Assamualaikum readers.



Okay, straight to the point! Hehehe. Actually, tyra dah perasan lama pasal ni tapi tak rasa kata apa-apa. *Nervouslah tuuu. Heehhh* "Ujian Komputer KPP" Kenapa dengan ujian ni? Takdelah, tyra perasan searchword dan pageview tyra banyak pasal ujian ni. Alahai, wahai sayang-sayang sekali. Entri tyra pasal Ujian KPP ni masa zaman-zaman lepas SPM dulu dan tyra cuma update pasal perasaan dan pengalaman tyra. Haaaaa~ *Bebudak lagi masa tu* Nak tahu apa tyra update masa tu, baca sini -> Ujian Komputer KPP Kadang-kadang rasa kesian pulak korang dok search tapi satu soalan KPP tak keluaq kat google ni. Hahaha. Lagi-lagi blog tyra ni lah haa. xD Everyday, only the same searchwords that appear on my blog. Tak caya? Nah! Setepek!


Pageviews pun sama. Keywords ni tak pernah turun takhta lagi. Hahahahahaha *aku bagi crown nanti*


Haaa. Nampak dah kann? Tetap top three tu! I wonder if korang betul dapat soalan KPP tuu? Actually, soalan dia dah ada dalam buku ujian komputer KPP yang korang beli tuu. Buat yang tu je. Masa tyra amik lesen dulu, tyra jawab soalan tu berulang-ulang sampai lunyai aku kerjakan buku tuu. *Semangat nak lulus punya pasal!* Soalan tu tak mungkin keluar kat google sesenang gituu. Even, masa amik ujian kat myEg pun ada CCTV. Tak menyempat korang nak bawak phone keluar and snap the questions and then upload on the media social. Lepas tu, letak caption "Kita nervous lah jawab soalan KPP ni. Susah gilerrwwwwww. Doakan kita lulus eh?" Erk! Dalam 45 minit korang akan sentiasa di pantau dalam CCTV tuu. Dah la akak-akak myEg tu muka ketat je *Tatut itewww. Gedik pulak aku. Dush dush dush* 

Sebab kesian kat adik-adik yang nak amik ujian KPP ni, *ade akak-akak ke abang-abang ke kengkawan kee. Errrr~* tyra bagi tips sikit okay? Hahaha. Padahal amik ujian tahun 2011. *Yarabbi! lama dah kotttttt* 

1. Masa kelas KPP, kalau boleh awal-awal tu jangan tidur. Kalau boleh sampai habis tahanlah mata even mengantuk. *sebab tyra tersengguk-senguk tahan ngantuk* Ada point sometimes akan keluar masa KPP.
2. Buku undang-undang jangan lepas habis kelas campak pulak. Belek-beleklah banyak sikit. Sebab tu yang akan keluar masa ujian.
3. Kalau cikgu sekolah memandu korang offer beli buku latihan ujian komputer KPP, korang beli jeee! Tengok contoh soalan dia.
4. Balik rumah, buat soalan tu berdasarkan apa yang korang tahu dan dengar masa kelas then semak jawapan. Buat sampai habis buku tuu! *Jawab on paper lain, senang nak repeat jawab*
5. Repeat jawab soalan dari buku tadi. Kali ni. sambil jawab, sambil cari jawapan dalam buku undang-undang tu. Kecuali, soalan mata tu lah haaa. Dah siap semak lah. Maybe ada yang salah jugak, cari jawapan yang tepat dan kenapa salah.
6. Kalau sekolah memandu korang ada sistem komputer ujian KPP, rerajin datang dan cuba buat. Walaupun takde kelas memandu pun masa tuu. *tyra try buat before pergi myEg and I got 90 marks and above. Wuuweeewuuuu*
7. Korang buat soalan ni macam nak jawab SPM. Hahahahaha. Serious boleh lulus dengan markah 50/50. 

Hmm. Ni jelah kot masa tyra buat masa nak amik ujian KPP. Tu dapat 50/50 *Bangganya itewwwww. Please tyra gedik giler kauuu* Kalau ada masa lelebih, buat contoh soalan tu beribu kali pun takpeeee. Heh! Alah, kalau tak dapat 50 pun takpe. Asal kau lulus sudah. Dah boleh berangan-rangan nak belajar pegang stereng kereta tuu. Weyh, penat tyra perah otak pasal ujian KPP ni. Hello, this is December 2014 and I took this test on December 2011. Kesian kat tyra kesian kat korang. Harap benda ni bergunalah untuk anda-anda yang nak amik ujian KPP tuu.

Till then, Wasalam


Assalamualaikum readers. :)



Haaaaa~ Tajuk dia. Hamik kauu! Heheheh. Macam pakar sangat tyra ni kann? Sebenarnya nak kongsi sikit apa yang tyra tahu. *Ecececeee~ Bajet aku nih* Actually, muka tyra ni takdelah sesuci muka artis-artis korea nuhh. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah muka tyra teruk dengan jerawat plus resdung ni. Bersih pepagi, selesama kadang-kadang. *Benci kalau ni jadi!* Muka surelah terukkan? Sampai malu giler nak face to face dengan orang. *Maluuuuu~* Kena kutuk tak payah cakaplah. *Sadis weyhhhh :'(* Dah macam-macam produk pakai. Satu pun tak elok even yang oversea punyaa. Tengok tuuu. Jerawat plus resdung ni bukan kau boleh grab produk dekat supermarket macam tuu. Tak pasal-pasal makin teruk jadinyaa. Jerawat dan resdung benda lain tapi dia boleh berkait :)

Apa itu jerawat (Acne):
  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.

Apa itu resdung (Sinusitis)
  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.

So, masa naik sekolah menengah tyra cuba pakai ubat klinik pakar kulit. Okay bila makan ubat plus pakai krim dia. Tapi klinik kan? Krim dia terlalu menghakis sampai boleh luntur warna beg. So, tyra stop guna ubat klinik. Lepas tu, tyra start pakai produk yang untuk resdung. Masa mula-mula muka dah start okay, dah tak teruk gilerr tapi jerawat sentiasa naik. *Belum sempat fefeling nak bahagia tauuu* Acik kedai jamu tu suruh tyra cuba makan ubat resdung Nosygone Sendayu Tinggi.


  • Digunakan secara tradisional bagi melegakan resdung, gatal-gatal pada muka dan jerawat
  • Herba diolah dari Kulit Gelang, Pucuk Manis, Akar Sila, Daun Wali dan Jeragau serta pelbagai herba terpilih.
  • Membunuh kuman penyebab resdung serta jerawat serius.
  • Melancarkan perjalanan darah bersih pada wajah.
  • Membaikpulih tisu-tisu yang telah rosak akibat jerawat.
  • Mengilangkan kotoran serta bau busuk dalam hidung akibat jerawat.
  • Mengeluarkan kahak dan lendir resdung.
  • Sebaiknya diamalkan bersama kapsul Lucimax dan Spirulina untuk kesan lebih baik.

Alhamdulillah, lepas makan dekat 6 bulan resdung tyra makin elok. Tapiiiiii *berapa banyak tapi daaa* jerawat tak berapa elok lagi. Isk iskk. :'( Pergi lagi kedai jamu tu, hehehe, acik tu suruh cuba produk Oil & Acne Series Sendayu Tinggi. Walaupun agak mahal bagi budak sekolah macam tyra masa tuuu, demi muka terchenta ni, kita cubalah jugakkk *emak bayar pungg. Ngeh ngeh ngeh*


  • Set penjagaan khusus untuk kulit berminyak dan berjerawat. Set lengkap ini masalah kulit jerawat kronik, biasa atau jerawat resdung. Diformulasi daripada ekstrak Tea Tree Oil yang bertindak lebih berkesan untuk membunuh bakteria jerawat, memgecutkan jerawat, mengecilkan liang pori serta mengatasi masalah kulit berminyak. Hasilnya kulit kembali jadi lebih licin dan bebas jerawat seawal 7 hari.
  • Set percubaan ini mengandungi
  1.  Acne Deep Cleanser
  2.  Acne Deep Toner
  3.  Acne Powder
  4.  Acne Concentrated Serum

Hasilnyaa? Yeahhhh, Jerawat dah hilang tapi lepas 2 tahun guna produk ni. Even lambat sikit kesan dia tapi tyra puas hati sangat *lompat-lompat macam kekanak rebena* Rasanya tyra memang serasi dengan produk Sendayu Tinggi. Produk ni ikut orang jugak, kadang-kadang ada yang tak okay dan ada yang okayy. Yang penting kena usaha dan ikhtiar :) Kalau tak usaha mana dapat hasil. Berbaloi kot. *Bertahun merana muka tak okayy :'(* 
Sekarang ni tyra guna produk muka untuk hilangkan parut tapi still makan Nosygone dan prepare Oil & Acne Serum. Yelaa, kekadang cik acne ni naik jugak kalau muka berminyak, stress memanjang plus tangan gatal nak sentuh-sentuh. *Rasa nak ikat-ikat tangan sendiri*





AC-NE Tablet dengan AC-NE Scar toner sebenarnya produk baru Sendayu Tinggi. Still mencuba lagi. Rasanya makin okay sikit kottt~ Haha. Padahal baru pakai. :p Kalau menjadi, tyra bagitahu. Hohoho. Sebab sebelum ni, dekat 3 tahun tyra guna produk lain berasaskan aloe vera tapi produk tu susah giler nak jumpa bila dah pindah ni. Jadi, bagai sirih pulang ke ganggang, tyra pakai semula ST. *Poyonyaaa akuuuuu*

Rasa-rasa macam okay je produk ni, cubalah *Cehh! Boleh jadi promoter ST ni* InsyaAllah, berhasil. xD

Till then, Wasalam.

P/s: New update on my acne journey -> Hilangkan Jerawat (All Using ST Products)

Assalamualaikum readers.



Hai hui hoi~ Hahaha. Feeling lelebih harini. Heee *Feeling bosan plus sakit hati. Haaa.* Nak tahu kenapa? Student phD international tulahhh. Tyra ada post entri pasal dia  sebelum ni. Rasa nak baling batu je kat dia tapi padang golf manalah ada batu *Eeeiiii! Bengang kot* Hahaha. Akibat buat field work dengan dialah ni. Hmm.

Okayy, kita nak cerita pasal cikgu sekolah tyra masa sekolah menengah dolu-dolu.*Eh, macam lama sangat tinggalkan sekolah tu ;p* Sebenarnya khabar berita ni dah tahu masa cuti Sabtu lepas 6 Dec tu tapi baru nak post :D Takpelah, asalkan post jugak kann? Hehehe. Tyra nak ucapkan tahniah dekat cikgu Elmy Azizan yang baru naik pangkat untuk jadi pengetua. Haaa. Tahniah cikguuuu~ *Please bayangkan ada belon-belon, conefi?? Errrr, alah kertas celebration tulah* Tyra tahu pun dari group alumni sekolah menengah tyra. Hehehe. Padahal, post tu malam sebelumnyaa. Biasalah tuu. Kategori orang malas nak scroll facebook. Hoho. Rajin tengok notification lepas tu tutup. Haaa. Kejap. Kenapa tak percaya ke? Betul ke cikgu nak pindah? Errrr~ Nah bukti!




Cikgu Elmy antara cikgu terlama dekat sekolah serting hilir tuu. So, ramailah anak-anak murid yang kenal dan ingat cikgu. Lagi-lagi cikgu Elmy sporting orangnya tapi garang bila pasal langgar peraturan sekolah. Heee. Tak pernah kena rotan lagi dengan cikgu Elmy. Hohoho. *Nampak tak aku student yang baik sebenarnya?* Masa tyra sekolah masuk sekolah serting cikgu Elmy bukan GPK tapi masa tyra tingkatan berapa ntah *Serious tak ingat, lupa semua bagai* cikgu memangku jadi GPK dan terus jadi GPK. Haaaa. GPK koku tau tau tauuuu? Cikgu yang galakan aktiviti kawad semua ni. Errr~ Sport lain pun okay? Tyra budak kawad, so, memang kawad jelah yang banyak tahu. Hoho. Cikgu jugak mengajar subjek sejarah masa tyra tingkatan 5 Science. Best! Serious best! Takde masa nak menguap ala ala mulut gajah ke mulut buaya ke mulut ikan jaws ke. Takde okayy? Semua fokus je dalam kelas. Hehehe. Bagus tak? Rugi tak belajar dengan cikgu Elmy. 

Actually, kalau pasal cikgu Elmy memang berkaranganlah aku nak taip. Hohoho. Kalah bahasa Melayu. Apa-apapun tahniah cikgu :)

Till Then, Wassalam

Assalamualaikum readers.



Hui huiii. Masa-masa practical nilah semangat nak update entri bagai. Rajinnya rasaaaaa~ *Sumpah poyo giler aku ni* Hakhakhak. Biarlah asal bahagia :p Kira-kira dah masuk dekat 2 minggu tyra praktikal dekat UPM ni. Haaaaa~ Rasa macam gayat pulak kann? Yela, selalunya rasa UiTM Perlis tu dah cukup besar dah. Bila jalan-jalan dekat UPM ni, berani cakap aku boleh sesat kalau tak tengok signboard. lagi-lagi zaman ni ada waze. Hohoho. Errr~ Bila nak masuk topic ni? *Dushh dushh dushhh*


Heee. Nak bercerita pasal pengalaman tyra dengan student international dari South Africa. Haaa~ *Dekat UiTM Perlis takdakk* Tyra takde niat nak burukkan sesiapa tapi buat satu pengajaran biar kita ni berhati-hati sikit. Bukan semua international student gituu tapi adalah tercicir sorang dua mungkin. Hohoho. Masa hari Isnin haritu, supervisor kitaorang ni kata nak pergi site untuk collect data untuk GCP. Data untuk student Prof. Shattri. Still okay lagi. Bila dah masuk kereta, supervisor kami ni tinggalkan kejap untuk pergi pejabat. Time nilah, tyra rasa dah lain macam. Masa dok sembang-sembang, dia tiba-tiba tanya pasal boyfriend. Dengan rasa bersangka baik, katalah takde. Then, dia pun cakap dia suka Malay girls. Both of us! *Giler kauuu* Dengan tanpa rasa segan silu kata nak tunggu kitaorang berdua, nak kahwin dengan kitaorang. Erghhh. Bukan diskriminasi kaum ke bangsa ke hape. Kalau suka boleh masuk minang terus ke hape tapi respectlah kami ni. Dah dengan mintak ID facebook lagi plus nomber phone. Tak nak kecikkan hati sangat, ID facebook bagi jelaaa. Kau add belum tentu aku approve. Hahaha. *Terasa jahat kat sini* Nombor phone kitaorang bagi nombor lain. Sebab bila kata tak boleh kata kita ni tak suka nak kawan dengan dia. *Heh. Desak-desak kita pulak.* Bila supervisor kitaorang masuk tanya dia dah terangkan pasal GCP collection kat kitaorang, dia menipu kata dah. Woohhh. Sikit pun tak terangkan. --'


Dekat site pulak, alat tu boleh je ambil tak payah nak terpegang tangan kitaorang. Gedik jugak nak pegang. Duduk nak dekat sampai gesel bahu. Hamboi~ Lebih ni. Kalau dia kata dia bukan Islam, aku faham tapi beragama Islam. Kalau supervisor kitorang takde, keluarlah ayat romantik nak muntah dia tu. Tiba je pasal tulung rusuk kiri. Helloooo~ Tak lut lah. Jadi insecure kitaorang dengan dia kalau supervisor takde. Tiap kalilah kata "I will message you I will contact you" Hohhhh. Budak lelaki lain pun tak gituuu. Siap mengajak kitaorang keluar Mines Sabtu ni dengan dia. Wohhh. Sesuka hati je. Ingat aku ni terdesak sangat ke nak kawan dengan orang gituuu. *geram teramat sangat ni*


Kesudahnyaa, tyra diam je. Buat poker face. Haaaaaa~ Takdelah dia rasa dilayankann? Hahahaha. Esoknya terus reti nak jaga batas. Hehh *Muka bangga* Tahu dah kot orang tak suka dia gedik menggeletis gituu. :p


We as Malay girls especially kena pandai nak elak orang gini. Lagilah bangsa asing, guna nama Islam tapi buat gangguan seksual dok sentuh-sentuh. Kalau hebat, kita silat gayungkan dia. Hooooooo. *Evil smileeee* Buat baik jangan sampai ada ambil kesempatan. Tak kiralah bangsa apapun tapi beza bangsa asing dengan orang Malaysia, dorang tak tahu budaya kita sangat. Walaupun dah 2-3 tahun duduk Malaysia, dorang tak mahir adat kita. So, jaga-jaga kalau berkawan dengan sesiapapun. Heeee. :) *kita dah macam guru kaunselor dah. Hahaha*

Till then, Wassalam.


Assalamualaikum reader.



Haiiiiii. Hehehehe. Setelah beberapa bulan baru muncul owner blog ni haaaa. haiyakkk! xD Semangat tyra nak meng'update' blog zaman dulu kala ni haaaa. Mesti rasa macam "ehhhhhhh, poyonyaaa budak ni!" tahu dahhh. takpe, tyra memang poyo pun. eleeehhh, jealouslah tuuu kan kan kan kan?.

Haaaa, nak cerita ni. Nak tahu takk? Please kata nak. kekekeke. :P Sekarang, bermula pagi tadi tyra dah mula praktikal untuk semester akhir. Ngeeeee~ Terasa bahagia pulak kita. Nak dapatkan tempat praktikal pun punyalah payah. Habis beratus ringgit untuk beli topup je. Tu baru topup, belum plus minus kertas, nak print, pos bagai. Hahahaha. Nilah akibat belajar dalam course yang majoritinya dimonopoli orang lelaki. Erkkk! Nak bagitahu kita pun tahan lasak, dah lali dengan cuaca Malaysia yang kejap panas terik, kejap mendung, kejap hujan ribut, kejap salji. *sajalah tu kannnn?* Kesannya banyak company swasta nak ambil student lelaki je. Je okay, je. Bila student perempuan, dia reject awal-awal. *weyhhhhhhhhh, ini diskriminasi!!! T.T* Nak bagitahulah, bukan semua student perempaun sains geomatik UiTM Perlis ni lembik longlai. Kitaorang mampu je hangkut tripod, total station dengan prism tuuuu. Complain panas semua tu biasalah tapi takdelah tergedik-gedik, terkinja-kinja kata panas, tak nak buat kerja semua kannnnn? kan? kan? ish, tetiba nak emo emo ni. Huhuhu.

Okayy, sambung cerita pasal practical. Bismillah *baru reti nak Bismillah kat sini* Tyra dapat practical dekat GISRC, Faculty of Engineering, UPM. Punya susah payah nak dapat kat sini. Huuuuuuu *please terharu dengan usaha saya* Disebabkan tak pernah duduk selangor, apatah lagi dekat serdang ni. Pagi isnin tu, pukul 7 pagi dah gerak dari rumah sewa. Haaaaa kauuuu. *senyum bangga* Tak pasal-pasal pukul 7.23 dah terpacak dekat fakuti kejuruteraan ni. Cerita dia, takut tersesat. Hahahah. Sesatlah sangat. Tak sampai 15 minit pun. Tunggu punya tunggu, 7.40-7.45 baru Encik Zailani sampai. Masuk office pun takde orang lagi. *plus dapat makan kuih. Ehhhh, kau!* Tunggu lagi ni. Kitaorang diberi bilik sendiri dan dapatlah bersua muka lah orang cakap dengan Prof. Shattri. *Orang hebat remote sensing ni! *tabik** Segan kauuuu. Budak diploma jumpa prof ginilah ghupanyaaa. Hohoho xD

Dah jumpa semua, esok baru mula buat practical. Dari before lunch sampai habis lunch sampai balik takde buat ape. Heeewwwww. Tyra dok sign in blog, then ushar blog blogger lain. Bayangkan laaaaaaa. Rasa macam blur banyak disitu. Patutnya pukul 5 petang dah cabut balik tapi kami ni baik sangat. Dekat pukul 6 baru balik. *Tunggu arahan punya pasal xD* Hahahaha. Takpe, pengalaman. Datang pukul 8 balik pukul 5 dan datang pukul 8.30 baik 5.30. *owhhhhhh, baru tahu ni. Kasi duit gaji jadi berkat tauuu* Balik rumah sewa, beli barang dapur, masak semua, dah datang dahhh penyakit kerja waktu office aku! Mengantuk yang mengakibatkan tidur awal dengan lenanyaaa. Fail jadual diet, konon nak bersenam sikit-sikit waktu malam. Hehhhh. Dalam mimpi bolehlaaa. T.T

Nak bagitahu jeh, entry ni update petang isnin semalam, petang ni baru nak post. xD penyakit pemalas nak update terus post makin teruk ni. Shuhhhhhhh shuuuuhhhhhh shuhhhhhhh. Sesungguhnyaa, worst betul entry I pasal praktikal ni. Babaiiiii~

Till then, wassalam.
Assalamualaikum readers.



Tiba-tiba muncul balik budak ni kan? Raya haritu tak reti nak update. Yelaa, cuti seminggu. Lepas tu kat rumah tak lepas nak buat kerja, lagi-lagi tyra ni baru pindah rumah. Barang ni tak alih lagi tu tak kemas lagi. Assignment? Buat mana yang sempat jelaaa. Al-kisah tak siap, lecturer pun bash kami habis. Hmm. Maaflah miss. Bukan kami je, kelas lain pun tak siap. *tak bestlah gini T_T* So, kesudahnya tyra and the whole class dah stress giler. Isk isk. Bukan tu je, nak kejar due date report ni, survey work yang tu, assignment tu and presentation bagai. Hmm. Makin stresslah kami. Tyra dah fikir lain dah ni. astafirullah. *geleng kepala*

Tyra nak kongsi pasal stress atau dikenali sebagai tekanan. Dok google, terjumpa satu blog forum. Macam menarik je nak kongsi. Heee. Rasanya blog tyra ni boleh tukar jadi blog stress. Hahaha. Sebab dah banyak entri pasal stress je.

Apa itu stres ?
Stres = tekanan perasaan

Siapa yang mudah terdedah kepada stres ?
1. Individu yang suka bersangka buruk
2. Kaki gaduh
3. Kerap runsing
4. Terlalu serius
5. Tidak baik dengan rakan sepejabat ( dan jiran )

Punca stres pula adalah dari ;
1. Punca dalaman ( hati yang kotor,ingkar )
2. Pegangan hidup yang negatif
3. Pengurusan kendiri yang lemah ( selalu tidak cukup masa, banyak kerja, melawan ketua dan suka mencari kelemahan orang bagi menutup kelemahan diri )

Individu yang mengalami stres akan ;
1. Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa, hampa, suka-duka bersilih ganti
2. Gemar menyendiri
3. Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
4. Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
5. Kurang kreativiti
6. Pelupa
7. Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
8. Merokok
9. Makan berlebihan atau tiada selera makan
10. Lewat melakukan sesuatu
11. Berubah perlakuan memandu

Selain dari itu kesan stres juga akan ;
1. Mencetuskan keretakan hubungan sesama rakan sekerja/ketua/pelanggan di pejabat
2. Mencetuskan keretakan hubungan sesama keluarga di rumah ( konflik rumahtangga )
3. Mencetuskan keretakan hubungan sesama jiran di rumah /masyarakat/kariah

Cara untuk menangani stres ;
1. Memperbanyakkan membaca al-Quran, kitab agama
2. Memperbanyakkan solat, zikir
3. Beriadah dan bersukan
4. Mengawal diet
5. Mandi air suam
6. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7. Melakukan yoga
8. Bersedekah
9. Bersyukur dengan apa yang diperolehi ( reda )
10. Muhasabah diri ( penyucian minda - ingatkan mati, nilai semula pegangan, minta bantuan dari pakar/ahli agama )
11. Berehat - bercuti dan bersantai
12. Selalu tersenyum

Rumusan dari Pembentangan Kertas Kerja bertajuk PENGURUSAN STRES di Bengkel Pengurusan Stress Menurut Perspektif Islam di IKIM oleh Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
( Berita Mingguan 04 Julai 2004)

Amacam? Macam kena kat kita balik kan? Rasanya semua orang ada masalah stress cuma cara kita tangani dia je yang berbeza. Lagi satu, tyra rasa menarik is dalam budaya melayu tak ada perkataan yang menepati makna stress dalam bahasa inggeris. Terjemahan paling hampir ialah "tekanan', tapi itu tak tepat. Stress adalah lebih merupakan 'perubahan suasana dari suasana biasa kepada suasana luar biasa yang memberi kesan kepada jiwa '. contohnya, dapat naik pangkat pun stress juga. begitulah juga dgn tetiba menang satu peraduan pun dikira stress juga. stress tak semestinya berbentuk negatif seperti stress kehilangan orang yang tersayang.

Haaa. This what I like about reading than calculation. Banyak information kita dapat. kekeke. Heyy, I still love biology, physiology! Even budak geomatik gemar noh kat calculation tapi tulaa tyra tak suka calculation. Erk. Off topic.

Kalau rasa-rasa nak baca forum ni lagi, klik ni ni okayy (y) Sembang2 Melayu
 
 p/s : Tyra stress tyra usha dorang ni kejap. Lepas tu baru buat kerja. Hehehe. 



Till then, Wasalam. 
Assalamualaikum guys.

Heee. Dah bulan berapa tak ber-update ni. Biasalah bila dah balik U, malas menjadi-jadi. Busy tak payah cakaplah. Kalau jadi budak Sains Geomatik memang busylah cerita dia even dalam bulan puasa ni. So, macam mana bulan puasa ni? As a student, penat dia tetap ada. Assignment, report, quiz, test and so whatever bersusun je kan? HAHA. Tyra dah 3 tahun berpuasa dekat perantauan as a UiTM Perlis student. Sedih? Siapa tak sedih tak dapat berbuka dan bersahur dengan family tapi tu dah kewajipan kita. Heee. Terasa baik pulak kita kali ni. :D Sekarang tyra dok update pun kat rumah. Jumaat petang cabut balik ke temerloh. Kekeke. Rindu nak makan dengan family punya pasal. 10 jam dalam bas pun sanggup tau! Hehehe.



Diari Ramadhan kali ni sama je macam 2 tahun lepas cumanya sekarang kalau kat kolej tyra berbuka sorang2 je. Hehehe. Kenapa? Sebab roommates lari berbuka dekat bilik depan. Tyra pulak malas nak pergi buka kat bilik orang lain jadi kesudahnya berbuka sorang2. Alaaa. Takpekann? Asal kita berbuka bersahur kalau tak free admitted kat hospital. Beza dia? Tyra berbuka dengan laptop. Hahaha. Apa2 pun ni Ramadhan terakhir as student diploma, InsyaAllah. Lepas ni degree pulak kan? Kot2 dapat Araustralia lagi, memang jodoh kata kau. Heeee~ Berbuka pun setakat nasi dengan lauk ikan. Itu dah cukup kenyang dah. Tak payah nak bazir2 beli makanan banyak2. Cukup untuk kita jee. Okayy. Sampai sini jelaa. Takde story nak kongsi sangat pun. Sorryyy.

Till then, Wassalam
Assalamualaikum.



Heee. Lambat giler nak update entri. Padahal dah lama tak update apa-apa. Sorry. Ke'busy'an melanda bila dah naik semester ni. Blog pun dah lama tak diselenggara. Hahaha. Ayat giler standard. *Time ni nak cari Ana. Ngeh ngeh.*

Okay okay. Nak cerita pasal result SPM yang keluar hari Khamis hari tu, 20 March. Tyra amik tahu pun sebab ada adik yang nak amik result. Kalau tak, hari result keluar baru tyra tahu. Kekeke. Tyra bukan nak ulas pun result dorang baik ke drop ke sebab tyra pun bukan straight A's pun. Apa-apa pun tahniah kat adik-adik yang dapat result baik dan kalau kurang baik bukan bermakna kita ni tak pandai, cuma bukan rezeki kita lagi. Heyy, siapa kata SPM teruk kita tak boleh berjaya? Orang takde SPM pun mampu berjaya. Usaha dulu, pulangan dia Allah yang tentukan. Percaya dengan rezeki Allah. :) Mentaliti orang kita, result teruk, kau bodoh, kau tak boleh berjaya. Lagi satu, kalau tak masuk IPTA or IPTS yang ternama, kita pun dianggap tak pandai atau kurang pandai. Tak semestinya. Nak berjaya kena masuk matrik, universiti yang grand-grand. Silap sangatlah tu. Kalau dah takde rezeki nak masuk, nak buat macam mana. Kita dah usaha kann? Dapat tempat yang bagus satu bonus. Kalau tak dapat tu satu cabaran untuk kita untuk lebih berjaya. Kenapa nak nak pandang rendah kat orang lain? Dah tentu ke kau universiti ternama kau dapat kerja yang bagus-bagus? Kalau Allah tarik semua tu macam mana? So, dapat belajar kat mana pun, kita belajar je. Ilmu tu tetap Allah yang punya walaupun kau belajar kat kolej biasa. Jangan rasa frust macam tak percaya aturan Allah.

Tyra pernah kenaa psycho, sebab tak masuk matrik tapi masuk UiTM. Why? UiTM tu hina sangat ek? Tyra pilih UiTM sebab tyra tahu tyra tak boleh struggle kat matrik dan hati tyra kuat nak pilih UiTM. Dah solat Istikharah pun tyra dapat petunjuk untuk pilih UiTM. Jadi kat sini, tyra nak bagitahu, jangan takut buat pilihan. Buat ikut kemampuan kita, pilihan hati kita sendiri. Jangan ikut pilihan orang lain. Nanti kita sendiri yang menyesal. Pedulilah orang nak kata apa. Kalau nak jawab jugak, kata kat dorang "Suka hatilah, aku yang nak belajar". Erkk. Kalau parents yang tanya, jangan jawab macam tu. Mampus kena hambat karang. Kekekeke. Fikir masak-masak. Ada 8 pilihan kan? Pilih yang kita nak, kita suka. Btw, kalau tak familar course tu, pergi goole dulu ke buat research ke. Haaa. Lupa nak bagitahu. Kalau rasa macam tak puas hati dengan result tu, buat recheck balik. Manalah tahu boleh naikkan grade. Lagi kalau yang dapat D tu. Jadi credit pun okay :) Buat ikut rasa hati kita dan fikir betul-betul setiap keputusan kita tu.

Panjanglah hai tyra membebel hari ni. Kekeke. Sebenarnya risau dengan adik tyra tu. Aish. Tu yang menaip panjang jeee. Dah time dia amik result, tyra tak balik rumah sebab study week untuk final. So, sampai sini jelaa :) Tahniah untuk semua calon SPM batch 2013. Good luck!

P/s : adik-adik yang jumpa entri akak pasal update UPU tu harap jangan tanya soalan yang akak tak mampu jawab. Tu masa akak amik result SPM bacth 2011. So, ada yang akak tahu dan tak tahu. harap faham ye :)


Till then, Wassalam.
Assalamualaikum.



Heeee~ berkurun baru nak up date. Malas satu hal, takde idea pun satu hal. Bile balik UiTM, busy kot. Kalau ade masa lapang, mulalah berselubung dalam selimut. Tu pun kalau takde assignment dengan report yang menimbun. Hahaha. Kalau balik rumah, mintak maaf la Fb ke blog ke, lupa terus. Kalau on laptop, layan drama, lepas tu duduk tengok tv dengan adik-adik. Bukan selalu dapat buat tuu~ Time balik je dapat buat tau tau *I miss my family*

Kenapa mental break down? Errr~ test, assignment, report, digitize map. Isk isk. Test dah hancur dahh. Study beria tapi masuk dewan blank terus. ya Allah. Lepas tu,ni nak hantar ni nak present. Risau, stress memang dah sedia ada haa~ Actually paling sakit test tu laaa. Sedih kot. Orang lain boleh skor, sampai kat tyra, layak masuk dalam recyle bin lah kertas test tu. Sumpah down giler. *I need my mom badly* Belum dengan ankle injured lagi. Hilang nikmat berjalan, terseksa duduk dalam UiTM Perlis ni wooo! Nak buat kerja atau nak study pun tiba-tiba sakit. Hilang mood nak buat kerja kot. Alih-alih, tahan je dan hadaplah laptop tu buat AutoCAD, digitize, buat report sampai kepala migrain, mata pun nampak tak nampak.


Haa~ Nampak tak icon dalam rectangle tu? Tu la software yang kena guna sepanjang semester 4 ni. Hari tu mdm Aminah suruh install software Erdas pulak. Err~ mana nak cari ni? AutoCAD pun tyra kena install kat kedai sebab install sendiri tak dapat. Dengar cerita, Erdas ni pun kena install kat kedai. Dengar budak-budak kelas yang cakap. Hmm. Kena tebalkan muka, tanya senior lagi lah ni.

Ape-ape pun, tyra kena struggle siapkan semua ni, struggle gile-gile untuk test. Okay, sampai sini jelah, entri mental break down ni. tyra betul-betul dah break down ni.

Till then, Wassalam.