Jom Pergi MAHA 2018

Assalamualaikum and hi.


Siapa pernah pergi MAHA? *angkat tangann* Maybe pernah yang pernah pergi, maybe tak pergi. Well, MAHA stand for Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show atau bahasa Melayunya Pameran Tanian, Hortikultur dan Argo Pelancongan Malaysia. Ramai tak tahu, sebenarnya MAHA dah berusia lebih 90 tahun dan tahun pertama yang diadakan masa tahun 1923. And kali ni, MAHA akan berlangsung selama 11 hari dari 2 November sampai 2 Disember dekat Maeps Serdang.

MAHA kali ni terbahagi kepada 6 kluster pameran dalam dewan which is agro kluniari, agro pelancongan, agro belia, agro teknologi, produk asas tani dan jualan dan agro makanan.

Untuk pameran luar dewan terdapat 7 laman which is laman padi, laman ternakan perikanan, laman nanas, laman herba dan sayur, laman florikultur dan laman mekanisasim, automasi dan teknologi.

Paling favourites tyra is 13 pavilion negeri yang mempunyai rekaan yang unik. Yang mana rumah negeri ni menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan makanan tersendiri untuk pengunjung.

Selain tu, MAHA juga ada segmen baru macam sumber rezeki baharu, teknologi pertanian terkini, miracle garden, festival kanak-kanak terbesar lolababa, jualan industri asas tani berkonsep hypermarket, kampung digital mok cun dan macam-macam lagi.

So, bolehlah pergi beramai-ramai weekend ni. Tyra pergi edisi 2014 memang seronok even masa tu hujan. Dah malam pun still meriah lagi. Kalau korang suka bunga-bunga, kat sini banyak pilihan nak beli bunga. Lepas tu rambang mata nak beli makanan, semua nak rasa. *makan je tahu hahaha* Even dah penat pun still nak singgah semua pavilion negeri tu. Lagi meriah, kalau pavilion tu ada persembahan, korang boleh join sekali. InsyaAllah, weekend ni tyra pi sini dengan family. Yeaayy!

Info untuk pengunjung MAHA 2018:

  • Ada 7000 petak parking untuk pengunjung.
  • Ada shuttle bas percuma untuk pengunjung dari Putrajaya Sentral, IOI City Mall dan KTM komuter Serdang.
  • Kalau rasa malas nak drive kereta ke MAHA 2018, korang boleh guna perkhidmatan MyCar and guna promo mahamycar2018 untuk dapatkan harga diskaun.


Till then, wasalam.

0 person:

Post a Comment