Assalamualaikum and haii


Tyra bukan pakar kulit ye. *Kita nak share juga acne journey kita* Hahaha. Awal-awal cakap sebab kulit kita tak sama and apa yang okay kat tyra tak semestinya okay dengan orang lain. Tyra memang ada masalah muka lagi dari zaman sekolah. So, tyra ada tulis entri macam mana tyra hilangkan jerawat guna produk ST. Ni link dia ->Merawat Jerawat dan Resdung . Cumanya produk Oily and Acne Series ni dah discontinue and ST keluarkan ACNE Scar. Tyra continue guna ACNE Scar bila Oily and Acne Series ni totally habis kat ST outlet.

After muka dah elok sikit, tyra lari kejap guna produk lain yang berasaskan aloe vera sebab nak hilangkan parut tapi bila masuk degree, muka break out balik. Break out teruk jugaklah. So, at that time tyra patah balik guna produk ST ni. *Dasar apa aku ni hahaha* Disebabkan masa tu tyra still in acne medication, tyra kurangkan produk kat muka. Just nak make sure muka tak stress dengan macam-macam produk. Tyra just pakai 3 produk sahaja masa tu.

First sekali pencuci muka, tyra guna Golden Herbs Soap. Tyra pakai yang ni sebab dia ada sulfur and sulfur ni memang fuction dia keringkan jerawat. Sabun ni dalam bentuk sabun buku gitu and ada bau-bau madu sikitlah sabunnya. *kot orang lain bau lain, tyra bau lain* Tak bestnya sabun ni, korang kena cari bekas sendiri nak simpan. Boleh jimat kalau korang potong 4 kee potong 2 keee. Depends lah.

Golden Herb's Soap
Harga: RM15
80gm

Second is toner. Main ingredient dia shea butter, camellia sinensis leaf extract or tea tree, bladderwrack seaweed, salicylic acid, chamomile and beeswax, which is mostly tahu tea tree, salicylic acid sesuai untuk acne skin. Bau toner ni takdelah wangi sebab takde fragrance. Quite okaylah bau dia, takdelah busuk tengik ke apa.

ACNE Scar Toner
Harga: RM33
60ml

Lastly, tyra pakai ACNE Balm. Okay, ni paling favorite sampai sekarang. Tyra just letak kat acne area and esoknya kering dah jerawat tu. And masa tengah break out teruk tu, tyra pakai macam foundation. Hahaha. Tepek satu muka. Lagipun balm ni boleh dijadikan concealer nak cover mana-mana blemish area. Tapi tyra tak recommend satu muka sebab balm ni berangin sikit. Mahu terkena mata, berpinar terus. *Cakap sebab terkena. Hahah padan muka* 
ACNE Balm
Harga: RM30
5gm

So, using these 3 products, muka tyra start okay balik dalam masa sebulan. Just part parut tu lah lambat sikit nak hilang. Acne semua kering dari muka. Masa tu, stop using make up macam foundation, bedak semua tu. Sebab nak elak allergi kat muka and cepatkan proses keringkan jerawat semua. Once jerawat dah hilang semua, tyra dah tak pakai ACNE balm tu. Pakai bila tetiba jerawat muncul je and nak cover jerawat waktu siang nak pergi kelas tu. 

Bila muka dah elok, rutin tyra cuma pakai 2 produk which is pencuci muka dengan toner. and tyra beli ACNE Cream. ACNE Cream sebabnya pakai waktu malam kat acne area sebab nak kecutkan jerawat and hilangkan parut. Honestly, cream ni memang pudarkan parut and sekatakan tona. Like tetiba parut hitam kat pipi macam kurang bila tyra pakai. 
ACNE Cream
Harga: RM35
15mg

Btw, ada lagi satu produk which is ACNE Bar Soap. Tyra guna 1 ke 2 buku je sebab dia kurang effect on my face. Pernah pakai and tyra tak suka sebab muka rasa berangin and merenyam gatal bila pakai. Bila muka tyra breakout selalunya dia sensitive and probably one of the ingredient triggered muka jadi lagi over sensitive. Habis satu buku, tyra guna Golden Herbs Soap tu balik. 
ACNE Bar Soap
Harga: RM18
80gm

Kalau nak tahu lebih pakai produk ni korang pergi je website Sendayu Tinggi. Kat situ, siap list kan ingredient dia semua and boleh beli online dari website. Korang boleh tengok whether ada ingredient yang tak sesesuai untuk kulit korang ke ada yang okay ke. Till then, wassalam.

Desclaimer: Semua produk ni tyra beli dengan duit sendiri and entri ni bukan iklan berbayar dari Sendayu Tinggi
Assalamualaikum and hi!



So, on 26th January BigHit sekali lagi release BTS world tour film yang mana kalini BTS World Tour Love Yourself in Seoul. Macam biasa, ARMY Malaysia memang buat website GSC crash macam masa Burn The Stage *Admin GSC dah agak tapi why still crashhhhh* and untuk kalini, payment pun problem. Duit dah tolak dari account tapi nombor seat semua tak dapat. Kiranya tak successful kitaorang punya payment tadi. Tyra memang dah cuak habis sebab tyra beli 3 tiket kot. Burn macam tu. *Gelabah teruk sis time tuu, terus serabut jadinya* Rupanya bukan tyra sorang je kena. Ramai yang kena. *Fuhhh lega sis* Nak tak nak, tunggu jela GSC return duit dalam 14 hari and dahulukan duit yang mana ada dulu.

Bezanya dengan Burn The Stage film, GSC bagi banyak screening time and hall. Jadi bolehlah pilih pukul berapa kita nak tengok. Tiket dia pun agak mahal which is RM 50.50 termasuk charge. Untuk film ni, kitaorang dalam dekat 3 Damansara. Okayyy, dekat sikit dengan rumah. Dalam 15 minit boleh sampai. Walau bagaimanapun, ni first time tyra pergi 3 Damansara, so terlepas susur keluar bagai jadilah 30 minit LOL. *Nasib gerak awal*

Intro BTS World Tour Love Yourself in Seoul ni start dengan music intro then LED screen besar giler gedabak tu, bunga api thennnn baru BTS muncul. Lepas tu proceed dengan lagu-lagu yang BTS untuk album Love Yourself ni. Cumanya, film ni 100% concert film. Which means, kita akan tengok concert version dalam cinema hall. Terasa macam kita pergi concert BTS. Lacknya film ni, takde conversation between BTS dengan k-ARMY. Tak macam Burn The Stage kita dapat tengok behind the scene concert Wings. Film ni infront the scene. So, dari awal sampai habis, kita akan tengok concert sahaja. Like we be the part of the concert lah version murah sikit. Hahahah. However, at the end of the film ada special thanks untuk ARMY which is SPECIAL THANKS TO THE BIGGEST LOVE, ARMY. *Awwwww melting guyssssss!* 



Apa-apa pun, ARMY kat GSC 3 Damansara tak sporting macam kat Times Square haritu. Habis film mostly semua terus keluar. Takde nak bergambar pun. Hm. K kecewa sikit lah sikit. Thanks to those sweet ARMY yang distribute freebies kat kitaorang before start film tu. Much loves. Thank you too to tikah and syeramie sebab sesama pergi tengok.





Till then, wassalam
P/S: Ada additional screening from BigHIt which is on 9th and 10th February. Tikah siap repeat kali kedua sebab office dekat dengan GSC NU Sentral. Hahahah

Assalamualaikum and hi.

Selalunya kalau pergi KL, mesti KL Tower dengan KLCC yang akan jadi tempat tumpuan. Lagi-lagi KLCC sebab dia lagi friendly environment compare dengan KLCC. Yang mana, KLCC ada Petrosains, Aqua KLCC, Suria KLCC dan kawasan kolam air pancut. Kenkadang kita tak tahu pun ada apa kat KL Tower tu. Yang tahu ada Hutan Simpan KL kat situ je hahahah.

Okay, KL Tower ni atau nama Melayu nya Menara Kuala Lumpur ni sebenarnya menara komunikasi dan siap dibina 1 Mac 1995. Antena dekat atas menara tu menjadikan tinggi KL Tower jadi 421 meter dan KL Tower ni adalah menara ketujuh tertinggi didunia (freestanding tower). Bahagian bawah KL Tower ni cuma tangga dan lif untuk ke bahagian atas yang jugak ada Restoran Berputar 360. Dekat KL Tower selalunya ada marathon untuk peserta mendaki tangga ke atas. Untuk hari-hari biasa, KL Tower ni terbuka untuk public.



Dekat KL ni ada 3 tower experience which are Observation Deck, Sky Deck dengan Sky Box. Harga tiket dia pun berlainan. Kalau untuk Observation Deck boleh dikatakan murah lagi tapi korang boleh akses area situ jela. Tapi kalau beli tiket untuk Sky Deck, korang boleh akses Observation Deck dengan Sky Box. However, KL Tower ni ada 3 jenis tiket ;-

1. Single
2. Package
3. Towerxcess

Kalau Single, korang cuma akses deck area sahaja. Kalau Package dengan Towerxcess ni, bukan area deck je tapi tower attraction yang lain. Nak tahu attraction apa yang ada, boleh klik KL Tower website ni -> KL Tower's Ticket Sini tyra tunjukkan tiket untuk ke Observation Deck dengan Sky Deck. Korang purchase melalui online ticket atau walk in kat kaunter dia pun boleh.

Apa beza Observation Deck, Sky Deck dengan Box ni? Observation Deck ni ada dinding kaca, jadinya korang tengok view KL dari dalam menara lah. Kat sini disediakan souvenir shop, coffee vending machine, kerusi kalau nak relax-relax sambil tengok view. Teropong binocular tu pun ada.

Observation Deck Ticket Price

While Sky Deck ni, korang berada di luar KL Tower. Tanpa full dinding kaca. Boleh lah rasa angin-angin kat atas ni. Kat sini jugak ada Sky Box. Ada 2 Sky Box, satu berlatarkan KLCC and lagi satu berlatarkan view KL sahaja. Masa tyra pergi, yang berlatarkan KLCC memang panjang giler barisan dia. Jadi bertabahlah.

Sky Deck Ticket Price

Disebabkan tyra mai dah lewat petang, jadinya dapat masuk Sky Box pun hari dah malam. View kat KL Tower ni best waktu senja dengan malam sebab cantik giler. Tapi untuk Sky Box better siang sebab macam kurang umph view dia yang bahagian bawah tu. 






Sky Deck. Masa ni dah lewat petang, cuaca tak panas sangat and seeeee ada KLCC. Hahaha. Actualy, kitaorang bergambar sambil beratur untuk masuk Sky Box tu.





Okay, nilah rupa dalam Sky Box tu waktu malam. Dengan muka berkilatnyaa. Owh, kalau dah masuk sini make sure korang amik gambar guna phone korang. Sebab kalau gambar dari photographer dia memang mahal giler. Tak silap 3 keping gambar RM100++ dan tak boleh beli sekeping. Posinglah guna camera sebanyak mana hahahha.




Night view dekat Sky Deck. Tak tipu, serious cantik giler.



While Observation Deck ada attraction kat dalam dia. Macam World Tallest Tower ni, souvenior shop and binocular untuk tengok view from deck. Untuk turun ke Observation Deck dari Sky Deck, make sure ada staff yang guide korang sebab button lif dia memang lain daripada yang lain. Karang salah tekan, mahu korang sesat dalam menara tu. So, wait for staff instructions
.






Maka berakhirlah, playing tourist kitaorang. View dari atas KL Tower memang nice untuk korang yang sukakan photograph. Tips dari tyra, better naik grab untuk naik KL Tower ni sebab parking terhad kalau weekend. Grab boleh drop korang kat bawah then akan ada KL Tower's van yang pick up korang naik ke atas.


Till then, wassalam.


Assalamualaikum and hi.



24 November haritu, tyra dengan family playing tourist dekat KL *Hehehe padahal tiap bulan mak abah mai KL* Disebabkan mak abah sampai hotel dah pukul 3 petang, kitaorang bawak adik pi mandi kat swimming pool dulu, baru malam tu berjalan kat KL. Btw, selalunya kitaorang book hotel Maytower dekat Jalan TAR tu. Tapi disebabkan fully book, abah book bilik dekat hotel Grand Seasons and not bad lah hotelnya, 3.5/5 hhehehe. Tyra bagi 3.5 sebab hotel dia agak jauh dengan tarikan pelancong and takdelah boleh shopping sakan macam kat Jalan TAR tu. Nak tak nak kena, order Grab and so on.

Okay, tempat first nak jejak haritu is Upside Down House KL Tower. Upside Down House KL Towerni latest attraction dekat KL Tower. Dibina dengan konsep "Cottage House" dan dekat entrance dia ada kereta antik Morris 1974 yang jugak upside down. Boleh lah bergambar and hati-hati tukang amik gambar tu, sebab korang kena ketengah jalan kalau nak dapat full picture. Harga dia nak masuk KL Tower Upside Down House ni berapa ye? Ni harga latest masa tyra pergi.

  • Dewasa (MyKad) = RM19
  • Kanak-kanak (MyKad) = RM14
  • Dewasa (International) = Rm24
  • Kanak-kanak (International) = RM18
Masa mula-mula masuk tu, staff akan suruh masuk area untuk amik gambar korang and lagi satu korang kena bukak kasut nak masuk situ. Gambar yang staff amik tu nanti, dorang jual RM30 sekeping. So, terpulanglah nak beli atau tak. Tyra for sure beli. Hahahahah *Sebab ni first and the last kot jejak situ hahahah* Staff akan bagitahu, korang boleh lepak-lepak amik gambar dalam rumah dalam 20 minit and lepas tu kena keluar. 

Lepas amik gambar semua, korang ikut laluan ke rumah terbalik tu. Terus ke tingkat atas *ada dua tingkat je pun* Kat tingkat atas atas ruang dapur, bilik tidur, bilik baby, dining room and bilik air. Staff akan ajar korang amik gambar semualah, trick nak gambar nampak cantik and tolong amikkan gambar pun. Boleh bergambar sepuas-puasnya kat situ.










Then, dekat tingkat bawah ada area permainan kanak-kanak, katil and meja study. Tingkat bawah ni agak kecik sikit area dia. So, kena pandai cari ruang nak bergambar semua. Staff kat area tingkat bawah ni pun baik hati nak amikkan gambar. So, jangan segan-segan nak posing tu hahahha.







Once korang dah keluar dari rumah tu, korang boleh lepak-lepak and amik gambar dekat luar rumah tu. Kira macam laman dia lah. Btw, luar laman tu mostly rumput sintetik. So, bersihlah dari sampah semua tu. Kat laman tu ada buaian, gazebo and a few replika ikan. Tak luas mana pun tapi sesuai untuk bergambar.






Dah start cuti sekolah ni, boleh lah datang ke KL Tower ni. Selain Upside Down House, ada Mini Zoo, Blue Coral Aquarium and KL Forest Eco Park. So, kalau tak nak naik KL Tower still ada tempat lain nak melawat. Have funnn.



Till then, wassalam. 



Assalamualaikum and hi.


Siapa pernah pergi MAHA? *angkat tangann* Maybe pernah yang pernah pergi, maybe tak pergi. Well, MAHA stand for Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show atau bahasa Melayunya Pameran Tanian, Hortikultur dan Argo Pelancongan Malaysia. Ramai tak tahu, sebenarnya MAHA dah berusia lebih 90 tahun dan tahun pertama yang diadakan masa tahun 1923. And kali ni, MAHA akan berlangsung selama 11 hari dari 2 November sampai 2 Disember dekat Maeps Serdang.

MAHA kali ni terbahagi kepada 6 kluster pameran dalam dewan which is agro kluniari, agro pelancongan, agro belia, agro teknologi, produk asas tani dan jualan dan agro makanan.

Untuk pameran luar dewan terdapat 7 laman which is laman padi, laman ternakan perikanan, laman nanas, laman herba dan sayur, laman florikultur dan laman mekanisasim, automasi dan teknologi.

Paling favourites tyra is 13 pavilion negeri yang mempunyai rekaan yang unik. Yang mana rumah negeri ni menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan makanan tersendiri untuk pengunjung.

Selain tu, MAHA juga ada segmen baru macam sumber rezeki baharu, teknologi pertanian terkini, miracle garden, festival kanak-kanak terbesar lolababa, jualan industri asas tani berkonsep hypermarket, kampung digital mok cun dan macam-macam lagi.

So, bolehlah pergi beramai-ramai weekend ni. Tyra pergi edisi 2014 memang seronok even masa tu hujan. Dah malam pun still meriah lagi. Kalau korang suka bunga-bunga, kat sini banyak pilihan nak beli bunga. Lepas tu rambang mata nak beli makanan, semua nak rasa. *makan je tahu hahaha* Even dah penat pun still nak singgah semua pavilion negeri tu. Lagi meriah, kalau pavilion tu ada persembahan, korang boleh join sekali. InsyaAllah, weekend ni tyra pi sini dengan family. Yeaayy!

Info untuk pengunjung MAHA 2018:

  • Ada 7000 petak parking untuk pengunjung.
  • Ada shuttle bas percuma untuk pengunjung dari Putrajaya Sentral, IOI City Mall dan KTM komuter Serdang.
  • Kalau rasa malas nak drive kereta ke MAHA 2018, korang boleh guna perkhidmatan MyCar and guna promo mahamycar2018 untuk dapatkan harga diskaun.


Till then, wasalam.