Assalamualaikum and hi.


Siapa pernah pergi MAHA? *angkat tangann* Maybe pernah yang pernah pergi, maybe tak pergi. Well, MAHA stand for Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show atau bahasa Melayunya Pameran Tanian, Hortikultur dan Argo Pelancongan Malaysia. Ramai tak tahu, sebenarnya MAHA dah berusia lebih 90 tahun dan tahun pertama yang diadakan masa tahun 1923. And kali ni, MAHA akan berlangsung selama 11 hari dari 2 November sampai 2 Disember dekat Maeps Serdang.

MAHA kali ni terbahagi kepada 6 kluster pameran dalam dewan which is agro kluniari, agro pelancongan, agro belia, agro teknologi, produk asas tani dan jualan dan agro makanan.

Untuk pameran luar dewan terdapat 7 laman which is laman padi, laman ternakan perikanan, laman nanas, laman herba dan sayur, laman florikultur dan laman mekanisasim, automasi dan teknologi.

Paling favourites tyra is 13 pavilion negeri yang mempunyai rekaan yang unik. Yang mana rumah negeri ni menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan makanan tersendiri untuk pengunjung.

Selain tu, MAHA juga ada segmen baru macam sumber rezeki baharu, teknologi pertanian terkini, miracle garden, festival kanak-kanak terbesar lolababa, jualan industri asas tani berkonsep hypermarket, kampung digital mok cun dan macam-macam lagi.

So, bolehlah pergi beramai-ramai weekend ni. Tyra pergi edisi 2014 memang seronok even masa tu hujan. Dah malam pun still meriah lagi. Kalau korang suka bunga-bunga, kat sini banyak pilihan nak beli bunga. Lepas tu rambang mata nak beli makanan, semua nak rasa. *makan je tahu hahaha* Even dah penat pun still nak singgah semua pavilion negeri tu. Lagi meriah, kalau pavilion tu ada persembahan, korang boleh join sekali. InsyaAllah, weekend ni tyra pi sini dengan family. Yeaayy!

Info untuk pengunjung MAHA 2018:

  • Ada 7000 petak parking untuk pengunjung.
  • Ada shuttle bas percuma untuk pengunjung dari Putrajaya Sentral, IOI City Mall dan KTM komuter Serdang.
  • Kalau rasa malas nak drive kereta ke MAHA 2018, korang boleh guna perkhidmatan MyCar and guna promo mahamycar2018 untuk dapatkan harga diskaun.


Till then, wasalam.

Assalamualaikum and hi.


Actually, 15 November haritu premier movie Burn The Stage The Movie for BTS. Tyra antara fans yang berperang nak dapatkan tiket wayang tu. *gigihnya lah sis masa ni lol*  Masa announce tiket, website GSC crash and of course la sold out. GSC pun terkejut kot hahahahha. Then dorang open second slot, masa ni berjaya gak dapat tiket and berjaya sold out kan sekali lagi. Hahahahhaha. Okay, movie ni mostly kisah belakang tabir perjalanan konsert Wings BTS dari satu koncert ke satu konsert, kenangan BTS dekat Billboard, gelagat BTS handle kehidupan dorang as kpop idol and most important part is movie ni one of penghargaan BTS kepada fans dorang or known as ARMY.



Fyi, BTS ni idol group dari Korea, kiranya kpop group lah. BTS terdiri dari RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. Tyra actually one of fans dorang ni and dah follow dorang dari 2014 lagi. Agak lambat sikit sebab dorang debut masa bulan Jun 2013. BTS ni debut dengan konsep hiphop and rapper dorang memang underground rapper. So, beza lah sikit dengan rapper dari SM, JYP and etc. Sebab dorang tulis and create lagu sendiri. BTS ni, dorang ni dari small company call Bighit Entertainment. So, masa mula-mula debut tu hype dia kurang even dah ada fans follow dorang before debut and dorang ada consider nak disband. Tapi tula, start 1st menang lagu I Need U masa 2015 sampai sekarang dorang memang gain a lot of achievement such as Billboard award, America Music Award and etc. Okay done introduction pasal BTS. Hehehe.

Tyra dapat tiket pun nuunnnn dekat Berjaya Times Square, KL tu haaa. Padahal rumah dekat Damansara and GSC 1 Utama dengan 3 Damansara lagi dekat kot. Harga tiket? Masa beli tak tengok pun harga dia *nasib duit kat bank cukup hahaha* tahu-tahu kena bayar RM122 untuk 4 tiket. Bila dah settle bayar semua baru check tiket dia, RM30.50 untuk satu tiket. Maka berhuhu lah sis masa tu. Dalam kepala dah fikir, "wuish mahalnya" tapi bila fikir balik, ni kan movie premier mestilah mahal and supposedly tayangan dia untuk 15 November sahaja and satu hari ada satu tayangan untuk satu hall. *Btw, Malaysian ARMY berjaya dapat 3 hari tayangan, 2 ke 3 hall and 1 hari ada dua slot tayangan. Thanks GSC *

Hari kejadiaan 15 Nov tu, tyra tetiba kena masuk real project and ada banyak drawing nak submit haritu. Tyra dengan sorang officemates dah gelabah ayam dah. Tyra buat drawing memang laju giler haritu and dapat siapkan semua before 8.30 malam and movie pukul 9 kot. Tapi officemates terpaksa burn kan tiket sebab still banyak nak siapkan sobs sobs. Pukul 8.15, kawan tyra dari Shah Alam, Syeramie dah sampai depan office, memang tak senang duduk kot. Siap amend drawing, save drawing, shut down pc zupppp thumb print terus blah dari office. Nasib boss tak nampak, kalau tak mahu kena soal jawab. Hehehe. Kebetulan nak ke KL tak jammed sangat and kitaorang sampai pukul 9.00 tepat tapi parking pulakkkk nak cari. Dapat parking terus masuk mall, langsung tak tengok nombor parking *balik sesat terus tak jumpa parking hahah* Berlari cari cinema, naik escalator pun berlari. Hahaha. Mujur sampai dalam hall, movie tak start lagi. Fuhhhhhhhh

Movie tu start dengan BT21 character and ada narrator dari BTS. Then terus masuk perjalanan konsert dorang. Setiap sedutan ada quotes dari BTS. Quotes tu dorang relate dengan perjalanan dorang as idol, as BTS, as 20 years old guys. Cumanya movie ni memang best tapi agak mendatar berbanding Burn The Stage dekat YouTube Red. Maybe sebab banyak nak letak dalam 1 movie. Tapi tyra faham apa yang BTS nak sampaikan kat ARMY yang dorang berterima kasih dengan ARMY sebab sentiasa sokong dorang sampai sekarang. Kejutan terakhir masa movie tu ada tulisan khas untuk fans BTS which is "SPECIAL THANKS TO OUR WINGS, ARMY"


Pengalaman berkumpul tengok movie dengan ARMY yang lain kiranya satu yang tak lupa lah. Bukan senang nak gather sebab minat yang sama. Mula-mula movie, maybe lepas ni konsert BTS pulak. Heee. Special thanks to ARMY hall 9 Berjaya Times Square yang willing nak bergambar sama-sama, Atikah and Syeramie sebab join sekali. Thanks jugak for sweet ARMY yang sanggup distribute banner dengan freebies. Much loves.







 Till then, Wasalam



Assalamualaikum and hi.

Disebabkan sekarang ni asyik hujan je tiap petang, tyra mulalah cari makan yang pelik-pelik. Harini mood nak makan korean chicken. Teringin sangat sampai dalam office pun dok pi Google korean chicken area office ni haa. *Kalau boss tahu, mati sis* Kebetulan office betul-betul sebelah The Starling Mall, tyra pun cari directory mall tu sebab tahu kat situ ada Sopoong and kemungkinan ada kedai korean food. And then, yes memang ada. Which is Nene Chicken.

Apa yang bestnya kedai ni, menu dia memang korean fried chicken. So, bolehlah layan tekak harini. Kat situ, ada 2 jenis pilihan ayam kita boleh pilih which is Mixed Parts dengan Boneless Chicken. And of course, selalunya yang boneless quite expensive compare with other parts. Selalunya tyra memang pilih boneless sebab lagi senang nak makan and tak payah susah-susah kotorkan tangan. *Nanti tangan bau ayam ahahha*So tyra pilih Boneless chicken yang regular and amik Half & Half Flavours and Mixed Part small chicken with flavour. Total semua campur tax around RM45++. Flavour pilihan is Bulgogi and Swicy untuk Boneless and Freaking Hot untuk Mixed Part. Tyra just order ayam semata tanpa combo sebab nak makan ayam je kan? Hahahah.




Nak order dia mudah je, sebab store dia macam ala-ala KFC gituu. Just beratur, amik order, bayar and tunggu makanan kita. Staff akan bagi penggera kat kita. So, takdelah risau tak dengar dorang panggil untuk amik makanan nanti. Disebabkan tyra just take away, maka melepeklah kat kerusi menunggu tepi store tu. Tyra tunggu dalam 15 minit baru order siap. Actually, malas nak makan kat store sebab hari pun dah lewat petang, hujan pulak tu and tyra balik rumah pun jalan kaki. So, kalau dah makan kat store makin lambatlah nak balik rumah. Kot lah tetiba hujan makin lebat, meranalah nak balik basah-basah. 



Staff Nene Chicken semuanya friendly. If korang tak tahu macam mana nak pilih menu, dorang akan terangkan kat dorang. Maybe korang boleh mintak suggestion daripada orang nak pilih menu apa. Tyra pun dok tanya-tanya menu dorang macam mana, nak pilih campur flavour macam mana *Nampaklah first time jejak situ ahahhaha* Kalau take away, kena ingat dorang bagi paper bag bukan bag plastic. Jadi pepandailah nak bawak balik macam mana. Sis pun dok peluk sambil jalan kaki balik rumah. Kang kena hujan, sesia ayamku basah.


Sampai rumah, tyra pun masak nasi *dasar melayu* sebab nak makan ayam tu dengan nasi. Kalau tak, nak makan ayam sesaja je pun boleh. Takde hal lah. Masa bukak box Boneless chicken terus kata "Eh kecik-keciknya ayam dia. Mesti tak kenyang". Tapi dugaanku salah. Hahahha. Bila makan dengan nasi, automatiknya terus kenyang. And last-last nasi dah habis, tyra makan je ayam semata. Sedap je. Hahahah. *Kalau makan, semua sedap weyh*


Nilah rupa Nene Chicken Swicy Flavour. Tak pedas sangat. So-so je. Kalau jenis tak tahan pedas, this one is a good choice. Flavour yang ni nak makan terus tanpa nasi memang sedap. Sebab rasa manis-manis pedas dia. Cuma yang kurang dia, ayam tu dia potong kecik sangat. So, makan tak puas sekali ngap tu. Dalam satu sudu pun boleh letak 2 potong ayam. Nampaklah betapa comelnya boneless chicken dia. However, tyra surely akan pilih flavour ni kalau repeat pi makan Nene Chicken.


This one is Bulgogi Flavour. Tak pedas pun. Dalam menu kata pedas tapi yang tyra rasa ayam rangup je. Hahahaha. Flavour yang ni kalau makan terus, tyra tak boleh go kot. Kena amik dengan nasi jugak. Maybe sebab Bulgogi flavour ada rasa masin-masin sikit, tu kena amik dengan nasi jugak. Tyra tak recommend yang ni sebab rasa dia biasa sangat. Lagi satu, ayam yang ni rasa macam kering sikit isi dia. Bila kering, rasa tak best nak makan terus. So, nope for second chance. 


Untuk Mixed Part, flavour Freaking Hot memang pedas. Kalau jenis tak tahan pedas kena stand by air lah awal-awal. Even pedas, ada rasa manis-manis sos dia tu. Cuba tak bestnya, sos dia tak salut ayam tu betul-betul. Ada bahagian yang tak kena sos and ada bahagian terlebih pulak sos dia.  Better lagi Boneless chicken sebab sos dia betul-betul salut ayam tu. However, tyra still rasa untuk 2 ketul ayam ni around RM14 is to expensive. 


So, kesimpulannya tyra kenyang ya amat malam ni. Hahahah. Maybe akan repeat lagi lepas ni, tapi lain flavour lah. Tapi nak makan sini, masa teringin jela kot. Sebab menu dia mostly ayam, burger and some side dish. Menu nasi pun dosirak. Jadi time teringin giler nak makan jela kot tyra pi. Lagi satu harga dia quite expensive. 2 piece pun dah RM13 ke RM14, tu tanpa combo, side dish and 10% tax. Tapi, if nak cuba apasalahnya. Cuma kena keluar duit lebih sikit lah. Hee, tu yang fikir 2 3 kali nak pi beli. Btw, Nene Chicken ada dekat Starling Mall, Avenue K, Genting Highland and Plaza Merdeka Shopping Mall. Nak info lanjut boleh pergi dekat laman web Nene Chicken

Till then, wassalam.



Assalamualaikum and hi

So, actually dari start kerja sampai lah harini bibir tyra start mengelupas and kering giler. Maybe sebab faktor duduk dalam aircon yang buat bibir jadi kering. Nak kata kurang air, rasa terlebih air. Hahahah. Sebab kat office pun 1 liter tyra tenguk. Sambung lagi satu 1 liter kat rumah. *Faktor seorang atirah rajin melawat toilet kat office* Hm. Murung sis hadap toilet tapi bibir still buat problem. Makin teruknya, bukan bibir je mengelupas. Atas bibir and bawah bibir sekali kena. Mengelupas kot tak sakit takpe lagi, ni sakit kot. Haish segan bila dah jadi macam tu. Tu pi daiso beli mask. Hahahahah. Nak cover mulut punya pasal. Nak explain teruknya dia mengelupas, sis edit warna merah kat gambar bawah tu as tempat dia melarat mengelupas. 

Jadi as solution, mula-mula dok pakai vaselin tu. Tiap hari tiap masa dok pakai kat bibir tapi still tak elok-elok. Orang lain elok je bila pakai benda alah tu, tyra je tak okay-okay. Bila pakai lipstik memang habis mengelupas baik yang matte ke yang biasa. Kenkadang sampai koyak tepi bibir sebab kering sangat. Sakit tu yarabbbi rasa nak letak ais je.

Second choice is mengadu kat mak. *Huhuhhu cari mak jugak!* Mak suruh letak marjerin kat bibir, Hm dengan sis takde marjerin kat rumah sewa, nak letak marjerin acane. Jadinya menapaklah kat 7e cari marjerin. Actually yang sapu marjerin ni tyra pernah buat. Result dia lepas tu bibir jadi okay. Tapi masalah sekarang ni, still tak okay gak even dah guna marjerin. Sis punya sapu marjerin tu kat bibir sampai atas bibir sis sapu tapi tak baik gak. Masa ni dah give up dah. Memang decided nak pakai mask je masa kat office, lantak orang kata apa.

Dalam nak give up, still dok gigih tanya Google cara nak elokkan bibir. Tips semuanya sama, pakai lipbalm, pakai vaselin, letak gula dengan madu, minum air. Semua tu tak jalan kat tyra. *Nak sambung nangis tepi bucu katil* Tengah dok bukak semua website, jumpa satu blog ni suggest pakai satu cream antbiotik. Err tak ingat nama blog dia heheheh. Ingat nama cream tu je lepas tu terus tutup browser lol. Sebab fikir boleh terus beli kat farmasi lepas balik kerja. Nama cream tu, Fucicort cream and harga dia RM12.50. Boleh beli kat farmasi jee. 


Cream ni actually untuk rawatan dermatology eczema bila jangkitan bakteria secondary is confirmed. *Maaflah bercampur-campur bahasa sis* Cream ni gabungkan well-known anti-radang dan antipruritic dengan kesan betamethasone and anti-baterial topical yang kuat dari fusidic acid. Antipruritic ni macam hilangkan kesan gatal-gatal lah kiranya. Term-term lain tu kira content dalam cream tu. Boleh google hehehe. 

Kesan dia? Alhamdullilah, makin okay after 1 ke 2 hari. Dah kurang mengelupas atas dengan bawah bibir. Yang bagusnya, bibir pun dah tak kering and mengelupas. Takdelah stress manjang sebab sakit. Btw, tyra stop pakai lipstik semua sebab takut makin teruk kering dia. Just letak vaselin sikit jangan bagi kering sangat. If korang ada masalah macam ni, maybe boleh try incase lipbalm, vaselin dan seangkatannya tak jalan. 

Till then, wassalam.

Assalamualaikum and hi.



Almost one year and half tak update apa-apa. Tetiba muncul. *Please selamatkan atirah dari kemalasan dan kemalasan* Actually tyra baru habis belajar and now dah 2 bulan kerja. So, barulah mencari blog ni. Hhehehe. Masa study dulu, life memang kelam kelibut dengan takde aktiviti menarik untuk di update pun kat blog ni. Kalau ada pun, aktiviti masa study. Nak cerita takut orang tak faham, maka simpan jela sesama kitaorang kat shah alam tu. *Semakin pandai mencari alasan hahaha* 


How's life after study? Miserable tu taklah kot. Tapi tak tahu hala tuju hidup sebenarnya. Memanglah kita nak semua benda tapi mampu ke kita dengan gaji yang ada, faktor ekonomi, masalah-masalah orang dewasa ni *masih tak nak mengaku dah dewasa* Masa mula kerja, berialah tyra nak buat saving tapi bila bayar itu ini, beli barang dapur semua, berapa je ada. Belum tetiba kereta buat hal. Haritu tak memasal melayang RM300 sebab kereta. Duit gaji duit saving habis macam tu je. Stress terus haritu. Baru tahu hidup as orang dewasa ni susah sebenarnya.


Kat office, yup memang seronok. Kita belajar buat benda yang tak pernah study dulu, dengan tyra sendiri tersasar dari bidang sendiri. Tapi kebebasan tu limited. Maksudnya kita buat kerja dari pagi sampai petang, itulah rutin hari-hari. Kalau ada masalah pun, sebab kerja so kena solve kat komputer gak. Tapi as a student, kita ada lah kebebasan tu. Harini kelas pukul 8-10, lepas tu boleh rehat pi makan before kelas pukul 2. See? Banding bila kita kerja, we are doing repeatation work.*mengeluh pun tu hakikatnya* During study day, every is interesting sebab we face different lecturer, classmate, problem, situation.

So, sesiapa yang still study tu appreciated study life. Korang akan rasa, study life lagi bermakna dari working life. Maybe ada orang yang lagi suka kerja, sebab lain orang lain pendapat. So, up to we. Tyra pun still berkira-kira nak sambung belajar lagi. Whos know ada rezeki nanti.

btw, Im trying to update more lepas ni. Yeayyy *Please jangan hangat-hangat tahi ayam tyra oi* Any topic after thiss. InsyaAllah.

Till then, Wassalam