Actually, 15 November haritu premier movie Burn The Stage The Movie for BTS. Tyra antara fans yang berperang nak dapatkan tiket wayang tu. *gigihnya lah sis masa ni lol* Masa announce tiket, website GSC crash and of course la sold out. GSC pun terkejut kot hahahahha. Then dorang open second slot, masa ni berjaya gak dapat tiket and berjaya sold out kan sekali lagi. Hahahahhaha. Okay, movie ni mostly kisah belakang tabir perjalanan konsert Wings BTS dari satu koncert ke satu konsert, kenangan BTS dekat Billboard, gelagat BTS handle kehidupan dorang as kpop idol and most important part is movie ni one of penghargaan BTS kepada fans dorang or known as ARMY.
Fyi, BTS ni idol group dari Korea, kiranya kpop group lah. BTS terdiri dari RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. Tyra actually one of fans dorang ni and dah follow dorang dari 2014 lagi. Agak lambat sikit sebab dorang debut masa bulan Jun 2013. BTS ni debut dengan konsep hiphop and rapper dorang memang underground rapper. So, beza lah sikit dengan rapper dari SM, JYP and etc. Sebab dorang tulis and create lagu sendiri. BTS ni, dorang ni dari small company call Bighit Entertainment. So, masa mula-mula debut tu hype dia kurang even dah ada fans follow dorang before debut and dorang ada consider nak disband. Tapi tula, start 1st menang lagu I Need U masa 2015 sampai sekarang dorang memang gain a lot of achievement such as Billboard award, America Music Award and etc. Okay done introduction pasal BTS. Hehehe.
Tyra dapat tiket pun nuunnnn dekat Berjaya Times Square, KL tu haaa. Padahal rumah dekat Damansara and GSC 1 Utama dengan 3 Damansara lagi dekat kot. Harga tiket? Masa beli tak tengok pun harga dia *nasib duit kat bank cukup hahaha* tahu-tahu kena bayar RM122 untuk 4 tiket. Bila dah settle bayar semua baru check tiket dia, RM30.50 untuk satu tiket. Maka berhuhu lah sis masa tu. Dalam kepala dah fikir, "wuish mahalnya" tapi bila fikir balik, ni kan movie premier mestilah mahal and supposedly tayangan dia untuk 15 November sahaja and satu hari ada satu tayangan untuk satu hall. *Btw, Malaysian ARMY berjaya dapat 3 hari tayangan, 2 ke 3 hall and 1 hari ada dua slot tayangan. Thanks GSC *
Hari kejadiaan 15 Nov tu, tyra tetiba kena masuk real project and ada banyak drawing nak submit haritu. Tyra dengan sorang officemates dah gelabah ayam dah. Tyra buat drawing memang laju giler haritu and dapat siapkan semua before 8.30 malam and movie pukul 9 kot. Tapi officemates terpaksa burn kan tiket sebab still banyak nak siapkan sobs sobs. Pukul 8.15, kawan tyra dari Shah Alam, Syeramie dah sampai depan office, memang tak senang duduk kot. Siap amend drawing, save drawing, shut down pc zupppp thumb print terus blah dari office. Nasib boss tak nampak, kalau tak mahu kena soal jawab. Hehehe. Kebetulan nak ke KL tak jammed sangat and kitaorang sampai pukul 9.00 tepat tapi parking pulakkkk nak cari. Dapat parking terus masuk mall, langsung tak tengok nombor parking *balik sesat terus tak jumpa parking hahah* Berlari cari cinema, naik escalator pun berlari. Hahaha. Mujur sampai dalam hall, movie tak start lagi. Fuhhhhhhhh
Movie tu start dengan BT21 character and ada narrator dari BTS. Then terus masuk perjalanan konsert dorang. Setiap sedutan ada quotes dari BTS. Quotes tu dorang relate dengan perjalanan dorang as idol, as BTS, as 20 years old guys. Cumanya movie ni memang best tapi agak mendatar berbanding Burn The Stage dekat YouTube Red. Maybe sebab banyak nak letak dalam 1 movie. Tapi tyra faham apa yang BTS nak sampaikan kat ARMY yang dorang berterima kasih dengan ARMY sebab sentiasa sokong dorang sampai sekarang. Kejutan terakhir masa movie tu ada tulisan khas untuk fans BTS which is "SPECIAL THANKS TO OUR WINGS, ARMY"
Pengalaman berkumpul tengok movie dengan ARMY yang lain kiranya satu yang tak lupa lah. Bukan senang nak gather sebab minat yang sama. Mula-mula movie, maybe lepas ni konsert BTS pulak. Heee. Special thanks to ARMY hall 9 Berjaya Times Square yang willing nak bergambar sama-sama, Atikah and Syeramie sebab join sekali. Thanks jugak for sweet ARMY yang sanggup distribute banner dengan freebies. Much loves.
0 person:
Post a Comment