aku tak nak cite panjang..cuma nak kongsi satu berita sedih..berita ni berlaku masa habis cuti raya 5 sept 2011..dan aku dan mak aku baru tahu tadi (20 sept 2011)..tak sangka sangat..aku kenal sangat dengan family dorang..dan satu sekolah dengan dorang kat SK Simpang Renggam, Johor..ketiga-tiga arwah memang student yang pandai dan antara anak cikgu yang aku kenal mase kat SKSR..sape tak kenal anak cikgu Sopiah yang pandai, putih dan hensem, baik pulak tu..aku kenal so-so dengan arwah zakwan dan arwah zahinudin..dorang kiranya taraf abang aku..tapi aku pernah lepak dengan arwah zahinudin dan anak-anak cikgu lain kalau ade aktiviti kat SKSR..mase tu plak aku baik (tak la baik sangat) dengan anak cikgu jamiah, tak silap firdaus nama dia..arwah memang baik..tapi Allah lagi sayangkan dorang..aku pernah dengar yang 'anak ni pinjaman dari Tuhan dan Dia akan ambil kembali mereka satu hari nanti"..mase mak call cikgu jamiah, cikgu cakap cikgu sopiah ade anak lelaki sebaya irfan (adik aku)..mak dan aku tak kenal sebab mase budak tu lahir kami da pindah JB..tadi mak cakap yang dia teringat-ingat rupa arwah zakwan..sebabnya dia pernah ajar arwah dulu..aku simpati sangat kat cikgu Sopiah..walaupun dia tak ajar aku dalam kelas, tapi dia baik dengan aku..aku memang dapat berita ni sangat lambat..btw, ni berita dalam akhbar bharian yang kebetulan mak aku jumpa tadi..
3 beradik harapan keluarga maut
Oleh Junita Mat Rasid dan Umi Nadirah Abdul Rahman
bhjb@bharian.com.my
2011/09/05
SIMPANG RENGGAM: “Merekalah harapan keluarga saya di masa depan, namun semuanya hilang sekelip mata,” rintih bapa tiga beradik yang terbunuh dalam nahas jalan raya dekat Pekan Yong Peng di sini, awal pagi semalam.
Tiga beradik itu menaiki kereta Perodua Kancil manakala bapa mereka yang juga anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) Balai Polis Simpang Renggam, Kluang, Koperal Patah Raji Muhamad, memandu sebuah lagi kereta bersama isteri, Sopiah Azmi, 48 dan dua lagi anaknya mengekori tidak jauh di belakang.
Patah Raji berkata, Ahmad Zakwan, anak sulungnya sepatutnya mendaftar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini, bagi mengikuti pengajian jurusan bioteknologi manakala Ahmad Zahinuddin, sepatutnya berlepas ke Mesir, Selasa ini bagi mengikuti pengajian jurusan sama selepas mendapat tajaan Petronas.
“Mereka menjadi harapan keluarga kerana cemerlang dalam pelajaran masing-masing. Malah anak keempat saya yang turut terkorban dalam kemalangan itu, Ahmad Zarif, 12, memperoleh keputusan 5A dalam percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
“Saya tidak menyangka kehilangan tiga anak serentak kerana ketika kemalangan berlaku, jarak kereta yang saya pandu bersama isteri, Sopiah Azmi, 48, dan dua lagi anak kami hanya kira-kira 200 meter,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian tiga beradik itu dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Taman Purnama, di sini, selepas solat Zuhur, semalam.
Turut melawat keluarga mangsa di Taman Renggam Jaya termasuk Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal.
Bapa saudara tiga beradik terbabit, Mohd Yusuf Stapa, 46, berkata ahli keluarga yang tinggal di Kampung Limau Hantu, Pangkal Meleret, Machang, terkejut dengan khabar mengenai nahas itu.
“Kami dapat tahu selepas solat Subuh pagi ini. Saya sangat terkejut.. tidak sangka mereka yang saya jumpa ketika hari raya di kampung pada Selasa lalu sudah tiada lagi. Saya perasan yang Ahmad Zakwan lebih pendiam sepanjang raya kali ini,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata kemalangan berlaku apabila Perodua Kancil yang dinaiki tiga beradik terbabit bertembung sebuah Proton Saga dari arah bertentangan.
“Pemandu Proton Saga yang berusia lingkungan 20an yang terbabit dalam kemalangan itu turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital sama,” katanya.
kejadian ni mengingatkan aku balik kat batalion 5, sk simpang renggam, kluang dan especially pekan simpang renggam..
lencana SK Simpang Renggam
aku ingat kolam tuu~
pekan Simpang Renggam..
mase kecik aku suka sangat naik jejantas tu..
sesungguhnya ajal itu tidak mengira sesiapa, sama ada besar, kecil, tua, muda, kaya, miskin..Allah berkuasa ke atas kita hambaNya..semoga roh ketiga-tiga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..AMIN~ kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk mereka...wassalam..
0 person:
Post a Comment