Assamualaikum readers.



Okay, straight to the point! Hehehe. Actually, tyra dah perasan lama pasal ni tapi tak rasa kata apa-apa. *Nervouslah tuuu. Heehhh* "Ujian Komputer KPP" Kenapa dengan ujian ni? Takdelah, tyra perasan searchword dan pageview tyra banyak pasal ujian ni. Alahai, wahai sayang-sayang sekali. Entri tyra pasal Ujian KPP ni masa zaman-zaman lepas SPM dulu dan tyra cuma update pasal perasaan dan pengalaman tyra. Haaaaa~ *Bebudak lagi masa tu* Nak tahu apa tyra update masa tu, baca sini -> Ujian Komputer KPP Kadang-kadang rasa kesian pulak korang dok search tapi satu soalan KPP tak keluaq kat google ni. Hahaha. Lagi-lagi blog tyra ni lah haa. xD Everyday, only the same searchwords that appear on my blog. Tak caya? Nah! Setepek!


Pageviews pun sama. Keywords ni tak pernah turun takhta lagi. Hahahahahaha *aku bagi crown nanti*


Haaa. Nampak dah kann? Tetap top three tu! I wonder if korang betul dapat soalan KPP tuu? Actually, soalan dia dah ada dalam buku ujian komputer KPP yang korang beli tuu. Buat yang tu je. Masa tyra amik lesen dulu, tyra jawab soalan tu berulang-ulang sampai lunyai aku kerjakan buku tuu. *Semangat nak lulus punya pasal!* Soalan tu tak mungkin keluar kat google sesenang gituu. Even, masa amik ujian kat myEg pun ada CCTV. Tak menyempat korang nak bawak phone keluar and snap the questions and then upload on the media social. Lepas tu, letak caption "Kita nervous lah jawab soalan KPP ni. Susah gilerrwwwwww. Doakan kita lulus eh?" Erk! Dalam 45 minit korang akan sentiasa di pantau dalam CCTV tuu. Dah la akak-akak myEg tu muka ketat je *Tatut itewww. Gedik pulak aku. Dush dush dush* 

Sebab kesian kat adik-adik yang nak amik ujian KPP ni, *ade akak-akak ke abang-abang ke kengkawan kee. Errrr~* tyra bagi tips sikit okay? Hahaha. Padahal amik ujian tahun 2011. *Yarabbi! lama dah kotttttt* 

1. Masa kelas KPP, kalau boleh awal-awal tu jangan tidur. Kalau boleh sampai habis tahanlah mata even mengantuk. *sebab tyra tersengguk-senguk tahan ngantuk* Ada point sometimes akan keluar masa KPP.
2. Buku undang-undang jangan lepas habis kelas campak pulak. Belek-beleklah banyak sikit. Sebab tu yang akan keluar masa ujian.
3. Kalau cikgu sekolah memandu korang offer beli buku latihan ujian komputer KPP, korang beli jeee! Tengok contoh soalan dia.
4. Balik rumah, buat soalan tu berdasarkan apa yang korang tahu dan dengar masa kelas then semak jawapan. Buat sampai habis buku tuu! *Jawab on paper lain, senang nak repeat jawab*
5. Repeat jawab soalan dari buku tadi. Kali ni. sambil jawab, sambil cari jawapan dalam buku undang-undang tu. Kecuali, soalan mata tu lah haaa. Dah siap semak lah. Maybe ada yang salah jugak, cari jawapan yang tepat dan kenapa salah.
6. Kalau sekolah memandu korang ada sistem komputer ujian KPP, rerajin datang dan cuba buat. Walaupun takde kelas memandu pun masa tuu. *tyra try buat before pergi myEg and I got 90 marks and above. Wuuweeewuuuu*
7. Korang buat soalan ni macam nak jawab SPM. Hahahahaha. Serious boleh lulus dengan markah 50/50. 

Hmm. Ni jelah kot masa tyra buat masa nak amik ujian KPP. Tu dapat 50/50 *Bangganya itewwwww. Please tyra gedik giler kauuu* Kalau ada masa lelebih, buat contoh soalan tu beribu kali pun takpeeee. Heh! Alah, kalau tak dapat 50 pun takpe. Asal kau lulus sudah. Dah boleh berangan-rangan nak belajar pegang stereng kereta tuu. Weyh, penat tyra perah otak pasal ujian KPP ni. Hello, this is December 2014 and I took this test on December 2011. Kesian kat tyra kesian kat korang. Harap benda ni bergunalah untuk anda-anda yang nak amik ujian KPP tuu.

Till then, Wasalam


Assalamualaikum readers. :)



Haaaaa~ Tajuk dia. Hamik kauu! Heheheh. Macam pakar sangat tyra ni kann? Sebenarnya nak kongsi sikit apa yang tyra tahu. *Ecececeee~ Bajet aku nih* Actually, muka tyra ni takdelah sesuci muka artis-artis korea nuhh. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah muka tyra teruk dengan jerawat plus resdung ni. Bersih pepagi, selesama kadang-kadang. *Benci kalau ni jadi!* Muka surelah terukkan? Sampai malu giler nak face to face dengan orang. *Maluuuuu~* Kena kutuk tak payah cakaplah. *Sadis weyhhhh :'(* Dah macam-macam produk pakai. Satu pun tak elok even yang oversea punyaa. Tengok tuuu. Jerawat plus resdung ni bukan kau boleh grab produk dekat supermarket macam tuu. Tak pasal-pasal makin teruk jadinyaa. Jerawat dan resdung benda lain tapi dia boleh berkait :)

Apa itu jerawat (Acne):
  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.

Apa itu resdung (Sinusitis)
  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.

So, masa naik sekolah menengah tyra cuba pakai ubat klinik pakar kulit. Okay bila makan ubat plus pakai krim dia. Tapi klinik kan? Krim dia terlalu menghakis sampai boleh luntur warna beg. So, tyra stop guna ubat klinik. Lepas tu, tyra start pakai produk yang untuk resdung. Masa mula-mula muka dah start okay, dah tak teruk gilerr tapi jerawat sentiasa naik. *Belum sempat fefeling nak bahagia tauuu* Acik kedai jamu tu suruh tyra cuba makan ubat resdung Nosygone Sendayu Tinggi.


  • Digunakan secara tradisional bagi melegakan resdung, gatal-gatal pada muka dan jerawat
  • Herba diolah dari Kulit Gelang, Pucuk Manis, Akar Sila, Daun Wali dan Jeragau serta pelbagai herba terpilih.
  • Membunuh kuman penyebab resdung serta jerawat serius.
  • Melancarkan perjalanan darah bersih pada wajah.
  • Membaikpulih tisu-tisu yang telah rosak akibat jerawat.
  • Mengilangkan kotoran serta bau busuk dalam hidung akibat jerawat.
  • Mengeluarkan kahak dan lendir resdung.
  • Sebaiknya diamalkan bersama kapsul Lucimax dan Spirulina untuk kesan lebih baik.

Alhamdulillah, lepas makan dekat 6 bulan resdung tyra makin elok. Tapiiiiii *berapa banyak tapi daaa* jerawat tak berapa elok lagi. Isk iskk. :'( Pergi lagi kedai jamu tu, hehehe, acik tu suruh cuba produk Oil & Acne Series Sendayu Tinggi. Walaupun agak mahal bagi budak sekolah macam tyra masa tuuu, demi muka terchenta ni, kita cubalah jugakkk *emak bayar pungg. Ngeh ngeh ngeh*


  • Set penjagaan khusus untuk kulit berminyak dan berjerawat. Set lengkap ini masalah kulit jerawat kronik, biasa atau jerawat resdung. Diformulasi daripada ekstrak Tea Tree Oil yang bertindak lebih berkesan untuk membunuh bakteria jerawat, memgecutkan jerawat, mengecilkan liang pori serta mengatasi masalah kulit berminyak. Hasilnya kulit kembali jadi lebih licin dan bebas jerawat seawal 7 hari.
  • Set percubaan ini mengandungi
  1.  Acne Deep Cleanser
  2.  Acne Deep Toner
  3.  Acne Powder
  4.  Acne Concentrated Serum

Hasilnyaa? Yeahhhh, Jerawat dah hilang tapi lepas 2 tahun guna produk ni. Even lambat sikit kesan dia tapi tyra puas hati sangat *lompat-lompat macam kekanak rebena* Rasanya tyra memang serasi dengan produk Sendayu Tinggi. Produk ni ikut orang jugak, kadang-kadang ada yang tak okay dan ada yang okayy. Yang penting kena usaha dan ikhtiar :) Kalau tak usaha mana dapat hasil. Berbaloi kot. *Bertahun merana muka tak okayy :'(* 
Sekarang ni tyra guna produk muka untuk hilangkan parut tapi still makan Nosygone dan prepare Oil & Acne Serum. Yelaa, kekadang cik acne ni naik jugak kalau muka berminyak, stress memanjang plus tangan gatal nak sentuh-sentuh. *Rasa nak ikat-ikat tangan sendiri*





AC-NE Tablet dengan AC-NE Scar toner sebenarnya produk baru Sendayu Tinggi. Still mencuba lagi. Rasanya makin okay sikit kottt~ Haha. Padahal baru pakai. :p Kalau menjadi, tyra bagitahu. Hohoho. Sebab sebelum ni, dekat 3 tahun tyra guna produk lain berasaskan aloe vera tapi produk tu susah giler nak jumpa bila dah pindah ni. Jadi, bagai sirih pulang ke ganggang, tyra pakai semula ST. *Poyonyaaa akuuuuu*

Rasa-rasa macam okay je produk ni, cubalah *Cehh! Boleh jadi promoter ST ni* InsyaAllah, berhasil. xD

Till then, Wasalam.

P/s: New update on my acne journey -> Hilangkan Jerawat (All Using ST Products)

Assalamualaikum readers.



Hai hui hoi~ Hahaha. Feeling lelebih harini. Heee *Feeling bosan plus sakit hati. Haaa.* Nak tahu kenapa? Student phD international tulahhh. Tyra ada post entri pasal dia  sebelum ni. Rasa nak baling batu je kat dia tapi padang golf manalah ada batu *Eeeiiii! Bengang kot* Hahaha. Akibat buat field work dengan dialah ni. Hmm.

Okayy, kita nak cerita pasal cikgu sekolah tyra masa sekolah menengah dolu-dolu.*Eh, macam lama sangat tinggalkan sekolah tu ;p* Sebenarnya khabar berita ni dah tahu masa cuti Sabtu lepas 6 Dec tu tapi baru nak post :D Takpelah, asalkan post jugak kann? Hehehe. Tyra nak ucapkan tahniah dekat cikgu Elmy Azizan yang baru naik pangkat untuk jadi pengetua. Haaa. Tahniah cikguuuu~ *Please bayangkan ada belon-belon, conefi?? Errrr, alah kertas celebration tulah* Tyra tahu pun dari group alumni sekolah menengah tyra. Hehehe. Padahal, post tu malam sebelumnyaa. Biasalah tuu. Kategori orang malas nak scroll facebook. Hoho. Rajin tengok notification lepas tu tutup. Haaa. Kejap. Kenapa tak percaya ke? Betul ke cikgu nak pindah? Errrr~ Nah bukti!




Cikgu Elmy antara cikgu terlama dekat sekolah serting hilir tuu. So, ramailah anak-anak murid yang kenal dan ingat cikgu. Lagi-lagi cikgu Elmy sporting orangnya tapi garang bila pasal langgar peraturan sekolah. Heee. Tak pernah kena rotan lagi dengan cikgu Elmy. Hohoho. *Nampak tak aku student yang baik sebenarnya?* Masa tyra sekolah masuk sekolah serting cikgu Elmy bukan GPK tapi masa tyra tingkatan berapa ntah *Serious tak ingat, lupa semua bagai* cikgu memangku jadi GPK dan terus jadi GPK. Haaaa. GPK koku tau tau tauuuu? Cikgu yang galakan aktiviti kawad semua ni. Errr~ Sport lain pun okay? Tyra budak kawad, so, memang kawad jelah yang banyak tahu. Hoho. Cikgu jugak mengajar subjek sejarah masa tyra tingkatan 5 Science. Best! Serious best! Takde masa nak menguap ala ala mulut gajah ke mulut buaya ke mulut ikan jaws ke. Takde okayy? Semua fokus je dalam kelas. Hehehe. Bagus tak? Rugi tak belajar dengan cikgu Elmy. 

Actually, kalau pasal cikgu Elmy memang berkaranganlah aku nak taip. Hohoho. Kalah bahasa Melayu. Apa-apapun tahniah cikgu :)

Till Then, Wassalam

Assalamualaikum readers.



Hui huiii. Masa-masa practical nilah semangat nak update entri bagai. Rajinnya rasaaaaa~ *Sumpah poyo giler aku ni* Hakhakhak. Biarlah asal bahagia :p Kira-kira dah masuk dekat 2 minggu tyra praktikal dekat UPM ni. Haaaaa~ Rasa macam gayat pulak kann? Yela, selalunya rasa UiTM Perlis tu dah cukup besar dah. Bila jalan-jalan dekat UPM ni, berani cakap aku boleh sesat kalau tak tengok signboard. lagi-lagi zaman ni ada waze. Hohoho. Errr~ Bila nak masuk topic ni? *Dushh dushh dushhh*


Heee. Nak bercerita pasal pengalaman tyra dengan student international dari South Africa. Haaa~ *Dekat UiTM Perlis takdakk* Tyra takde niat nak burukkan sesiapa tapi buat satu pengajaran biar kita ni berhati-hati sikit. Bukan semua international student gituu tapi adalah tercicir sorang dua mungkin. Hohoho. Masa hari Isnin haritu, supervisor kitaorang ni kata nak pergi site untuk collect data untuk GCP. Data untuk student Prof. Shattri. Still okay lagi. Bila dah masuk kereta, supervisor kami ni tinggalkan kejap untuk pergi pejabat. Time nilah, tyra rasa dah lain macam. Masa dok sembang-sembang, dia tiba-tiba tanya pasal boyfriend. Dengan rasa bersangka baik, katalah takde. Then, dia pun cakap dia suka Malay girls. Both of us! *Giler kauuu* Dengan tanpa rasa segan silu kata nak tunggu kitaorang berdua, nak kahwin dengan kitaorang. Erghhh. Bukan diskriminasi kaum ke bangsa ke hape. Kalau suka boleh masuk minang terus ke hape tapi respectlah kami ni. Dah dengan mintak ID facebook lagi plus nomber phone. Tak nak kecikkan hati sangat, ID facebook bagi jelaaa. Kau add belum tentu aku approve. Hahaha. *Terasa jahat kat sini* Nombor phone kitaorang bagi nombor lain. Sebab bila kata tak boleh kata kita ni tak suka nak kawan dengan dia. *Heh. Desak-desak kita pulak.* Bila supervisor kitaorang masuk tanya dia dah terangkan pasal GCP collection kat kitaorang, dia menipu kata dah. Woohhh. Sikit pun tak terangkan. --'


Dekat site pulak, alat tu boleh je ambil tak payah nak terpegang tangan kitaorang. Gedik jugak nak pegang. Duduk nak dekat sampai gesel bahu. Hamboi~ Lebih ni. Kalau dia kata dia bukan Islam, aku faham tapi beragama Islam. Kalau supervisor kitorang takde, keluarlah ayat romantik nak muntah dia tu. Tiba je pasal tulung rusuk kiri. Helloooo~ Tak lut lah. Jadi insecure kitaorang dengan dia kalau supervisor takde. Tiap kalilah kata "I will message you I will contact you" Hohhhh. Budak lelaki lain pun tak gituuu. Siap mengajak kitaorang keluar Mines Sabtu ni dengan dia. Wohhh. Sesuka hati je. Ingat aku ni terdesak sangat ke nak kawan dengan orang gituuu. *geram teramat sangat ni*


Kesudahnyaa, tyra diam je. Buat poker face. Haaaaaa~ Takdelah dia rasa dilayankann? Hahahaha. Esoknya terus reti nak jaga batas. Hehh *Muka bangga* Tahu dah kot orang tak suka dia gedik menggeletis gituu. :p


We as Malay girls especially kena pandai nak elak orang gini. Lagilah bangsa asing, guna nama Islam tapi buat gangguan seksual dok sentuh-sentuh. Kalau hebat, kita silat gayungkan dia. Hooooooo. *Evil smileeee* Buat baik jangan sampai ada ambil kesempatan. Tak kiralah bangsa apapun tapi beza bangsa asing dengan orang Malaysia, dorang tak tahu budaya kita sangat. Walaupun dah 2-3 tahun duduk Malaysia, dorang tak mahir adat kita. So, jaga-jaga kalau berkawan dengan sesiapapun. Heeee. :) *kita dah macam guru kaunselor dah. Hahaha*

Till then, Wassalam.