kaunselor dah. Hahaha*
Till then, Wassalam.
0 person:
Post a Comment